" Ala, kek dengan cupcake eomma dah belikan. " Muka muram yang dibuat oleh Jungha dilihat jauh dari Doyoung. Dia berjalan ke dapur dimana Jungha berada.
" Jungha, janganlah sedih. Takmo tengok muka masam awak ni, "
"Sedihlah sebab baru je nak buat kek ! Dah lah nak merajuk lah gini, "
Jungha membelakangi Doyoung yang berusaha memujuknya, patah hati ni tau tak. Baru je nak memasak kek.
" Jungha-ah, apa kata... kita pergi... "
" Pergi mana ? "
" Rasanya pergi mana ? "
Jungha rimas dengan saspen Doyoung ni, orang tengah serius dia pula nak bergurau.
" Kita pergi garden belakang rumah, saya nampak pokok tomato dengan chili dah mula tumbuh. "
Tak tahu pula Doyoung ni jenis yang suka menanam, yelah kena kurungkan. Manalah nak tahu.
" Jom, saya bawa awak ! "
Jungha diturunkan ke kerusi kecil yang diambil oleh Doyoung tadi. Mata gadis itu bersinar melihat pokok tomato yang subur dan banyak berbuah.
" Tomato awak dah banyak tumbuh ! Bolehlah jual kat pasar, "
" Takdenya nak jual kat pasar, Cik Jungha. Ni untuk barang dapur kita, sebab tula saya tak suka sangat beli sayur kat pasar. "
Jungha hanya mengiyakan. Dia melihat sekeliling garden yang dipenuhi dengan pokok tomato, terung dan kubis. Nampaknya semua tanaman yang dijaga oleh Doyoung semuanya subur.
" Awak pandai jaga semua ni, " puji Jungha.
" Macam saya pandai jaga Kim Jungha, "
balas Doyoung. Pipi Jungha mula kemerahan dan malu." Puji diri sendiri ke ? "
" Mestilah, "
Jungha membuat muka loya. Ya ampun dia memang betul-betul confident. Dia hanya perhatikan Doyoung memetik tomato yang tidak jauh darinya.
Matahari bersinar di mukanya, Jungha melindungi mukanya menggunakan tangan kiri. Leceh juga duduk di sini dengan berpeluh takleh bawa bincang.
Jeritan Doyoung memecahkan lamunannya dan si suami barlari anak ke belakangnya.
" Ada kumbang ! Buang kumbang tu ! "
Belakang Jungha ditarik kuat, takut sangat lihat kumbang datang ke arah mereka.Jungha mengambil kumbang di hadapannya dengan selamba, membuangnya ke longkang yang berada di belah kirinya. Dia cuba menenangkan Doyoung yang tersedu-sedu mengenggam bajunya.
" Aishh, kumbang tu dah hilang. Pergi sambung petik balik, lepastu kita masak sesama tau. "
Jungha memberi ciuman pada dahi Doyoung. Kekadang penat juga layan suaminya yang jenis mengada ni. Dia memetik dua tomato lalu tomato diletak pada kedua pipi Doyoung.
" Aigu, Doyoung comel menangis tadi ! Tengoklah muka dia dah merah sekarang sebab jumpa kumbang, " Jungha membuat suara kanak-kanak ribena.
Tomato tadi dialihkan pula ke pipi Jungha, Doyoung tersenyum menampakkan semua bahagian giginya.
" Aigu, Jungha malu sebab Doyoung comel sangat tadi. Betul tak ? " ajuknya balik suara Jungha tadi.
" Eh, budak ni ! Kenapa comel sangat sampai Jungha malu ni ? Jangan berani-berani buat muka comel tu kat orang lain ! " Pipi gebu Doyoung dicubit lembut.
" Baiklah, Jungha kesayangan Doyoung. "
Doyoung mencampak bakul berisi tomato ke tangan Jungha, mengangkat sang isteri tanpa berkata apa-apa melangkah masuk ke dalam rumah.
" Eh, kita nak buat apa sekarang ni ? " Doyoung mendekatkan hidungnya dengan muka Jungha. Gadis itu terus membelakang kepalanya kerana kekok. Selalu rasa janggal bila dekat-dekat dengan Doyoung ni.
" Kita masak stew tomato, "
Apa jadah nama stew tomato, yelah banyak sangat tanam tomato sampaikan namakan semua lauk ade ' tomato '.
,,,
Masih memikirkan ingin membeli kek coklat berperisa strawberi atau tidak, Jungho hanya melihat kek itu di tepi kaunter sambil menunggu airnya siap.
Kek coklat berperisa strawberi itu mengingatkannya kepada Jungha. Dia masih tertanya apa yang kembarnya buat pada hari jadi mereka hari ni, setiap tahun mereka akan sambut bersama tetapi tahun ini berlainan sedikit kerana Jungha sudah bersuami.
" Semoga kakak bergembira dengan Yoo Doyoung itu, harap kakak tak tahu siapa dia sebenarnya. " katanya sendiri.
" Latte ais encik sudah siap, " Pelayan kaunter menghidang airnya lalu Jungho menghirup air itu. Tekaknya kering sangat sehingga tidak perasan ada orang memanggilnya.
" Woi, Jungho ! Aku tegur kau tak menyahut pun, " Juyeon merupakan kawan kolejnya datang menyapa sambil memegang sepucuk surat bersaiz A4.
" Eh, Juyeon. Lama tak jumpa kau ! Apa khabar ? Khabar baik, " Jungho merangkul bahu Juyeon dan berjalan keluar dari cafe.
" Haremnya member, baik kau tanya khabar kau sendiri. " Jungho tersenyum melihat Juyeon tengah serius. Haha, lama tak usik kawan punya pasal.
" Aku dah dapat benda yang kau minta, " Juyeon menyerahkan surat itu tadi ke tangan Jungho. Mujurlah Juyeon bekerja di institusi data pangkalan, senang sikit Jungho nak menyiasat sesuatu.
Beberapa keping kertas diselak dan kandungan isi surat itu mengejutkan Jungho, dia masih lagi tak percaya apa yang dibaca tadi.
" Betul ke semua ni ? Semua ni sahih ke ? "
" Betullah, buat apa aku nak tipu. Kitorang memang simpan semua maklumat tu dan update dari semasa ke semasa, " balas Juyeon.
" Kim Doyoung memang anak Yoo Sejeong. Tak sangka, keluarga Kim ambik dia sebagau anak angkat dan palsukan semua maklumat pasal dia. Macam manalah dia boleh pegang syarikat tu awal sangat sedangkan umur macam dia ramai kejar masuk universiti, "
Jungho akhirnya dapat mengungkap segala rahsia Doyoung selama ni. Berani dia tipu kembarnya.
" Yoo Sejeong, mak dia yang bunuh mak kau dulu lepastu dia cabut tiub pernafasan ayah kau. "
Penumbuk digenggam kuat oleh Jungho, keluarga Doyoung dah buat macam-macam ibu ayahnya.
Sekarang kenapa nak ambil Jungha pula ?

YOU ARE READING
Similarity : Passionate Ego.
Fanfictioncompleted, kim doyoung nct fanfiction [ book 2 of similarity ] SHORT STORY VER. | EBOOK SOON continuation of the story of the moon with egoistic aquarius marriage with conflict, angst au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]