❝ the truth is never painful as discovering a lie ❞
Esoknya , kecoh dengan kehadiran Syed Iskandar di istana . Selama ini mereka menyangka akan Raja lama mereka itu sudah meninggal dunia . Syed Iskandar tidak membuka mulut menceritakan segalanya . Lebih baik jika Raja Nabil yang sendiri mengaku di hadapan semua rakyat Irshocgard . Daisha menguis-nguis makanan di dalam pinggan . Anak mata mencuri-curi memandang Syed Iskandar . Ayah ada dalam bilik , berehat .
" kenapa tak makan ? " tegur Syed Iskandar . Daisha membalas dengan senyuman kecil . Dia tak ada selera nak makan . Syed Iskandar mengerling Daisha .
" makan sikit , alas perut tu . nanti ayah kesayangan Daisha risau pula " Daisha terdiam . Ayah kesayangan . Nafas panjang ditarik dan dihembuskan . Sudu diletakkan ke bawah . Tangan mengambil secawan teh dan dicicipnya . Daisha bangun , mencapai semua pinggan dan cawannya dan berjalan ke dapur .
Syed Iskandar memperlahankan kunyahannya sambil mata hazel nya memandang belakang Daisha . Dia melepaskan keluhan berat . Lama kemudian , Daisha keluar dari dapur dengan segelas susu dan semangkuk buah-buahan . Langsung tidak berpaling melihat Syed Iskandar . Hanya berjalan terus keluar dari ruangan makan .
Bukan bilik ayah dituju tetapi halaman luar istana . Daisha meletakkan mangkuk dan gelas tadi ke atas meja . Dia melenyekkan punggung ke kerusi . Mata meliar memandang halaman luas itu . Cantik tapi tidak menyenangkan perasaannya yang bercampur-baur . Daisha sedih . Daisha ingat bila babah balik ke sini semula . Dia , ayah dan babah akan hidup bahagia . Babah akan menerima dan memaafkan ayah . Daisha silap .
Tak mungkin babah akan memaafkan ayah atas apa yang ayah telah lakukan kepada ibu . Daisha memejam mata rapat . Dia melepaskan keluhan berat . Dua biji anggur diambil dari mangkuk lalu dimasukkan ke dalam mulut . Perlahan sahaja kunyahannya . Daisha tak ada selera tetapi dia terpaksa juga makan .
Kepala Daisha mendongak memandang tembok besar istana . Malam ni dia nak keluar . Harap-harap Daisha tak berjumpa dengan lelaki pyscho tu . Takut . Belakang badan disandarkan ke kerusi . Kedua belah kaki diangkat ke kerusi dan dipeluk erat . Susu diteguk sehingga separuh . Bunyi bingit dari luar istana membuatkan Daisha memicit kepala . Mesti kecoh dekat luar . Rakyat-rakyat tak ada adab memang macam tu . Menyusahkan kerajaan .
Daisha menyuap beberapa biji anggur ke dalam mulut . Gadis itu bangun setelah selesai menghabiskan buah-buahannya . Semasa mahu ke dapur , Daisha berselisih dengan Amira dan beberapa pembantu gedik istana . Daisha menggulingkan biji mata menyampah . Amira dengan sengaja melanggar badan Daisha lalu terlepas pegangan mangkuk dan gelas .
PRAK !
Daisha memandang kepingan kaca di lantai . Mata dipejam rapat . Mengusir perasaan marah yang ingin timbul . Daisha tunduk mengambil kepingan kaca di bawah . Dimain-mainkan di tangannya . Seperti memberi isyarat kepada Amira dan pembantu-pembantu itu . Amira mengerutkan dahi . Apa yang perempuan ini cuba sampaikan ?
YOU ARE READING
OG | His Princess : Fawwaz Haidar
Romance[ ONGOING ] KARYA KEDUA ❝ 𝙩𝙝𝙚 𝙩𝙧𝙪𝙩𝙝 𝙞𝙨 𝙣𝙚𝙫𝙚𝙧 𝙥𝙖𝙞𝙣𝙛𝙪𝙡 𝙖𝙨 𝙙𝙞𝙨𝙘𝙤𝙫𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙖 𝙡𝙞𝙚 ❞ Daisha Zakia | Fawwaz Haidar Kisah percintaan dua derajat . Mafia dan Puteri Diraja . " janji jaga dia , bimbing dia . berikan kas...