Prologue

39 4 1
                                    




    Seorang gadis lengkap perpakaian busana pengantin duduk di atas katil. Tetamu semua sudah memenuhi halaman rumah agam gadis itu.

Hari ini adalah hari di mana gadis itu akan diijab kabulkan dengan seorang jejaka keturunan arab campuran melayu.

Mereka sudah menjalinkan hubungan hampir 3 tahun, beberapa bulan lepas lelaki itu melamar gadis itu. Pada hari ini adalah hari dia bakal menjadi suri rumah kepada seorang anak bisnesman berjaya. Tengku Taufiq Fateh anak kepada Tengku Tariq Fahmi.

Hati gadis itu sangat berdebar. Dia bagai tidak senang duduk apabila sudah hampir sejam pengantin lelaki tidak juga munculkan diri. Seseorang lelaki memasuki bilik gadis itu. Dia melabuhkan punggung disebelah gadis itu. Tersenyum dia melihat gadis itu, cantik dengan busana pengantin mewah yang ditempah khas dari butik mama kepada gadis itu.

"Cantik adik along" gadis itu tersenyum kelat. Dia memandang wajah abang sulungnya. Ceria sahaja wajah lelaki itu. Lelaki itu tidak sangka bahawa adik bungsu mereka juga yang mengakhiri zaman bujang sedangkan dia belum jumpa calon yang sesuai.

"Along, kenapa lambat sangat? Dah nak sejam dah?" Soal gadis itu sayu. Dia takut pisang berbuah dua kali. Masa umur dia 20 tahun, papa dan mamanya menjodohkan dia dengan seorang anak sahabat baik papanya tapi malangnya lelaki itu melarikan diri semasa mereka ingin menikah. Beberapa bulan kemudian, dia telah berjumpa dengan seorang lelaki dimana seorang client di hotel papanya. Mereka menjalinkan hubungan selepas lelaki itu mengatakan cinta padanya.

Selepas setahun menjalinkan hubungan gadis itu bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki itu. Malangnya sekali lagi dia ditinggalkan. Pada hari yang sama dan pada masa yang sama.

Seseorang wanita separuh umur memasuki bilik itu dengan tergesa-gesa.

"Tengku" panggil wanita itu dengan nada yang lembut.

"Ye" jawab gadis itu. Dia merenung anak mata wanita itu. Dia seperti dapat agak apa yang sedang berlaku. Dia tidak terkejut malahan dia sudah biasa dengan keadaan itu. Wajahnya pun sudah tebal hendak menahan malu. Cacian dan hinaan sudah menjadi kebiasaan pada dirinya.

"Dia tak datang" tiga perkataan itu membuatkan gadis itu tertunduk. Sekali lagi dia ditinggalkan. Pengantin yang ditinggalkan adalah gelaran yang diberikan oleh orang- orang yang mengenalinya. Siapa sahaja tidak mengenali gadis itu, apabila tiga kali ingin berkahwin tetapi tiga kali juga dia ditinggalkan.

Tbc..

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 29, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pengantin Yang Ditinggalkan (slow update)Where stories live. Discover now