Chapter 14: [Declaration of War 2]

119 6 1
                                    

"OI!!OI!!AKU DARI B KELAS SEBELAH!!KELAS A!!JANGAN INGAT KAU BOLEH SOMBONGKAN DIRI KERANA KORANG DAH HADAPI VILLAIN!!"

Shiro men-serambutkan sedikit rambut putihnya.Mukanya tertulis dia betul-betul tengah malas nak layan mereka dan ingin cepat ke bilik guru.

"Boleh tak kau diam?Mulut kau busuk.Apa kau tak gosok gigi?"Ejek Shiro sambil menutup Hidungnya.

Lelaki itu,Tetsutetsu,tersentak ketika Shiro berkata begitu.

"Kalau kau pun nak nyatakan perang pada kitorang,silakan.Aku tak kesah tapi...Jangan bercakap besar macam korang boleh kalahkan kitorang sebelum pertandingan."

Perubahan Sikap Shiro membuatkan semua orang yang berada disitu terkejut.

"Aku dah bosan dengar ayat 'Aku akan kalahkan kau!','Aku pasti akan menang','Jangan sombong dulu.Kau akan malu jika kau kalah nanti' atau apa-apalah."Ejekan Shiro makin jadi-jadi.

Para pelajar kelas Umum rasa sangat marah ketika Shiro berkata begitu.

"Aku dah muak dengan semua perkataan tu.Kalau korang nak luahkan semua perkataan tu,Medan peranglah tempatnya.Korang boleh luuuuaaahkan semua kata-kata benci korang atas pentas nanti~Baka~"

Shiro mengetukkan kepalanya dengan jari telunjuknya yang menandakan dia sedang ejek mereka semua tu bodoh.Dia tersenyum sinis pada para pelajar umum dan bisnis.Lagi-lagi Shinso.

"Itulah kenapa kalian tidak diterima di sini.Itu kerana korang semuuuaaa sangatlah boooodddooohh~Nyatakan perang pada Pelajar hero kerana kalian tidak dapat masuk ke sini?Korang semua salah.Korang semua tak terima kat sini kerana korang semua tak layak."

Ejek Shiro sambil mengetuk dahi Shinso dengan jari telunjuknya.Ejekan Shiro membuatkan para pelajar makin benci pada membuak-buak.

"Shi-Shiro-san....?"

"Korang nak maki aku ke apa ke,Aku tak kesah.Yang pasti... "Mata Shiro menjadi tajam.

"Tunjuk dulu kekuatan kalian,baru boleh rendahkan kami."

Ayat Shiro membuatkan suasana disitu seakan-akan berat.

"Aku pasti akan kalahkan kau..."Shinso mengeluarkan aura menakutkannya.

Semua berasa ketakutan merasa Aura Shinso.Tidak pada Shiro,Dia lagilah suka mengeluarkan aura membunuhnya.

"Cabaran diterima.Jangan menangis jika kau kalah..."

Shiro memberikan tatapan tajam pada kerumunan para pelajar.Dengan pantas,mereka membuka jalan untuk Shiro.Shiro berjalan melepasi Shinso tetapi berhenti seketika di belakang Shinso.

"Ahh...Lagi satu...Kalau kau kehilangan tangan atau kaki ketika pertandingan tersebut,jangan salahkan aku ye.Sebab apa?"

Shiro mengeluarkan aura membunuh yang lebih kuat daripada tadi.Shinso tersentak jetika merasa aura tersebut.

"Sebab kau lemah...Pfftt.."Mendengar ketawa Shiro mebuatkan Shinso begitu sangat marah dalam hati

"Oi!!Bakugo,Shiro-san!!Apa korang lakukan ni!?Kerana korang lah,kitorang semua dibenci."

"Bukan masalah aku."Balas mereka berdua dengan serentak.

"Hah!!?"Para Pelajar 1 A terkejut mendengar respon mereka Berdua.

"Tidak bermasalah selama kita berada dipuncak."Ucap Bakugo.

"Shiro-san pulak!?"

"Aku tak kesah.Daripada mendengar diorang membebel dan mengulang ayat yang sama,lebih baik aku hancurkan mereka dengan kekerasan.Mereka akan sedar siapa Raja dan siapa hamba nanti.Lagipun,Aku tak suka berdebat sangat."

White Snow Rabbit[BNHA x OC]Where stories live. Discover now