Aku menggeleng laju. Down to earth Keena! Pantang nampak lelaki ada rupa sikit! Ergh.
"Apa awak buat di sini?"
Noah melabuhkan punggungnya di sisi katil. Aku melihatnya pelik.
"Terima kasih."
"Huh?"
"Sebab selamatkan saya dari diracun tadi."
"Ah... itu."
"Tapi tak bermakna saya tidak berasa curiga dengan awak Puteri Keena."
"Curiga? Oh sebab saya minum air itu jadi saya tahu dalamnya ada racun?"
Noah tersenyum sinis. "Saya tak sangka awak secekap ini. Jadi boleh beritahu, bagaimana awak tahu dalam itu ada racun?"
"Apa yang saya dapat kalau saya beritahu?"
"Selagi dalang kepada racun itu tidak ditangkap, awak tak dibenarkan keluar daripada Wingland dan awak akan berada dibawah pengawasan saya."
APA?!
Aku tak boleh keluar dari Wingland?! Maknanya aku terperangkap di Wingland selagi dalang racun tu tak ditangkap?!
Mana mungkin!
"Saya cuma bertanya. Terpulang kepada awak kalau tidak mahu bekerjasama. Saya rasa awak pun suka kalau berada di bawah pengawasan saya buat masa yang lama bukan?"
Aku membuat muka seposen.
Takkanlah dia pun nak gunakan alasan 'Puteri Keena menaruh perasaan pada Putera Noah'.
Dasar Putera hidung tinggi.
Aku rasa dia yang bongkak sekarang bukannya aku.
"Dan terima kasih kepada awak. Malam ini saya dan Putera Alexander tidak dapat teruskan tugasan kami."
"Sama-sama." Aku menjawab sarkastik. Sudah dia dari tadi nak memerli aku je kerja, takkan aku tak boleh?
Fikir aku kisah dia tak dapat nak berpasangan dengan Eunha? Aku lebih pentingkan nyawa aku.
"Ada kemungkinan besar ini adalah satu perangkap. Tapi tak mengapa, saya akan siasat sendiri. Dialu-alukan kalau awak mahu bekerjasama, Puteri Keena."
Aku harus pastikan dalang yang patut ditangkap adalah Alexander dan bukannya aku. Mungkin aku patut rancang sesuatu untuk buatkan lelaki tu tertangkap.
Aku yakin Alexander tak akan duduk diam.
"Tak, terima kasih. Saya lebih rela diam dan tunggu hasil daripada awak Putera Noah. Semoga berjaya."
Noah tergelak sinis. Dia bangun dari duduknya dan memandang aku buat kali terakhir.
"Saya minta diri dulu. Semoga cepat sembuh, Puteri Keena." Dia mengatur langkah pergi.
Aku menghela nafas panjang.
Tak sangka aku terperangkap di Wingland disebabkan benda ni.
Huwaa nak jumpa pakcik Kyle!
***
Pelik tapi aku yakin dari pagi tadi langsung tiada dayang istana yang menegur aku.
Yang ada hanya seorang lelaki muda bermata hijau, terdapat pedang dengannya sepanjang masa. Mengiringi aku ke sana sini.
Aku ingat dia.
"Evan?" Aku pusing ke belakang dan dia pun menghentikan langkah.
"Nama awak Evan bukan?"
YOU ARE READING
The King | Jeon Jungkook
خيال (فانتازيا)Hidup berubah sekelip mata, masuk ke dalam alam fantasi. Menjadi seorang Puteri. Tapi bukan semudah yang dijangka. [The King] ©sthyne2021 Start : 270821 End : penantian itu menyakitkan.