KURSUS

20.6K 83 9
                                    



"Encik Sham, ni ada surat panggilan meeting" sapa kerani sekolahku sambil menyerahkan surat tersebut.

Aku teliti dan membaca baris demi baris. Panggilan mesyuarat dan bengkel asas networking dan programming kepada guru-guru. Aku dijemput sebagai salah seorang fasilitator. Ia akan diadakan di Hotel Tower Regency, Ipoh pada minggu hadapan selama tiga hari. Aku membelek surat itu lagi, tersenarai semua fasilitator dan jurulatih yang akan sertai. Dalam negeriku ini, hanya dua orang terpilih, aku dan seorang guru dari Daerah Kulim, yang memang aku kenal dan pernah sama-sama terlibat dalam beberapa kursus sebelum ini.

"Cikgu Sham, cikgu dapat tak surat bengkel kat Ipoh tu" aku menerima SMS dari Marni, guru yang aku nyatakan tadi.

"Baru je dapat, tengah dok belek-belek surat ni, Cikgu Marni pun kena kan?"

"A'aa..kena. tengok ada nama Cikgu Sham, tu yang saya message ni"

"Kita dua orang je dari Kedah ni"

"Depa buat Zon Utara je ni, satu negeri dua orang, kalau ikut nama kat sini, ada 8 orang"

"Betui la tu, Perak, Kedah, Perlis, Penang" balasku lagi

"Saya nak tumpang Cikgu Sham nanti boleh tak? Saya tak brapa reti jalan kat Ipoh tu, lagi pun kereta satu tengah dok repair, hubby pakai"

"Boleh je Marni, nak saya amik kat mana nanti?"

"Saya tunggu di tol Kulim, nanti saya suruh sapa-sapa hantar ke situ"

"Wokey, no problem" aku mengakhiri SMS dengan Cikgu Marni dari Kulim

************

"Hai, dah lama tunggu" sapanya setelah tiba ke keretaku.

"Tak lama sangat, dalam 10 minit" balas ku sambil menyambut beg pakaiannya lalu meletakkan ke dalam boot kereta. "Marni nak minum dulu ke?"

"Tak nak la, jom la kita jalan" pintanya

Dalam kereta Marni tak banyak cakap, dia hanya memandang luar tingkap, mengelamun.

"Kenapa Marni, lain je saya nampak, macam takde mood je?" tegurku setelah sekian lama kami tidak berbicara.

Marni yang aku nampak hari ini tidak seperti Marni yang aku kenal, setahu aku dia seorang yang ceria, suka berbual dan suka ketawa. Kini dia diam seperti memendam sesuatu.

"Saya tengok mata Marni sembab je, moyok je. Kenapa ni, terpaksa ke pegi kursus ni?" Soalku lagi. "Suami tak bagi ke? Marni gadoh dengan suami ke?"

"Sorry Sham, saya penat sikit, sakit hati pun ada" jawabnya

"Cuba cerita, apa yang jadi, kut-kut saya boleh tolong" sambung memandang ke arahnya.

Cikgu Marni mengenakan baju kebaya labuh warna biru muda, dengan tudung bertatahkan manik yang sepadan dengan baju yang dipakainya. Dari mula aku kenal, Marni memang suka berkebaya, dan aku pernah bertanya dia takde baju kurung ke, dia hanya mengatakan dia lebih suka kebaya, hanya sesekali berbaju kurung. Bagi aku, dia sesuai dengan kebaya kerana tubuhnya yang tinggi lampai, hampir menyamai ketinggianku. Dia tidak kurus, dan tidak terlalu gempal, tetapi memang menarik melihat susuk tubuhnya yang berkebaya. Usianya muda 3 tahun dariku, tetapi telah memiliki 4 orang cahaya mata. Tak seperti aku yang hanya seorang, dia kawen muda katanya. Suaminya seorang pemandu lori kontena, sering out station. Mujurlah dia tinggal bersama ibu bapanya, yang boleh menjaga anak-anak jika Marni ada tugasan luar.

KURSUSWhere stories live. Discover now