Eryl POV
"Wow.. "
Itu lah kata-kata pertama yang terkeluar daripada bibirku. Sekeliling aku sangat cantik walaupun hampir kesemuanya diselimuti salju. Perkampungan yang kecil namun bertahan kukuh di tanah yang suhunya sangat rendah.
"Selamat datang ke perkampungan kami. "Ujar Koharu lalu membuat isyarat agar mengikut dia.
" Susah nak percaya ada perkampungan di sini.. " Kata Alvarez sambil berjalan di sisi aku. Seth juga tidak terelak daripada terpegun dan melontarkan kata-kata.
"Aku dah banyak kali turun ke Angkasia, tapi ini kali pertama aku jejak ke kampung ni. Jujur aku katakan, tempat ini hangat walaupun sekelilingnya jelas sekali dikelilingin salji. "
"Hurm.. Saya setuju. Tempat ni hangat macam bulu Weston. " Ujar Arielle yang kini selamat dibaluti kot tebal milik Weston. Lelaki serigala pula berada dalam bentuk haiwannya dan berjalan seiringan dengan Arielle.
"Kau kena pakai kot aku jugak walaupun hangat. Untuk keselamatan. "
"Yeah and I like it. Hehe. "
"Why tho? " Aku menyoal hairan. Aku tengok elok aje budak ni berjalan dalam cuaca sejuk.
"Badan Ariel Sebenarnya tak boleh lama dalam keadaan sejuk. Ya, dia berlawan dan ikut setan tu, tapi sikit demi sedikit badan dia membeku. Tak percaya, uncle boleh tengok tangan dia. "
Terus Arielle sorokkan tanganya kedalam poket kot Weston bersama senyuman tak bersalah. Kakinya sempat menyepak Weston sehingga berdecih.
"The hell Arielle?! "
"Fufufu. Nothing~"
Aku menggeleng kepala apabila 'fufufu' dia keluar. Terus aku berjalan padanya sebelum dia sempat jadi lebih sadis dengan Weston. Tanganya aku ambil. Hampir terlompong aku jadinya saat kulit kami bersentuhan.
Ini bukan tangan ni. Ini ais.
"Kenapa tak bagi tahu uncle?! "
Terus aku naikkan suhu pada tangan aku lalu menggenggam tangan gadis itu. Arielle aku lihat tetap dengan senyuman namun dapat aku teka rasa bersalahnya tetap ada.
"It's.. Not that cold? "
"Not cold my ass. You totally turn into ice!"
Arielle hanya senyap sahaja bersama kepala yang menunduk. Keluhan aku lepaskan.
"Maaf, uncle bukan marah. Cuma risau. Buat masa ni pegang tangan uncle sampai kamu okey sikit. Boleh? "
"Kalau tangan Arez boleh? "
Terus Weston libas ekor dia buat Arielle ketawa.
"Jangan gatal sangat boleh tak? Grr..! "
"Jeles letuww~"
"Aku gigit jugak minah ni.. "
Aku mengeluh lalu menghentikan pertelingkahan dua sahabat itu. Ada aje benda nak gaduh. Arielle memandang aku sejenak sebelum menatap Weston disisi seakan meminta pendapat.
"Better kau dekat dengan uncle. Setakat kot aku tu, masih tak boleh panaskan tangan kau. Aku tak nak kawan baik aku jadi ais batu. "Balas Weston membuatkan Arielle tersengih.
"Kalau Weston kata macam tu, saya okey aje."
Aku tersenyum. Sebelah tangan aku naik mengusap kepalanya. Kadang-kadang aku tak boleh buang perasaan seorang bapa untuk Arielle. Walaupun aku bukan bapanya yang sebenar, aku mahu beri sedikit kasih sayang itu.
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasy-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...