ADDIN mendekati Farhan lalu berdiri betul-betul di belakang badan suaminya. Dia menunduk sedikit lalu memeluk Farhan dari belakang. Dapat dia rasakan kehangatan tubuh Farhan. Tangan digerakkan ke dada belah kiri Farhan untuk merasai degupan jantungnya yang tidak sekata ritmanya. Dagu pula direhatkan di bahu Farhan. "Abang..."
"Ya, sayang. Abang nak bagi dia orang makan ni." Sekarang jugalah isteri dia hendak bermanja-manja. Mesti rindu.
"Ad tahu," Sebelah cuping telinga suaminya ditiup perlahan. Saja hendak kacau.
"Macam mana abang nak bagi prince dan princess kita ni makan kalau queen abang ni kacau abang." Farhan menoleh ke arah Addin lalu mengenyitkan mata.
"Sekejap je." Addin tidak mahu mengalah. Dia suka berkumpul bersama-sama seperti ini. Mikhael dan Mardhiyah tidak pula meragam apabila dia muncul. Diam sahaja mereka memerhatikan dia dan Farhan.
"Nakal. Gigit nanti." Farhan menoleh ke belakang lalu ditarik pipi isterinya yang gebu.
"Auch, abang!" Addin menggosok-gosok pipinya yang kesakitan.
Farhan tergelak kecil. Kacau orang lagi.
"Terima kasih abang sayang sebab tolong Ad jaga anak-anak dan tak pernah berkira langsung dengan Ad."
"Do not thanks me, dear wife. This is part of my responsibilities."
"Okay, dah habis makan. Sini daddy basuhkan mulut." Farhan menepuk kedua-dua belah tangannya lantas bangun dari duduk. Sebelah tangan mengangkat Mardhiyah, sebelah tangan lagi mengangkat Mikhael. Kemudian kaki dibawa ke singki, "Sayang, tolong bukakan paip."
Laju sahaja Addin melangkah mendekati mereka. Kemudian dia pun membersihkan mulut anak-anaknya. Mulut Farhan turut dilap bersama. Terakhir sekali dia memercikkan air ke arah muka dan baju Farhan. Bukan sikit tapi banyak.
"Sayang..." Farhan sudah tahu akal isterinya.
"Apa?" Dia buat-buat tak faham.
"Ini bukan nak bersihkan, ini nak bagi abang mandi," Farhan menahan rasa. Hendak membalas, kedua-dua tangannya sudah penuh.
Addin tergelak besar.
YOU ARE READING
CINTA AD & FAR RAYA (TERBIT: EBOOK)
RomanceTerbit dalam KOMPILASI CERPEN EBOOK RAMADHAN/SYAWAL Vol 1 di bawah Penerbitan AHA Sambungan kisah Farhan & Addin dalam melayari bahtera rumah tangga mereka. Sila beli dan baca novel Cinta Ad & Far dahulu kemudian barulah baca buku ini. Untuk pembeli...