14🕊️KONGSI?

32.1K 427 127
                                    

Perjalanan yang memakan masa enam jam itu, terasa begitu lama. Mya Amanda sesekali mengerling ke arah Pak Hisham yang diam tidak berkutik sedari kejadian pagi tadi.

"Pompuan yang kau rosakkan nie... Adalah milik aku... Bakal isteri aku... Lagi sekali kau sentuh Mya Amanda, akan aku hantar kau ke neraka!"

Hati Mya mula mencerut. Nafasnya kembali menderu laju. Kata-kata keramat yang terpacul dari bibir lelaki tua itu benar-benar menyentuh hatinya.

'Adakah hati aku terlalu lembut? Selepas dia layan aku dengan teruk?' gadis itu berbisik sendiri.

Jari jemarinya yang mula basah berpeluh ditenung lama. Digenggam sekali sekala.

"Kita singgah RnR nanti... Aku nak solat jamak.." suara garau Pak Hisham mengejutkan lamunan Mya.

"Eh??!! Aaaa... yer... Mmm.. Okey!" jawab gadis dengan gugup.

Kenderaan yang dipandu itu memasuki ruang parkir. Sesekali Pak Hisham mengerling gadis di sebelahnya.

Hatinya berbelah bagi. Antara simpati dan tanggungjawab. Antara rasa taat pada sang ibu dan kesetiaan pada si isteri.

'Kau dah buat apa yang sepatutnya, Hisham... Tak payah nak bagi muka sangat kat budak tue!!!'

"Astaghfirullah..." terpacul kata-kata itu di bibirnya. Air paip yang ditadah direnung lama. Fikirannya masih serabut! Semoga segalanya baik-baik sahaja selepas dia menunaikan ibadah wajib pada Yang Maha Esa.

🤍🤍🤍🤍🤍

Gelak tawa gadis-gadis kilang di hadapan pintu pagar asrama itu mencuri perhatian pengawal keselamatan di post guard.

Kebiasaannya pada jam 7.00 malam, bas kilang akan datang menjemput gadis-gadis genit itu. Mereka akan masuk shif 8.00 malam hingga 8.00 pagi.

Mya Amanda masih diam di dalam kereta biarpun dia dan Pak Hisham sudah tiba di destinasi.

"Aku harap kau fikir masak-masak tentang perkara ini... Tujuan aku jadikan kau bini aku, atas dasar nak tutup malu orang tua aku... juga air muka orang tua kau..."

"Lagipun...." kata-kata lelaki tergantung seketika.

Hati Mya Amanda berdebar-debar. Ditoleh ke arah Pak Hisham. Seolah-olah mengharapkan ayat itu dihabiskan segera.

"Aku tanak hidup kau rosak disebabkan abang tiri kau tue... Ayah kau tak tahu kan pasal nie?"

Pandangan mata mereka bertembung. Cepat-cepat Mya Amanda melarikan pandangan matanya.

"Tak..." ringkas jawapan yang diberikannya. Pak Hisham mengeluh seketika.

"Andai takdirnya sudah tertulis kau adalah isteri keduaku... Aku terima seadanya..." ujar lelaki itu lagi dengan tenang. Pandangan matanya dilempar jauh ke luar tingkap.

"Tetapi..."

Sekali lagi kata-kata itu dibiarkan tergantung.

"Aku tidak akan sentuh kau sampai tiba satu masa... Kau jumpa lelaki yang terbaik untuk jadi suami kau..." sambung lelaki itu lagi dengan tenang.

Mata Mya membuntang.

"What??? Pakcik nie gila ke apa??!!" sakit sungguh hatinya. Mya mengetap bibirnya dengan geram.

"Gila atau pun tak... Nasi dah jadi bubur... Aku nak kena hadap bini aku lagi... Mak aku lagi... orang-orang kampung... Ayah kau pun dah mengharap sangat dengan aku.." Pak Hisham masih mengungkit.

"Noo! Bukan pasal tue... Napa pakcik nak carikan lelaki lain kat Mya? Sedangkan Mya isteri pakcik..." gadis itu tidak faham. Sumpah! Dia langsung tidak faham dengan rancangan gila Pak Hisham.

SUMPAHWhere stories live. Discover now