°01

115 22 50
                                    

"Narae, dengarlah cakap appa dulu.."

Suara lembut dan memujuk dari appa itu aku buat-buat tak dengar. Aku geleng kepala beberapa kali sambil peluk tubuh. Dah serik. Asal nampak muka lawa aku ni, mesti appa ungkit benda yang sama.

Benda apa tu? Benda yang berkaitan misi appa nak carikan jodoh untuk aku. Haaa...!

Tak faham aku. Kalau aku tak kahwin sekarang, nanti-nanti aku kahwinlah. Bukannya aku nak jadi andartu sampai bila-bila. Siapa aje tak nak kahwin. Tapi tulah, bukan masa sekarang.

"Belum nak kahwin lagilah appa!" Suara protes habis. Tarik muncung itik sedepa depan appa.

"Tak boleh macam ni. Umur Narae dah sesuai dah kalau nak kahwin." Pujuk appa lagi. Tekad betul.

Keras kepala appa dengan keras kepala aku memang satu level. Macam mana aku bantah, macam tu jugalah appa tekad.

Aku julingkan mata ke atas. Berdiri dari sofa empuk itu dan berjalan ke tingkap cermin tinggi. Hati tenang sikit bila pandang pemandangan di depan. Ada tasik.

"Bakal suami kamu dah setuju. Cuma tunggu keputusan dari Narae aje." Kata-kata appa buat aku mendengus kecil. Tengok? Belum apa-apa lagi dah panggil bakal suami. Hish!

"Wow.. Buat keputusan tak tanya pun. Bagusnya bakal suami Rae tu, belum jumpa dah setuju." Ayat 'bakal suami' tu aku tekan betul-betul. Rasa keras lidah nak sebut.

"Dia pernah tengok gambar Rae. Dan dia kata Rae baik, sesuai untuk jadi isteri dia." Suara appa pula selamba badak. Macam apa yang aku cakap tadi dah kena tiup angin.

Tiba-tiba aku ketawa. Kedengaran hambar. Tapi aku tak peduli. Rasa kelakarlah pula. Tengok gambar aje dah boleh buat keputusan? Apa... Lelaki tu ahli nujum ke apa? Boleh nampak sifat murni seseorang hanya melalui gambar. Gila tak logik!

Dekat manalah appa jumpa lelaki tu agaknya, ya? Tapi.. Bila difikirkan balik, apa nak hairan?

Mungkin appa rembat mana-mana anak teruna lelaki kepada kawannya. Bila berkenan dihati, mulalah pasang angan-angan untuk dijadikan menantu.

"Rae nak tengok gambar dia? Handsome tau." Suara appa yang mencadang itu sedarkan aku yang berdebat dalam hati.

Bila aku pandang ke arah appa, appa dah bersedia hidupkan telefon pintarnya. Nampak jari appa macam scroll skrin. Sambil senyum-senyum.

"Tak apalah pa, Rae belum minat nak tengok rupa bakal suami Rae tu lagi." Kataku sebelum berkira-kira mahu berlalu dari situ.

Appa aku nampak terbeku sekejap jarinya di atas skrin. Sambil hanya pandang susuk badanku yang jalan melepasinya. Tapi tak pula menghalang aku. Mungkin dah faham.

Aku memang macam ni. Asal nak tunjuk gambar lelaki aje, kaki ringan nak berlalu. Bukan niat nak kurang ajar. Tapi perangai memang dah macam tu. Dan kemudian lepas tu, akan berlarutan bila appa ungkit misi nak tunjuk gambar calon menantu tak jadinya pada aku.


•••

Vote&love, thanks ♥

[C] Nice To Meet You, Love | Jungkook BTSWhere stories live. Discover now