HAPPINESS

5 0 0
                                    

"...tuan, puan lihat ada dua kantung..."

".....wah!! Yoon kembar lagi..."

"......yeayy! Adik perempuan..."

"...akhirnya ;)..."

-Pink Rose = Happiness-

Ya, inilah kegembiraannya. Seorang anak perempuan yang amat dinanti-nantikan bakal hadir mewarnai keluarga ini. Meskipun telah mempunyai 8 orang anak lelaki, kembar yang bakal hadir ini juga adalah sepasang kembar lelaki dan perempuan.

( ...eh kami bukan punya 1 ibu, tp 2 ibu...hehehhe...)

Appa, Eomma dan Mama, mereka bertiga adalah insan yang paling aku sayangi dan cintai. Mama dan Eomma adalah kawan baik yang membesar sama sejak kecil kerana mereka hidup berjiran bahkan terlihat seperti kembar tidak seiras kerana rupa paras yang hampir sama, sangking membesar sama itulah membuat ikatan persahabatan ini susah untuk diputuskan. Benar mereka berkahwin dengan lelaki yang sama iaitu Appa. Bukan kerana mereka berdua mencintai lelaki yang sama tetapi ini adalah keiinginan Eomma sebagai isteri yang pertama. Katakan ini adalah keputusan paling gila. Tak mahu berpisah dan tak mahu bahagia bersendirian dengan suami tercinta sedangkan sahabatnya masih mencari cari pasangan hidup yang tepat bahkan setelah Eomma bakal melahirkan anak yang ke-3, Mama masih berkeliaran sebagai anak dara. Jadi Eomma buat keputusan gila ini dengan memaksa suami tercinta untuk mengahwini sahabatnya agar bahagia bersama. Pada mulanya, Appa dan Mama berat untuk menerima permintaan Eomma, tapi lama kelamaan mereka menerimanya. Hubungan mereka bertambah baik, cinta antara Appa dan Mama mula berputik, perasaan cemburu tidak pernah wujud dalam diri Mama kerana Mama sangat ikhlas berkongsi kasih Sang Suami dengn sahabat sehidup sematinya. Sehinggalah Eomma mempunyai 4 orang anak dan Mama mempunyai 6 orang anak yang salah satunya adalah satu satunya anak perempuan dalam keluarga ini. Kalau ditanya, kenapa bilangan anak berbeza, sedangkan isteri yang pertama adalah Eomma dan isteri yang kedua adalah Mama. Ini kerana Mama teringin sangat mempunyai anak perempuan dan Mama tak putus asa. Meskipun menghadapi kesusahan kesan daripada kelahiran kembar yang pertama.

Eomma dan Mama mempunyai rupa paras yang cantik dan juga bijak. Masing-masing mempunyai karakter yang berbeza Eomma dengan perwatakan yang agak brutal dan lasak tapi peramah manakala Mama mempunyai sifat yang lemah lembut dan pemurah dengan senyum tapi tegas. Kedua-duanya sangat popular pada zaman persekolahan, Appa juga. Jadi tak salah kalau keluarga kami ini dicap sebagai 'the wanted Family' kerana gene yang mewarisi kami mampu membuat jantung orang tidak sihat.

Itulah sedikit pengenalan mengenai kisah mereka bertiga. (...hehehhe agak unik kan.....)

BLOOD NEVER LIE ❤Where stories live. Discover now