The Promise||11

63 10 0
                                    

♡♡♡♡♡♡♡

Langkahnya diatur laju ke arah dewan kuliah,dia sudah terlambat 10 minit.

Sebaik sahaja hendak masuk,dia bertembung dengan Prof Helena.

Profeser separuh abad itu mengangkat keningnya ke arah Rayna.

"Erk saya masuk dulu ye prof."Sebaik sahaja berkata-kata Rayna mencicit lari masuk ke dalam dewan dan duduk disebelah Emelya.

Langkahnya diikuti oleh Prof Helena.

"Goodmorning class!sebelum saya mulakan kelas..saya ada satu perkara penting yang ingin diumumkan."Jeda Prof Helena seketika.

"Tak lama lagi universiti kita akan menyambut ulang tahun ke 30..Pihak atasan telah memutuskan untuk mengadakan sambutan secara besar-besaran,kita juga akan menjemput beberapa universiti dari luar seperti United Kingdom University,Kingston University and Luina University.
Semua fakulti juga dikehendaki melibatkan diri dan merangka pelbagai program yang menarik.

Jadi saya sebagai ketua jabatan fakulti fesyen telah bersepakat dengan pensyarah lain untuk mengadakan  pertunjukkan fesyen,bukan itu sahaja, saya juga telah diberikan amanah oleh pengarah Fantastic university ini sendiri untuk mendesign baju rasmi kita" Sambungan dari Prof Helena menyebabkan semua berbisik sesama sendiri.

Keadaan menjadi sedikit bising.
Rayna turut terpaku apabila universiti lamanya bakal dijemput.
Ada terselit rasa teruja dan gerun.

"Okay guys stop it okay?listen to me.
Dalam pertunjukan fesyen ini akan ada 5 kumpulan sahaja akan terlibat manakala yang selebihnya pula akan melibatkan diri untuk mendesign baju rasmi kita...any questions guys?."Sambung Prof Helena seraya menepuk sedikit tangannya.

Anggukan diberi kepada seorang gadis yang sedang mengangkat tangan.

"Maksud Prof,5 kumpulan akan membuat akan design baju untuk pertunjukan fesyen manakala yang lain akan design baju rasmi universiti kita?."Soal gadis bernama Zahira itu meminta kepastian.

"Yess absolutely Zahira,okay nanti kita bincang lagi tentang perkara ni, sekarang let's continue our class."Balas Prof Helena sambil membuka laptopnya.

"Kita nak join yang mana weyh?."Soal Zara kepada Girls yang lain.

"Fashion show jom,teringin nak tengok baju kita atas pentas."Jawab Isha memberi cadangan.

"Up to you guys,aku ikut je mana-mana pun."Balas Rayna tersengih.

"Fashion showlah...boleh kita guna design baru tu."Sahut Emelya pula.

"Orait."Balas Zara lalu kembali menumpukan perhatian terhadap Prof Helena.

Di sudut lain.
"Ni lah masa kita untuk balas balik,aku pasti diorang pilih fashion show tu,so kita kena make sure yang  diorang takkan berjaya."Bisik Aira ke arah Divaz yang lain.

"Yes I setuju,kita kena buat something and malukan diorang."Sokong Zurina.

Divaz tersengih jahat.

♡♡♡♡♡♡♡♡

"Hello Prince."Sapa Reza sebaik sahaja bertembung dengan Prince.

The PromiseWhere stories live. Discover now