Jungha menepuk katilnya untuk membuang habuk sebelum tidur. Sudah menjadi tabiatnya sejak dulu lagi, mementingkan kebersihan di mana jua.
Baru sahaja ingin rebahkan badan, telefonnya berdering di tepi meja. Nombor yang disekat pernah menelefonnya hari itu ditenung lama.
Ahh, mesti Sungchan oppa.
Punat hijau ditekan, telefon diletak di telingan kanan. Jungha sempat menjeling pintu biliknya takut Doyoung tiba-tiba masuk secara mengejut.
" Hello.. oppa buat apa ni ..? "
" Jungha-ah, kenapa rumah gelap ni ? Macam tiada orang, "
" Jungha dengan Doyoung pergi honeymoon kat Busan. Esok kitorang baliklah, "
" Jungha, oppa akan keluarkan kamu dari Doyoung tu. "
" Jangan cakap je, bila oppa nak munculnya ? " Jungha hampir serik dengan ayat itu. Seperti tiada usaha pun yang Sungchan lakukan.
" Muncul ? Lambat lagi haha, "
" Lambat lagi ? Apa oppa merepek ni ? OPPA SENDIRI TAHU KAN DOYOUNG KURUNG JUNGHA SELAMA NI ! "
Hempasan pintu biliknya mengejutkan Jungha yang sedang menelefon, mulutnya terkaku bila Doyoung yang muncul dengan senyum sinis bersama telefonnya di telinga.
" Tak mungkin... awak selama ni... " Tidak percaya apa yang berlaku sekarang, Jungha mencampak telefonnya ke lantai. Biarlah retak telefon itu, yang penting sekarang ni dia tertipu dengan permainan Doyoung.
" Sayang dah penat ke main game kita ni ?"
Jungha menyeret badannya ke hujung bilik apabila Doyoung melangkah hadapan ke arah katilnya. Bahaya, dia memang kena nahas nanti.
" Tak cukup lagi selama ni saya ajar awak, saya betul-betul akan ajar awak sekarang ni. " Doyoung menarik rambut isterinya dengan kuat. Jungha cuba melepaskan genggaman kuat suaminya.
flashback.
Doyoung melihat Jungha melilau mencari sesuatu dari halaman rumahnya. Telefonnya dikeluarkan dari poket dan cuba memanggil Jungha. Nasib baik dia sudah letak suara Sungchan sebagai penapis suaranya.
" Hello, Jungha.. "
" Siapa ni... ? "
Terdiam dua saat.
" Sungchan oppa ! Macam mana oppa boleh jumpa nombor ni ? "
" Oppa tahu Jungha kena kurung. Nanti Oppa cari jalan keluarkan Jungha dari situ, "
" Oppa... Gomawo sebab tolong Jungha ! Tolong tengokkan Jungho tau, "
" Yelah, Oppa pergi dulu.."
Betullah kata Hayoon, Jungha mudah tertipu dengan orang sekelilingnya. Mudah sahaja Doyoung jalankan misinya tanpa ada sebarang gangguan.
end flashback.
Jungha terbaring di atas lantai kayu yang suhunya sejuk selepas diseret oleh Doyoung. Suaminya mendekatkan jarak muka mereka.
" Kim Doyoung, hentikan semua ni ! Awak dah gila ke ? " ujar Jungha yang mengerang kesakitan kemudian ludah pula ke muka Doyoung.
" Kau ludah kat aku ? Kalau berani, buat balik ! " Rambut Jungha digenggam kuat lagi sekali.
" Dengar, Kim Jungha ! Lelaki yang depan kau sekarang ni bukan Kim Doyoung ! Aku Yoo Doyoung, "
Pergelangan tangan Jungha yang cuba melepaskan genggaman Doyoung dari rambutnya tiba-tiba menjadi lemah.
" Yoo.. Doyoung ? "
" Yoo Doyoung, anak lelaki Yoo Sejeong yang sepatutnya hidup bahagia bersama ayah kau ! Mak kau tak layak hidup dengan ayah kau- " Belum sempat Doyoung habiskan kata-kata, Jungha memberi penampar padanya.
" Mak kau... yang rosakkan hubungan ayah aku dengan mak aku selama ni ! Kau tahu tak betapa traumanya aku dengan Jungho lepas mak ayah kitorang takde ! " bidas Jungha yang ingin mempertahankan nama baik maknya. Berani suaminya hina maknya yang tabah menjaganya dulu.
Tidak cukup dengan menarik rambut, Doyoung memijak kedua-dua paha Jungha yang lumpuh itu. Senyumannya terukir melihat Jungha meraung kesakitan.
" Aku akan balas dendam demi mak aku ! Aku dah dapat kau, jadi tiba masa untuk aku ajar kau cukup-cukup, " Kepala Jungha terhentak ke dinding bilik, badannya terus longlai di bucu bilik.
Dia terlihat memori yang tidak pernah dilihat sebelum ni, seperti ada puzzle yang tidak melengkapi otaknya.
" Noona tahu Doyoung tak buat macam ni.. Kenapa Doyoung buat macam ni ..? "
Itulah kata-kata terakhir yang terkeluar dari mulut Jungha secara spontan sebelum dia melelapkan mata.
____________________________________________________
aku baik aku update jap nak habis dah

YOU ARE READING
Similarity : Passionate Ego.
أدب الهواةcompleted, kim doyoung nct fanfiction [ book 2 of similarity ] SHORT STORY VER. | EBOOK SOON continuation of the story of the moon with egoistic aquarius marriage with conflict, angst au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]