22

32 6 12
                                    

"Haa basuhlah yang besar sekali tu. Nak tolong sangat kan petang tadi." Iman tunjuk ke arah kuali sebesar depa. Tahulah Aiman bahawa Iman masih merajuk dengannya. Mujurlah mereka berdua je dekat belakang rumah ni.

Tapi tahu jugalah dia, ada yang pasang telinga dekat dapur sana tu.

"Okay macam ni. Kita sental sama sama. Awak buat tiga, saya buat lima. Lepas tu, kita bilas sama sama juga. Kena tunggu sampai saya siap. Selagi saya tak siap, sayang tak boleh bilas periuk yang sayang sental."

"Mana aciii. Awak lima kan. Lama lah saya kena tunggu."

"Awak nak adil ke? Penat nanti tangan awak."

"Lupa pula. Awak rajin. Okay, proceed."

Iman letakkan sejumlah pencuci sunlight ke dalam semua periuk dan besen yang telah digunakan. "Tangan." Dawai kasa diletakkan di atas tapak tangan Aiman. Lengan panjang suaminya (ya Allah dah jadi suamii) dilipat sehingga ke siku.

Aiman mencuri cium pipi wanitanya itu. "Terima kasih, sayang."

"Saya marah lagi ni." Iman mula mencuci periuk yang digunakan untuk menanak nasi. Kerak nasi yang telah lembut, dibuang ke dalam plastik hitam yang diletakkan antara mereka berdua. Takpe geng, sungloght tu ada dekat dinding periuk tu. Tak kena pada kerak nasi. Disental beberapa kali dengan kudratnya sehingga bersih.

Aiman juga sama, namun halangannya pada dinding periuk yang berminyak teruk. Biasalah, gulai daging. Letak sebotol pencuci pinggan pun belum tentu hilang. Ditonyoh menggunakan jejala pencuci pinggan. Keempat-empat belanga miliknya memilik masalah yang sama.

Diam. Cuma tangan yang gigih bekerja serta bunyi tonyohan pada periuk kedengaran.

Iman memerhati suaminya yang memakai seluar kain pelikat dan baju lengan panjang tidak bercorak. Tipulah dia tidak rasa apa apa pabila melihat Aiman sekacak itu walaupun cuma berbaju kasual. Dengan rambutnya yang beralun mengikut gerakannya mencuci periuk.

Hot betul laki aku, nyah.
Eh, tak boleh. Tengah marah ni.

"Sayang, air."

Tak semenanya, Iman terpicit bahagian hadapan paip air kuning ke arah Aiman.

"Imannnnn." Naik jugalah nada Aiman Adhwa kerana terkejut dia dimandikan.

"Aaaa Aiman sorry! Aaaa sorry. Janji tak derhaka dah." Kedua dua tangan disatukan dan digoncang bersungguh, tanda minta maaf.

"Salam dulu. Ingat sorry saja saja ke? Sejuk tahu kena air." Aiman hulurkan tangan. Iman mencebik, namun bangun juga untuk menapak mendekati Aiman. Sempat tangannya memegang paip air kuning, untuk berjaga jaga.

Huluran disambut. Diletak belakang tangan Aiman yang sedikit lembap oada dahinya. "Sorry. Janji tak buat dah. Kalau saya buat lagi, saya minta maaf lagi."

Kemudian, Iman menyiram lagi air ke arah Aiman. Nyah, ko ingat Aiman rilek je ke? Memang balas semula lah cerita dia.

Dah kena tangkap basah dengan orang dekat dapur sebab bising sangat.

"Umi, tengok acik dengan abangcik ni. Tak basuh periuk." Siapa lagi kalau bukan Irfan. Kebetulan nak minum air, tertangkap pula momen romantis mempelai.

























Babi rasa halal pulak nak tulis sayang dalam ni. Shshshshs

:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)Where stories live. Discover now