Hanya kamu aku mahu(prolog)

625 11 1
                                    

Priitt!!wisel berbunyi nyaring.Terdengar gempita sorakan para penonton yang setia menyaksikan perlawanan bola sepak antara dua buah sekolah.

"STTK-lima SMKTU-tiga.STTK menang!"

Sekali lagi sorakan bergembira bila pengadil perlawanan mengumumkan pasukan yang memenangi perlawanan akhir bola sepak.kegembiraan jelas terpancar pada riak wajah setiap pemain Sekolah Tinggi Taman Kota.Penat lelah mereka berbayar.

Di satu sudut seorang gadis turut sama merasai kegembiraan kerana rakan rakannya yang bermain telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Dia hanya mampu tersenyum gembira melihat seorang lelaki yang berjaya menjaringkan gol sebanyak 2 Kali.

"Tengah pandang siapa tu?!"kata seorang perempuan yang telah lama memerhatikan alisya."Opocot!"latah alisya"Fuh kalau ya pun bagi salam lah Siti,nasib baik saya tak kena serangan jantung"sambung alisya

"Hahaha!alolo marah ke?jangan lah merajuk nanti aku panggil Mrs narcisst pujuk kau yerr.."kata Siti.

"Huh?!Tak perlu lah nak panggil dia,bukannya ada kaitan pun ngan rajuk aku pun"kata lisya kendur.bukannya dia tak tahu dengan perangai Siti.kalau dia setuju Siti panggil Mrs narcisst tu datang pujuk dia conform di panggilnya.

"Alisya!!"belum sempat Siti mengusik lisya cikgu z terlebih dahulu memanggil alisya

"Ada apa-apa boleh saya bantu"jawab alisya sopan."kamu ada bawa reben lebih?cikgu tidak sedar ada beberapa hadiah belum di ikat reben."kata cikgu z cemas.

"Ada cikgu,tapi reben tu ada di kelas cikgu,nanti saya ambil reben tu untuk cikgu."jawab alisya.

Tanpa melengahkan masa alisya berlari anak menuju ke blok bangunan yang menempatkan kelas nya. Sunyi sepi sahaja bangunan itu memandangkan semua pelajar dan guru berhimpun di padang.

Alisya melajukan langkah nya menuju ke kelas.alangkah terkejutnya dia apabila melihat kelas nya bersepah."alamak pulang lambat lah kami ni kena denda."omel lisya dalam hati.

Alisya berjalan menuju ke mejanya,dia membongkokkan badan lalu memasukkan tangannya ke dalam laci meja lalu mengambil reben.

"Alisya"

Suara garau yang memanggil namanya membuat kan dia menggigil ketakutan.setahunnya hanya dia di blok bangunan kelas.lisya mencuba membuang perasaan takut lalu memberanikan diri mencari empunya suara.

Setelah melilau keadaan sekeliling,lisya berasa bertambah takut.pelik siapa yang memanggil nama nya.

Alisya berlari anak menuju ke tangga, belum sempat dia memijak anak tangga lengannya di pegang kuat.

"Argh!!"

Hanya kamu aku mahuWhere stories live. Discover now