♡♡♡♡♡♡♡♡
Sebaik sahaja turun daripada kereta,Rayna mengambil fail yang berada di tempat duduk belakang.
Fail tersebut dipeluk lalu dia berjalan laju menuju ke arah dewan kuliah.Namun,dia terasa sedikit pelik melihat semua pelajar memandangnya dan berbisik sesama sendiri.
Malah ada yang ketawa melihat dirinya.Rayna memerhati sekeliling dengan pelik,namun langkahnya diteruskan jua.
Tiba-tiba seseorang menghalangi jalannya.Kepalanya didongakkan,Rayna sedikit ternganga melihat Hafiy sedang merenungnya.
"Erk kenapa?."Tanya Rayna perlahan.
Hafiy hanya mendiamkan diri sebelum membuka jaketnya dan diikat pada pinggang Rayna.
Sebelum berlalu sempat dibisikkan sesuatu ditelinga Rayna.Rayna yang mendengar mula memerah menahan malu,dia berlari selajunya kearah tandas.
Sampai didalam tandas dia menyumpah-nyumpah sendirian.
"Arghh Rayna kenapa kau pakai seluar putih harini."Sedang dia membebel sendirian,girls merempuh masuk ke dalam toilet.
"Are you okay?."Soal Zara dengan termengah-mengah.
"Okay je,ada masalah sikit."Sahut Rayna teragak-agak.
"Fuh si Hafiy ni..aku ingatkan apalah."Emelya mengesat peluh di dahi.
"Kenapa?dia cakap apa?."Dahi Rayna berkerut menahan hairan.
"Dia cakap kau dalam masalah dan perlukan pertolongan segera..siap cakap emergency lagi."Balas Isha yang sedang membetulkan rambutnya yang agak serabai.
Rayna spontan mengukir sedikit senyuman sebelum kembali berkata
"Actually aku memang dalam masalahh..huwaaaa aku bocor babe,kau ada seluar lebih tak?.""Aku tak ada seluar ,tapi skirt adalah."Sahut Isha lalu mengeluarkan sehelai skirt biru gelap dari beg sandangnya.
"Skirt pon skirtlah."Rayna mencapai skirt tersebut lalu menukarnya di dalam tandas,nasib skirt itu tidak terlalu pendek walaupun paras betis.
"Sweet jugak ek tunang kau."Usik Zara sebaik sahaja Rayna keluar dari tandas.
"Ish kau ni..aku hempuk karang."Rayna tergelak kecil.
"Jomlah nanti terlambat."Sampuk Emelya.
"Okay let's go! Eh wait a minute..ni jaket sape?."Tanya Isha yang baru selesai membetulkan rambutnya.
"Ouh bagi sini..tu Fiy punya,dia kasi aku pinjam."Kata Rayna lalu pantas berlalu sebaik ternampak senyuman nakal rakan-rakannya.
"Rayna!."Kata mereka serentak lalu terus mengejar langkah Rayna dengan gelak tawa.
♡♡♡♡♡♡♡
"Mana jaket kau?."Tanya Farhan sebaik sahaja menyedari rakannya itu tampak tidak selesa diperhatikan oleh para gadis.
Yelah,siapa yang tak pandang..Hafiy hanya bertshirt lengan pendek menonjolkan otot lengannya.
"Aku bagi Rayna pinjam,dia ada emergency sikit tadi."Sahut Hafiy lalu meneruskan kerjanya.
"Hum?like someone here fall in love."Iman disebelah mula mengusik.
YOU ARE READING
The Promise
RomanceTengku Hafiy Rayyan Jejaka dingin yang telah menjadi pujaan para gadis diluar sana kerana rupa parasnya dan hartanya. Namun,siapa sangka jejaka sekacak dirinya mengalami amnesia yang menyebabkan dia melupakan seorang gadis yang bertakhta di hatinya...