The Promise||13

60 10 0
                                    

♡♡♡♡♡♡♡

Harini dia menumpang Zara ke universiti kerana malas untuk memandu.

Setelah selesai berpakaian,Rayna bergegas turun kebawah.
Kelihatan Zara sedang duduk menanti diruang tamu.

Mereka bergerak lebih awal hari ini kerana hendak berbincang tentang pertunjukan fesyen yang akan diadakan tak lama lagi.

"Zara nanti kau berhenti 7E yang dekat uni jap..ingat nak beli roti."Pesan Rayna apabila Zara mula memandu.

"Orait."Balas Zara dan membuka radio.
Mereka meneruskan perjalanan diselangi dengan gelak tawa.

"Rayna,jalan sibuklah..kau melintas boleh tak?."Tanya Zara.

"Sure!boleh je..kau tunggu sini kejap tau."Balas Rayna lalu mencapai dompetnya dan keluar dari kereta.

Dia melihat kiri dan kanan,setelah memastikan tiada kenderaan Rayna mula melintas.

Namun,tanpa disedarinya sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.

Rayna terkaku,kakinya bagai digam.
Adakah ini pengakhiran hidupnya?

"Rayna!."Jeritan dari seseorang disertakan tarikan kuat meyentakkan Rayna.

Kelihatan Zara dan dirinya sudah tergolek di tepi jalan.
Mujur sahaja Zara sempat menarik Rayna dari dirempuh oleh kereta tersebut.

Manakala kereta tersebut berlalu pergi dengan laju.

"Kau okay tak Rayna?."Soal Zara cemas.

"O..okay,kau okay tak?sorry weyh tangan kau luka tu."Kata Rayna sedikit cemas sebaik sahaja melihat siku Zara sedikit tergarit.
Dirinya hanya luka dibahagian tapak tangan.

"Okay je ni,nanti kita ke medical centre kat uni je."Kata Zara seraya membantu Rayna untuk bangun.

Baru sahaja mereka hendak melangkah ke arah kereta,sebuah kereta berhenti mengejut dihadapan mereka.

Kelihatan Hazzif dan Hafiy keluar dari kereta tersebut.

"Sayang are you okay?."Tanya Hazzif cemas,nak terputus nafasnya sebaik mendengar jeritan Zara disebalik talian.
Kebetulan mereka sedang bercakap telefon,sebaik sahaja mendengar suara cemas Zara terus sahaja dia menggesa Hafiy untuk ke tempat kejadian.

"Apa jadi?."Soal Hafiy yang turut cemas.

Zara menceritakan segalanya kepada mereka berdua,yelah kalau nak harapkan Rayna..sampai tahun depan pon dia tak bersuara..masih terkejut.

"Korang luka ni,jomlah ke klinik."Tegur Hafiy sebaik sahaja menyedari dua gadis ini tercedera.

"Fiy kau bawa kereta aku dengan Rayna..aku bawa kereta Zara."Ujar Hazzif lalu berlalu ke arah kereta Zara.

♡♡♡♡♡♡♡

"Kau okay?."Tanya Hafiy sebaik sahaja beberapa minit mendiamkan diri.

"Okay je,luka sikit je ni."Sahut Rayna yang sedang termenung.

"Kau nampak plat kereta tu?."Hafiy menjeling sedikit ke arah Rayna yang tampak muram itu.

"Saya lupa,tapi saya rasa kan kereta tu sama dengan kereta yang selalu saya nampak kat kawasan rumah saya."Rayna memandang ke arah luar tingkap.

"Hah?jiran kau ke?."Dahi Hafiy sedikit berkerut.

"Bukanlah..tapi dia selalu menghendap rumah saya."Terang Rayna.

The PromiseWhere stories live. Discover now