4 tahun lalu . . .
" Akak, kau memang nak join aktiviti tu ke ? " Kotak bertukar tangan ke tangan Jungha.
" Apa salahnya aku isi masa lapang, bak kata orang jangan bazirkan masa lapang. "
" Hm, yelah. Kalau kau join, aku pun join gak. Nak tengok kakak buat apa sepanjang masa, "
Lengan Jungho dicubit kuat, " Sejak bila kau belajar jadi stalker ni, banyak sangat pengaruh drama ni. "
Keras badan Jungho menahan kesakitan berdiri sebelah kembarnya yang sibuk menguruskan kotak segi empat bersaiz sederhana.
" Tepilah, gemuk ! Bukan nak tolong angkat barang pun, " Kaki kiri Jungha menyepak Jungho yang menghalang jalannya. Ingin sahaja dia tendang kepala Jungho.
" Oii, tunggu ! " Jungho mengangkut kotak bersamanya lalu keluar dari rumah bersama Jungha.
,,,
Dahi Jungha menitiskan peluhnya menguruskan bahagian dewan tadi, penat pula susun kerusi. Sudahlah orientasi kemasukan pelajar baru nanti bermula esok. Dia merehatkan diri di tepi pentas dewan sekolah.
" Ha, penat kan ? Kan Jungho dah kata, lepak je kat rumah. Kita ni baru je habis exam lepastu rajin pula kakak nak tolong seonbaenim buat semua ni, " rungut Jungho. Lelaki ni memang lembut sangat sampai takde semangat nak menolong orang.
" Aku dengar kau merungut sekali lagi, kau potong buah untuk aku malam ni ! " Jungha sudah bersedia untuk bunuh adiknya malam ini.
Kembar lelakinya menzipkan mulut lalu beredar meninggalkannya keseorangan.
Kemudian, Jungha didatangi oleh Sooah seonbaenim. Dia menunduk hormat sebelum menyapa seniornya.
" Jungha, good job for today ! Terima kasih juga kerana ringankan tangan awak bantu saya, " puji Sooah sebelum dia menyerahkan sepucuk fail kepada juniornya.
Nak tahu tak, Sooah sukakan Jungho. Ok dah terbocor rahsia Sooah kepada pembaca, nasib bukan ke Jungho.
" Ini untuk jadual esok. Lihatlah dulu, pastikan awak ingat event yang saya sediakan esok. " ujar Sooah lagi.
Jungha hanya mengangguk kepala akan arahan seniornya.
,,,
Esoknya, Jungha dan Jungho ditugaskan menjaga bahagian kantin untuk memberi makan tengah hari kepada pelajar baru. Sepasang kembar itu menghela nafas mengeluh, mula memaki dalam hati.
Diorang tu ada kaki, ada tangan, ada hidung, ada mulut boleh ambil makanan ni. Kenapa nak suruh kitorang pula kena bagikan diorang makanan macam budak tadika ? desis hati Jungha.
" Lambat lagi ke kak, panaslah pakai apron ni. " Jungho mengipas dirinya yang sudah berpeluh macam main bola, bendanya pun belum start lagi.
" Macam perempuanlah kau ni, tinggal lagi dua minit. Be ready ! " Jungha menguatkan semangat Jungho yang jenis hanya tidur di rumah itu.
Ramai pelajar dan ibu bapa mereka mula berpusu-pusu masuk ke perkarangan kantin dan laju sahaja mereka berbaris untuk mengambil makanan tengah hari. Nasib baiklah tidak berebut.
Jungho ditugaskan menjaga bahagian memberi nasi manakala Jungha pula memberi hotdog kepada pelajar. Kembar lelakinya hanya menjelingnya dari dua orang hadapannya.
Hati Jungha hanya mampu bersabar dan memaki dalam diam. Kenapalah terjumpa spesies yang jenis minta hotdog lebih bila dia letak tiga je, melebih pula nak lima. Aku kasi sayur lebih kang, dah lah tak makan sayur. Dasar memilih.
Matanya melekat pada pelajar lelaki yang lebih muda daripadanya senyap membisu sejak beratur menunggu gilirannya. Rambut yang menutupi dahi, pakai pula spek mata bulat seperti ulat buku. Tak cukup pula wajah lelaki itu sangat mempesonakan dirinya.
Jungha tersengeh seorang diri, dia ingin berkawan dengan pelajar itu. Kenapa dia comel sangat ? Auww pertama kali rasa jantung ni berdetak laju.
Tiba sahaja giliran pelajar itu, Jungha meletakkan banyak hotdog di dalam bekas makanan itu. Lebih dari sepuluh dia letakkan. Orang sebelum dia yang jenis cerewet mintak nak lebih tu, menangis lah kau.
Senyuman manis diukir pada wajah Jungha, lelaki itu hanya membuat muka kulat. Seperti hatinya berkata mak cik kantin ni dah tak betul orangnya.
" Saya tak boleh makan hotdog, " Pelajar itu mula bersuara.
" Ahh, maafkan saya ! Saya beri awak epal lebih, " Jungha tersedar dari lamunannya. Lantas tangannya laju mengambil beberapa keping epal dari bahagian kawannya, Dahyun yang menjaga bahagian itu.
Hotdog yang diberi tadi diambil balik oleh Jungha dan dia menahan malu. Mengapa boleh gelabah di depan dia, habis hilang keserian muka.
Setelah selesai masa bertugas, sepasang kembar itu membeli tin epal dengan bekas yang mengandungi beberapa potongan epal lalu berehat di pondok belajar.
" Penat tapi best lah pula tolong orang ni, "
ujar Jungho yang menatap langit membiru itu." Ha, best kan ! Aku dah kata, baik kita join buat benda ni. " Jungha cuba menangkan dirinya.
" Lagipun best juga dapat upah, " ujar Jungha lagi.
" Upah ?? Selama ni, aku nak join aktiviti ni sebab upah ke ?? " Jungho baru faham apa motif Jungha ingin menyertai aktiviti ini.
" Akak, kau buat kerja ni ikhlas ke tak ? " soal Jungho dan kembarnya memalingkan pandangan lain.
" Ikhlas lah ! Lagipun, aku takde benda lain nak dibuat. Jadi, baik aku tolong orang ! "
jeling Jungha yang geram sangat kat adiknya. Nak pula dia menyumpah tapi kat public sekarang ni.Dah lah kau, dia merajuk lalu meninggalkan Jungho di belakang dan berjalan tanpa arah tuju. Menyepak batu yang berteraburan di atas jalan, kebosanan mula menguasai diri.
Tanpa sengaja, mata dia bertentangan dengan mata pelajar lelaki itu tadi. Mereka bertemu balik, ah terjumpa dia lagi.
Lelaki misteri itu seperti biasa membaca buku di tepi bangunan sekolah, membetulkan cermin matanya yang sudah sampai hujung hidung.
Berlari anak si Jungha ke arah lelaki itu, untuk bertemu dengan lebih dekat. Pipi Jungha pula dah jadi macam tomato.
" Kita jumpa lagi ! "
Lelaki itu mendongakkan kepala melihat gerangan mana yang ingin berjumpanya. Matanya agak sedikit silau akibat ada lagi sinaran matahari terpancar ke mukanya walupun gadis itu melindunginya.
" Saya tak kenal awak, pergi dulu. " kata lelaki itu sebelum dia beredar Jungha.
Jungha kena tinggal dua kali harini padahal bukan kena reject pun.
" Yah ! Macam ni ke awak layan orang lebih tua ? Mana hormat awak ? " Kata-kata Jungha menghentikan langkah lelaki itu.
Dia menunduk hormat sebelum berkata, " Maafkan saya, ahjumma.... "
" Ahjumma ???? "
Budak lelaki itu sedikit takut dengan Jungha apabila gadis itu menghampirinya.
" Janganlah takut, saya bukannya marah betul-betul pun. Saya Jungha, Kim Jungha. "
" Doyoung, Yoo Doyoung. " Mereka berdua berjabat tangan.

YOU ARE READING
Similarity : Passionate Ego.
Fanfictioncompleted, kim doyoung nct fanfiction [ book 2 of similarity ] SHORT STORY VER. | EBOOK SOON continuation of the story of the moon with egoistic aquarius marriage with conflict, angst au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]