Kereta mewah yang dipandu tadi berhenti sebaik sahaja sampai di hadapan rumah Lin. Tengku Haris dan Azlin sudah pun keluar dari perut kereta mewah yang dinaiki mereka sebentar tadi.
Kata miskin, tapi kaya je. Rumah pun besar. Getus hati Haris.
Kedua duanya kaku. Azlin masih berdiri di belakang Haris. Manakala, Haris pula rambang melihat rumah Lin. Cantik !
Tanpa disedari, Mariam dan Datin Maya sudahpun berada di hadapan pintu rumah itu.
"Kenapa tak masuk lagi ni?" soal Mariam bingung.
"Eh, mak! Assalamualaikum!" sapa Azlin ceria seraya menyalam Mariam dan seorang wanita yang tidak dikenalinya. Haris juga turut menyalam mama nya.
Mungkin.. Tu kut Datin Maya! Ibu Haris.
"Eh, dahlah jom kita masuk dalam" pelawa Mariam.
"Jom. Haris, Azlin, jom masuk." Ajak Datin Maya pula.
"Baiklah."
" Okay Ma." Jawab mereka berdua serentak. Lalu terus masuk ke dalam rumah besar itu.Faiq yang tersedar akan kehadiran anaknya, menperkenalkan Azlin kepada keluarga Tengku Haris .
"Mak, boleh tak Lin masuk bilik dulu." Tanya Lin. Setelah lama diam, akhirnya dia berbisik perlahan.
"Duduklah sini kejap." bantah emaknya.
"Alah.. Bolehlah mak. Bolehlah. Badan Lin dah melekit dah ni." Katanya meleret.
"Hm. Yelah .. Cepat sikit."
"yeay, thank you mak! Sayang mak!" sorak Lin perlahan.
Azlin melangkah ke biliknya.
*****
Seusai mandi dan solat zohor, Lin merebahkan badannya ke atas tilam empuk itu. Katilnya sangat besar seperti katil Princess. Almaklumlahkan, anak tunggal.
"Leganya dapat segarkan badan." Lin menggeliat di atas katil. Lega betul .
Hrmm . Agak-agak, kenapa eh tiba - tiba je keluarga mamat tu boleh ada hubungan dengan keluarga aku? Kenapa aku tak pernah tahu? Argh, serabutnya!
Soalan itu terus menerus bermain di fikirannya. Tanpa dia sedar, ada seseorang sedang mengetuk pintu biliknya.
Sementara di luar...
"Ishh dia ni.. Aku ketuk punyalah kuat, tapi dia tak dengar pun! Dia buat apa dalam bilik ni?" bentak jejaka itu sendiri. Tahu-tahu jelah kan. Dia tu cepat marah. Dingin orangnya.
"Azlin Humairah Binti Faiq Aimal!" jeritnya. Nasib baik tak kuat. Kalau tak, kena marah dengan mama. Sedingin - dinginnya pun, tak boleh lawan mama.
Datin hanya memandang sahaja ke arah Tengku Haris dari ruang tamu itu. Takut - takut anaknya buat hal pula.
"Haris, tak perlulah panggil lagi. Nanti mak cik panggil dia !" laung Mariam dari dapur.
"Baik mak cik. Terima kasih!" sahut Tengku Haris. Dia menapak semula ke ruang tamu.
*****
Azlin terhenti lamunannya apabila terdengar suara seseorang memanggilnya dari luar. Tahulah dia suara siapa. Selalu sangat dia dengar suara itu sewaktu di sekolah. Sekarang, di rumah pula.
"Aish mamat ni. Suka sangat menggangu aku!" rengus Lin seraya mencapai tudung lalu memakainya.
Belum sempat dia ingin memulas tombol pintu biliknya, pintu itu sudah terbuka sendiri. Magic betul! Hahah.
Kelihatan Mariam berdiri di pintu biliknya. "Lin, jom makan sama sama ." ajak emaknya.
"Okay mak. "jawabnya ringkas.
Eh, jap jap. Kenapa tadi aku dengar suara Haris tapi mak yang ada kat pintu? Aku dah kenapa ni? Dia menggosok matanya.
Betullah, Ni mak! Kenapa dengan aku ni? Angau ke apa? Eh, tak tak. Apasal nak angau pulak? Ish menyusahkan betullah mamat ni!
Malas hendak memikirkan hal tadi, dia menuruni anak tangga rumah itu.Sempat juga dia menjeling ke arah Haris yang sedang memandangnya. Haris menjeling kembali ke arahnya seraya melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan.
Lin menarik kerusi di sebelah emaknya dan berhadapan dengan Haris.
Dia melabuhkan punggungnya. Lagipun, dia memang lapar .Takkan lah dia nak tunggu pulak keluarga Haris makan lepastu dia pula makan senyap - senyap didapur. Nanti gastrik pula jadinya akibat menunggu orang makan.
" Lin, janganlah duduk diam je. Kamu tu anak dara. Tolonglah mak kamu ceduk makanan tu." tegur Faiq.
ZUP!
Sakitnya.. menusuk ke kalbu jantung dan hati bila ditegur ayah sendiri...
Aduhh. Malunya aku!
Cepat cepat Lin bangun dan menolong mak nya. Datin Maya pula hanya tertawa kecil melihat telatah 'bakal menantunya'.
*****
Selepas menjamu selera, Lin menolong emaknya mengemas meja. Iyalah, dah kena tegur tadi dengan bapa sendiri. Takkan lah nak kena tegur lagi sekali. Nanti orang kata dia malas pula.
"Ehem. Erm.. Nak aku tolong?" satu suara muncul dari arah belakang.
Lin menoleh kebelakang.
"Boleh ke kau tolong aku?" ujar Lin lembut."Boleh lah. Kenapa? Tak sudi?" balas Tengku Haris pula dengan senyuman di bibir.
"Oi. Tepilah. Aku nak basuh tangan. Pandang - pandang pulak kau. Lepas tu tersenyum - senyum macam orang gila tu dah kenapa?"
Lin tersentak.
Apa? Tadi tu... aku berangan ke? Ke... Kenapa aku berangan pulak ni? Ya Allah... Malunya aku!
Pipinya merona merah. Dia menunduk seraya itu melonjak sedikit ke tepi untuk memberi laluan .
Setelah memastikan ketiadaan Haris, terus dia menampar pipinya sendiri. Selepas itu, dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.
Jatuh cinta ke? Hrm. Entahlah.
Nak ⭐ boleh?
To be continue...
YOU ARE READING
Tengku Itu Suamiku! - HIATUS
Novela JuvenilApabila dua jiwa yang saling bermusuhan disatukan oleh ibu bapa mereka sendiri. Semuanya kelam - kabut! "Apa?! Kahwin? Lin tak setuju."- Azlin Humairah "Azlin, agree or not, you still have to accept it"- Faiq Aimal "What?! She? Why? Tak da nama l...