ANTISOCIAL PERSONALITY DISORDER

3 1 0
                                    


Kalau sebut je tentang antisosial, mesti terus terbayang dalam kepala, antisosial ni jenis tak bergaul, pendiam, atau kalau keluar lepak, tau main phone je.

Pernah terjadi keadaan macamni kat korang? Entah apa-apa, tiba-tiba orang kata kita antisosial. Persoalannya betul ke antisosial tu jenis tak bergaul, pendiam, dan main phone je time lepak?

Sebenarnya antisosial bukanlah tak bergaul semata-semata. Kalau jenis tak bergaul macam tu kita sebut sebagai 'Asocial'. Kenapa?

Ok meh saya terangkan perkataan tu dulu supaya korang faham.

1- Anti

Perkataan 'anti' bukan sahaja digunakan dalam bahasa Inggeris. Ia juga merupakan imbuhan awalan dalam bahasa Melayu.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Kedua, anti adalah imbuhan awalan yang bermaksud benci atau tidak suka. Ia juga boleh membawa maksud tidak bersetuju, menentang, melawan, membantah dan sebagainya. Sebagai contoh: antikerajaan, anti-UMNO, anti-PAS, anti-PH, dan sebagainya.

Pendeknya: Antisosial - membawa maksud tidak suka, benci, atau membantah aktiviti sosial.

2- A + perkataan lain

Perkataan A di hadapan perkataan lain adalah berasal dari bahasa Inggeris yang membawa maksud 'tidak'.

Contohnya: Asocial - membawa maksud 'tidak bersosial.'

Jika diteliti, mungkin maksudnya agak sama tapi sebenarnya tidak serupa. Asosial boleh jadi dia tidak bersosial pada waktu itu. Dia lepak member sambil main phone. Waktu tu je dia tak bersosial. Bukan sebab dia tak suka. Padahal, kalau dia tak suka bersosial, pasti dia takkan datang melepak at the first place. Orang antisosial takkan suka aktiviti melepak macam tu.

Seterusnya, bolehlah kita bincangkan apakah tanda-tanda seseorang itu menghidap Antisocial Personality Disorder, atau dalam bahasa Melayunya, Gangguan Personaliti Antisosial.

Sebelum itu, kalau korang rasa macam nak dapat gambaran secara jelas tentang gangguan ni, cuba korang tengok kdrama yang bertajuk- It's Okay To Not Be Okay.

Watak utamanya merupakan penulis buku kanak-kanak yang seram kesan daripada masa lalunya ketika masih kanak-kanak.

Tanda-tanda Gangguan Personaliti Antisosial:

1- Melakukan keganasan dan percabulan hak terhadap orang lain melalui cara-cara di bawah:

1.1- Gagal untuk melakukan norma sosial yang dilakukan semua orang dalam masyarakat yang dia hidup. Contoh: semua orang Melayu terbiasa buka selipar dalam rumah sebagai adat kita yang belajar dari sosial. Tetapi mungkin dia gagal untuk melakukannya.

1.2- Suka menipu kerana baginya menipu boleh membuat dirinya rasa selesa, atau menipu untuk kepentingan dirinya sendiri.

1.3- Gagal atau tidak tahu untuk merancang sesuatu perkara dalam hidupnya.

1.4- Berkelakuan agresif, melibatkan pergaduhan dari segi fizikal atau pun kata-kata.

1.5- Tidak tahu menjaga keselamatan diri dan orang lain.

1.6- Tidak bertanggungjawab, gagal mengekalkan konsistensi ketika bekerja (mood berubah bila-bila masa sahaja), tidak jujur.

1.7- Suka menyakitkan orang lain.

2- Penghidap mestilah berusia 18 tahun dan ke atas.

3- Perlakuan antisosial berlaku bukan pada waktu yang sama dengan skizofrenia atau bipolar disorder.

Jadi itu sahaja penerangan secara ringkas tentang maksud sebenar Gangguan Personaliti Antisosial.

Bukan setakat main-main phone waktu lepak terus dicop antisosial okay!

Psychology WorldWhere stories live. Discover now