kata kunci: Sikap = Attitude1- Personaliti didefinisikan sebagai kombinasi yang ada pada seseorang itu hasil gabungan daripada perlakuan, pemikiran, dan emosi yang ada padanya.
2- Personaliti banyak dipengaruhi oleh genetik dan pengaruh persekitaran sejak kecil lagi.
3- Personaliti juga merupakan hasil daripada sifat, sikap, dan kualiti diri yang wujud dalam diri seseorang.
4- Personaliti dibina menerusi masa dan ianya sangat kukuh sehingga sangat sukar atau mustahil untuk diubah.
5- Sikap pula salah satu unsur yang wujud bagi membentuk sebuah personaliti (rujuk nombor 3).
6- Sikap adalah reaksi terhadap sesuatu perkara yang terjadi kepada kita, dan ianya lebih spesifik.
7- Sikap sentiasa berubah mengikut situasi.
8- Sikap mengikut situasi juga lebih senang diubah berbanding personaliti.
9- Terdapat beberapa ujian personaliti contohnya; Big 5 Personality, Myers Briggs Personality Types.
10- Contoh sikap:
"saya akan menjerit kalau jumpa katak sebab saya takut katak"
"saya jenis yang suka pergi kelas awal-awal sebab senang tak kalut"
"saya suka dengar muzik sambil buat kerja"
11- Kesimpulannya, sikap merupakan sebahagian daripada personaliti, dan merupakan unsur yang paling penting bagi membentuk sebuah personality. Kalau pokok tu personaliti, mungkin daun pokok tu lah sikapnya.
YOU ARE READING
Psychology World
Fiction généraleIlmu-ilmu dan pandangan peribadi aku tentang isu-isu terkini berkaitan Psikologi.