Borderline Personality Disorder (BPD)

11 0 0
                                    


Diklasifikasikan di bawah Cluster B Personality Disorder di dalam DSM-5, merupakan ketidakstabilan terhadap imej diri dan perhubungan.

Ketidakstabilan tersebut adalah;

1) Imej diri
- Mempunyai gangguan identiti
- Emosi tidak stabil
- Tidak mampu mengawal kemarahan
- Membuat sesuatu perkara terlalu mengikut gerak hati sehingga boleh merosakkan diri, seperti seks, dadah, memandu dengan cuai, dan sebagainya.
- Bunuh diri atau mencacatkan diri
- Paranoid
- Depression

2) Hubungan
- Rasa terlalu sunyi
- Tidak mahu diabaikan
- Mempunyai hubungan yang tegang atau tidak stabil dengan orang lain

Pengidap BPD selalunya mempunyai kesukaran untuk menstabilkan perkara kerana tidak tahu di manakah Borderline (garis sempadan) bagi menyeimbangkan perkara.

Pengidap BPD juga mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk juga mengidap Depression atau Bipolar atas alasan gejala yang hampir sama dengan BPD.

Orang ramai masih belum mendapat kesedaran tentang penyakit ini. Oleh itu, ramai juga orang yang suka mendiagnosis sendiri akan merasakan mereka mempunyai Depression padahal mereka sebenarnya mempunyai BPD.

Oleh sebab itu, diagnosis sendiri (self-diagnose) amat dilarang keras oleh pengamal psikologi klinikal kerana ia tidak dapat membantu memulihkan keadaan pesakit. Akan berlaku salah tafsir, pesakit juga tidak akan mendapat rawatan yang sepatutnya.

Apapun, boleh tonton filem bertajuk Girl, Interrupted jika mahukan gambaran yang jelas tentang penyakit ini.

Sekian.

Psychology WorldWhere stories live. Discover now