Jungha merebahkan diri di pondok belajar. Sudah hari ketiga sejak Doyoung bersekolah di situ, Jungha hanya mengekori lelaki itu dimana dia berada.
Ini memang dikatakan ada kerja dia buat lepas habis exam. Kerjanya mengintip crush buat kali pertama dalam hidupnya.
Rasa mengantuk mula menguasai diri, dia menguap besar lalu tanpa sedar, dia melelapkan mata dan tertidur. Kotak air oren yang dipegang tadi terlepas dari genggamannya.
Bunyi riuhan mengejutkan Jungha tersedar dari alamnya dua jam kemudian. Dia menggosok mata dan melihat sekeliling. Sekolah macam kosong, pelajar pula dah berada di luar pagar sekolah. Tergesa-gesa Jungha mengemaskan dirinya.
Lengannya ditarik lembut oleh seseorang dan Jungha memandang belakang. Hatinya berdetak laju melihat Doyoung yang menarik lengannya rupanya. Ingatkan penyamun mana tadi yang nak culik dia.
" Awak cari saya ke ? " Doyoung merenung tajam ke mata Jungha. Lebih dalam lagi ke jiwa gadis itu.
" Manada ! Saya rindu sekolah ni, jadi saya nak- "
Kata-kata Jungha dipotong, " Awak tidur macam snow white, " Lelaki itu cuba menukar topik lagi.
" Yah ! Kenapa awak tukar topik ? "
Terdiam Jungha melihat Doyoung menggenggam tangannya erat. Hatinya mula resah kembali, dia menelan air liur.
" Kenapa diam ? Suka ke kalau saya buat begini ? " usik Doyoung yang ingin mengetahui perasaan Jungha sekarang.
" Takdelah, saya cuma- " Jungha tak mampu menghabiskan kata-katanya. Beredar meninggalkan Doyoung seorang diri dan lelaki itu hanya mengikuti dari belakang.
Di pertengahan perjalanan Jungha ingin pergi ke cafe, dia memusing badannya ke belakang dan melihat Doyoung mengekorinya.
" Apa lagi ?? "
" Itulah perasaan saya bila awak ikut saya sepanjang hari, " kata-kata Doyoung buatkan Jungha terpegun di tengah jalan. Betul juga apa dia kata, dia pun rasa tak selesa bila aku selalu ikut dia.
" Mianhei.. sebab buat awak tak selesa.. Saya belanja awak dessert, jomlah masuk dalam. " tawar Jungha yang memang ikhlas nak belanja Doyoung makan. Dia lebih suka pergi cafe berteman daripada makan seorang diri.
,,,
Doyoung hanya menghirup air oren sejuknya dengan muka muram semacam. Jungha yang menjamah sepotong kek coklat perisa strawberi sedar akan keadaannya.
" Awak macam lalui hari yang tak baik, ada masalah ke ? "
Membisu si budak nerd ni.
" Yah, awak tak okay ni. Kalau ada masalah, cer cerita. "
" Saya takde tempat meluah. Macam mana saya nak percayakan awak ? "
" Tak payah ragulah. Saya ni pandai rahsia orang, orang panggil saya peti besi rahsia tau. " Jungha meyakinkan Doyoung yang sememangnya jenis berhati-hati dalam semua benda.
Dia bersedia membuka telinganya untuk mendengar luahan orang, pendengar setia boleh dikatakan. Tetapi dalam hal nasihat, dia tak mampu berkata kerana dia tak berada di tempat orang itu. Jadi, Jungha hanya beri kata semangat untuk orang itu teruskan menghadapi cabaran.
" Saya rasa macam takde harapan nak hidup. Semua orang hina saya sebab mak saya duduk di hospital sakit jiwa. Ingatkan orang yang berada duduk di rumah anak yatim juga memahami saya, rupanya tidak juga. "
" Diorang marah saya berjumpa mak saya di hospital tu, diorang kata saya ni juga sakit mental macam mak saya. Kenapa diorang nak hina mak saya ? Tahulah diorang tu sihat sempurna tapi tak fikir juga ke pasal perasaan orang sakit ni ? "
" Orang yang ada masalah mental pun ada perasaan juga, diorang juga manusia tapi kenapa nak kena layan orang sakit ni macam binatang ? "
Muka merah Doyoung tadi ditutup, air matanya terjatuh. Dia cuba sembunyikan sakit yang pedih itu tetapi tidak mampu. Jungha memberi pelukan kepadanya.
" Dunia ni memang kejam, tak bermaksud awak boleh mengalah macam tu je. Kita hidup hanya sekali jadi, gunakan peluang ni dengan sebaik-baiknya. Enjoy with your life dan cuba bertahan dengan dugaan awak. Semua orang ada hak untuk bergembira, macam mak awak. Dia pun nak bergembira macam orang lain tetapi ada sahaja yang hina dia. Tak perlu dengar kata orang, just sambung buat kerja awak.
Kalau awak dah berjaya berdiri atas pentas nanti, barulah diorang tahu siapa awak sebenarnya. "" Yah ! Jangan nangis macam budak kecik, malulah orang tengok. " Sehelai tisu diberi kepada Doyoung.
" Noona, janganlah baik sangat. "
Jungha tergelak kecil. Alah, comel pula crush aku ni.
" Makan kek ni, sedap ! Kalau nak apa-apa lagi, cakap je. "

YOU ARE READING
Similarity : Passionate Ego.
Fanfictioncompleted, kim doyoung nct fanfiction [ book 2 of similarity ] SHORT STORY VER. | EBOOK SOON continuation of the story of the moon with egoistic aquarius marriage with conflict, angst au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]