Epilog

6.3K 173 32
                                    

Seorang Doktor perempuan keluar daripada bilik labour room. Kemudian dia menutup pintu itu perlahan. Orang-orang yang sedang menanti di kerusi menunggu semua bingkas bangun dan semua mengerumun Doktor perempuan itu.

"Bagaimana keadaan isteri dan anak saya, Doc?" soal lelaki itu, risau. Doktor itu memandang lama wajah sang suami.

"... Alhamdulillah, isteri dan anak encik kedua-duanya selamat. Tahniah encik, anak perempuan." Doktor itu tersenyum gembira. Dia menyapu kedua-dua tapak tangannya pada muka. Alhamdulillah. Doktor itu pun meminta diri untuk pergi.

"Tahniah! Wan, Kau dah jadi papa!" Raiyan dan Ikhwan berpelukan sambil melompat-lompat. Adila dan Ayda berpelukan sama. Alhamdulillah, selama setahun lebih melayari bahtera rumah tangga. Ikhwan dan Ariena dikurniakan seorang cahaya mata.

Pada bulan empat. Ariena membuat surprised kepada mereka semua, mengatakan bahawa dia sudah berbadan dua.

Tak dapat mereka ucapkan, bagaimana gembiranya mereka berdua saat itu. Ayda dan Mateen belum ada rezeki lagi. Tapi mereka tidak berputus asa. Kerana mereka tahu, Allah lebih tahu bila masa yang tepat untuk mereka menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa.

Selepas, Ariena dimasukkan ke wad biasa. Mereka semua pergi melihat bayi dahulu. Kerana Ariena masih perlukan rehat.

Ayda menyentuh cermin kaca yang terhalang antara mereka dengan bayi. Ayda gembira melihat Ikhwan yang sedang memberi iqamat pada bayi perempuan sulongnya itu. Mateen memeluk bahu isterinya.

Hayden disebelah Adila hanya memandang Adila daripada tepi.

"Seronok nampak?"

"Seronok lah, member dapat bayi comel!" ujar Adila, teruja. Bibir Hayden tersenyum senget. Dia membisikkan sesuatu pada telinga Adila.

"Kalau nak anak comel. Cepat-cepat lah terima pinangan saya tu."

Membahang terus wajah Adila. Dia tidak menunggu lama, terus pergi daripada situ. Tak nak lah, duduk dengan laki bernama Hayden tu.

Hayden terus pergi mengejar Adila. Ayda disebelah hanya mengelengkan kepalanya. Hayden ni pun, Adila tu bukan jenis suka sangat kalau orang sakat dia manis-manis. Malu dia tahap dewa. Jangan harap kau nak tunggu dia tegur kau balik.

"Adila! Tunggu lah kejap." Hayden menahan Adila daripada teruskan langkahnya.

"Abang Hayden, nak apa?" soal Adila. Langsung tidak memandang wajah Hayden.

"Ingat tak, Adila ada cakap hari tu. Kalau Ayda dah selamat. Adila akan terima pinangan abang. Ingat tak?" soal Hayden. Adila mengerutkan dahinya.

Aku pernah cakap macam tu ke? Desis Adila.
Dia cuba mengingati.

"Saya akan terima pinangan abang tapi pastikan Ayda sudah selamat daripada lelaki tu. Itu janji saya."

Matanya membulat, mulutnya ternganga sedikit dan dengan spotan dia terus menepuk dahinya perlahan.

"Ingat dah?" soal Hayden, ceria. Perlahan-lahan Adila ingin memusingkan tubuhnya ke arah lain. Untuk melarikan diri daripada Hayden. Tapi Hayden lebih pantas memegang tali beg Adila. Tak jadi Adila ingin melangkah.

"Abang tak nak paksa tau. Tapi Adila dah janjikan?" Hayden cuba sedaya upaya untuk melembutkan hati Adila.

Adila mengeluh perlahan. "Ib-"

"Berapa kali abang nak cakap, ibu abang tak makan orang pun. Dia makan nasi je. Tolonglah jangan fikir tentang darjat apa semua tu. My mom tak memilih pun. Abang sendiri yang perlu tentukan siapa yang perlu mendamping di sisi abang."

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now