Natasha sedang memeriksa troli makanan yang baru sahaja dibawa masuk oleh petugas lapangan terbang ke dalam galley pesawat. Dia memeriksa menu itu satu demi satu dengan padanan nama penumpang yang tertera pada kertas di tangannya. Ketika dia mengalihkan pandangan, dia terasa cara pramugari di hadapannya itu memandangnya lain macam.
"Kenapa kau pandang aku macam tu, perempuan??" Kening Natasha berkerut.
"Eh, apa hal kau ni?" Gadis yang memakai tanda nama 'Ratna' itu membalas.
"Yang kau pandang-pandang slack dekat aku ni kenapa?!" Tanya Natasha lagi. Kali ini nadanya makin kasar.
"Eh, apa masalah kau ni?!"
"Kau pandang aku macam tu sebab kau dengar gosip pasal aku tu, kan?!"
Seminggu telah berlalu sejak insiden Natasha 'mengganggu' si Ashraf dan khabar angin sudah mula tersebar di kalangan mereka. Natasha pula sedang menanti panggilan atau email daripada badan displin jabatan Sumber Manusia tetapi setakat ini masih tiada apa-apa perkembangan.
"Natasha, semua orang tak hairanlah dengan gosip murahan kau tu! Selama ni orang dok bercerita pasal kau sleep around dengan jantan sana sini, kau tak kisah pulak?! Kenapa kali ni kau terasa lebih-lebih? Sebab FO Poyo tu reject kau kan?!" Ratna tertawa sinis dan terus berlalu.
Amarah Natasha seakan membara. Kalau bukan kerana baju seragam yang tersarung di tubuhnya itu, mahu saja dia bertarik rambut dengan si Ratna. Perkataan 'reject' itu betul-betul membuatkan dia rasa terhina. Hei, ini Natashalah! Belum pernah lagi dia tewas dalam percaturan nafsu dengan lelaki sasarannya. Dia tekad tidak akan sekali-kali mengalah dengan si Ashraf Zildan!
Debbie, salah seorang rakan baik Natasha yang kebetulan dapat bertugas sekali dalam penerbangan ke Hong Kong pada hari itu segera menghampiri rakannya.
"Kenapa dengan kau ni, babe?" Pertanyaan Debbie itu hanya dibalas dengan dengusan daripada Natasha.
Mereka ingin berbual panjang tetapi oleh kerana sedang sibuk dengan tugasan, niat mereka terpaksa ditangguhkan sehinggalah mereka tiba di Hong Kong nanti. Namun hari ini Natasha berasa sedikit lega kerana Ashraf dan Fara tiada dalam penerbangan tersebut...
* * * * *
Ashraf duduk sendirian di beranda open air Coffee Bean Subang Parade pada pagi yang tenang itu. Dia sengaja memilih meja yang paling terceruk sekali di hujung beranda. Lebih privasi untuk bersembang dengan Lara nanti.
Hot Americano yang dibelinya tadi dihirup perlahan. Ashraf melihat jam di tangan... Ada dua puluh minit lagi ke pukul sebelas iaitu sebelum Lara tiba. Sambil minum, Ashraf menghisap rokok untuk menghilangkan stres. Dia menyedut rokok tersebut dalam-dalam lalu menghembuskan segerombolan asap keluar...
Senang sahaja rupanya mencari bangunan Subang Parade ini, fikir Ashraf. Bangunan yang biasa dia lihat setiap kali lalu di Lebuhraya Persekutuan sewaktu menghantar Lara pulang ke UiTM Shah Alam dahulu.
'Dahulu'.
Hatinya bagaikan dicubit. Dahulu, sebelum dia mengetahui kewujudan lelaki lain dalam hidup Lara semuanya terasa indah. Tetapi sekarang, segalanya perit. Kadang-kala Ashraf terbayangkan Lara bersama teman lelaki CEO-nya itu dan setiap kali Lara lambat membalas SMS, pelbagai soalan akan menerjah di fikiran: Adakah Lara sedang dating dengan lelaki itu?
Adakah mereka sedang jalan berpimpin tangan?
Pernahkah lelaki itu berbuat apa-apa pada batang tubuh Lara?
Adakah Lara lebih bahagia bersama lelaki itu berbanding dengan dirinya?
Semua persoalan timbul bagai tusukan pisau namun dibenamnya rasa sakit dan cemburu itu dalam-dalam.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...