08

153 18 0
                                    

~⌨︎~


Elly berjalan menuju ke kelas. Dia baru saja mahu melangkah masuk ke kelas , tiba-tiba ada satu tangan menarik lengan Elly.

Si lelaki yang meraba kawannya Sara sewaktu di perpustakaan. Kini dia buat comeback pula, siap ajak kawan lagi.

Elly menarik kasar lengannya.

"Kau apahal ni?"

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Jadi, inilah dia perempuan yang nak bagi patahkan tangan kau?" kata satu lelaki.

Elly mendengus. Drama apa pula yang lelaki ini mau buat.

"Kau berani sangat kan? Sekarang aku nak tengok macam mana kau patahkan tangan kitorang."

Lelaki itu cuba untuk menyerang Elly tapi Elly pantas saja mengelak. Mereka salah orang nak mencabar Elly Lia.

Elly dengan pantas membuat serang balas. Rambut lelaki yang berlagak tadi Elly tarik ke atas. Lelaki yang dia marah itu juga dia tarik rambutnya.

"Argh sakit sakit sakit!" erang si lelaki berlagak tadi.

"Sakit ya? Ini baru sikit tau. Kalau kau nak tengok tangan kau patah aku boleh buat lebih." kata Elly sinis.

Dia melepaskan pegangan rambut kedua lelaki itu. Habis kusut rambut kedua pelajar itu. Mereka berlari meninggalkan Elly.

Elly tersenyum sinis. Lelaki berani mahu mencabar dia? Ei, ini Elly Lia la. Pelajar silat. Siapa tidak kenal dengan dia memang nahaslah di kerjakan.

Elly menepuk kedua tangannya lalu dia kembali mengorak langkah masuk ke dalam kelas. Dia kemudian melabuh punggung di atas meja.

Sara mendekati Elly.

"Ada orang cari kau tadi."

"Hah? Siapa?" tanya Elly. Hairan dia bila dicari. Tidak pernah dia dicari orang sebelum ini.

"Entah. Yang pasti ada pelajar sorang ni bagi pesanan kat aku je. Dia cakap nak jumpa kau dekat belakang perpustakaan waktu rehat nanti."

Elly menjongket bahu.

"Tak nak la. Malas aku nak pergi." kata Elly.

Malas dia mahu melayan orang-orang yang tidak di kenal pasti identitinya. Lebih baik Elly pulang ke rumah dan menikmati masakan ibunya lagi elok.

"Kelas! Semua berdiri!"

Pelajar yang lain segera ke tempat duduk masing-masing.

"Selamat sejahtera cikgu." ucap mereka serentak selepas ketua kelas mengucap sejahtera.

"Ya sejahtera semua. Duduk."

Cikgu membuka buku notanya. Dia kemudian meletakkan diatas meja.

"Harini cikgu nak buat kuiz. Siapa boleh jawab, cikgu akan bagi markah tambahan."

-☯︎-

Hans melihat ke arah jam dinding yang disangkutkan di atas dinding sana. Dia kemudian memandang ke arah pintu. Tidak ada kelibat dari 'Elly'.

Dia yang menyuruh seorang budak untuk menyampaikan pesanannya pada Elly tapi memandangkan Elly belum sampai ke kelas, budak itu memberitahu saja kepada Sara.

"Mana dia ni?" desis hati Hans.

"Oi, cari siapa tu?"

Ah, ada pula Brandon di sini.

Brandon duduk di sebelah Hans.

"Tadi aku rasanya ada suruh kau pergi belakang sekolah kan? Kenapa kau tak pergi ke? Nak main sorok-sorok ke?"

Hans hanya diam. Dia menggenggam erat kedua tangannya bersama. Dia tidak mahu dibuli terus dengan Brandon begini.

"Oi." Brandon menendang kerusi Hans. "Kau pekak ke?" tanya Brandon kemudian menendang lagi kerusi Hans.

"Hans!" panggil Que.

Brandon menoleh. "Ada juga kawan kau ni kat sini eh. Ah alang alang la eh. Ada baiknya la kalau korang berdua ikut aku pergi belakang sekolah. Sekarang." arah Brandon.

"Tapi-"

Brandon memandang tajam ke arah Que.

"Kau nak melawan ke?"

Que mendiam diri. Kecut perut dia lihat tatapan tajam daripada Brandon.

"Ikut aku!"

Que menarik lengan Hans. Mereka saling berpandangan. Kemudian satu keluh panjang Hans lepaskan keluar. Mereka berdua hanya ikut langkah Brandon.

Sempat Hans menoleh untuk melihat jikalau Elly datang. Tiada. Langsung tiada kelibat Elly mahupun bayangan Elly masuk ke perpustakaan.

Hans dan Que mengikut Brandon sampai ke belakang sekolah. Apa yang Brandon mahu lakukan? Kali ini teruk Brandon mahu kerjakan mereka berdua.

Elly masuk ke dalam perpustakaan. Dia memandang segenap ruangan perpustakaan itu namun tidak ada sesiapa. Kosong dan sepi saja.

"Aik? Kata ada orang nak jumpa aku. Mana dah?" soal Elly sendiri.

Tadi dia nak balik. Tapi bila teringat pasal orang yang nak jumpa dia di perpustakaan, dia pun pergilah perpustakaan.

Bila dah sampai tiada pula orang. Hairan. Elly menjongket bahu. Dia kemudian meninggalkan perpustakaan itu.

Elly tidak tahu jikalau Hans adalah orang yang mahu berjumpa dengannya di perpustakaan. Apa boleh buat, Elly lambat sampai. Sudah teruk Hans dan Que dikerjakan Brandon.

Brandon merakam aksi Hans dan Que yang sedang dalam posisi merangkak dan memakan dedaunan yang kering itu. Tertawa Brandon melihat mereka berdua.

"Dah macam unta dah aku tengok! Fuh!"

Brandon tertawa lagi.

Que dan Hans terpaksa buat begitu. Daripada mereka di suruh minum air daripada longkang, lagilah teruk mereka nanti.

...TBC

KNIGHT PRINCESS ✅️Where stories live. Discover now