Setelah seminggu kejadian simbah-menyimbah itu berlaku, Eva tidak lagi berjumpa dengan Emir. Tetapi dia ada juga ada terdengar bahawa Emir sudah 3 hari tidak menghadirkan dirinya ke sekolah. Hati Eva sedikit risau dan menyesal dengan apa yang berlaku tetapi dia cuba untuk cepat-cepat menghalau perasaan itu dari fikirannya. Lamunannya tersentak apabila mejanya diketuk oleh seseorang.
"Eva, kau ok?," Tanya gerangan itu.
"Eh Eri, aku ok aje, lamanya kau pergi tandas," Kata Eva menukar topik
"Tandas? bila aku ke tandas?," Soalnya pelik
"Tadi?,"
"Huh? Mana ada? Kau tak sihat ke apa ni?," Soal Erika lalu meletakkan belakang tangannya ke dahi Eva.
"Apa kau ni. Aku mana ada demam," Marah Eva lalu menepis tangan Erika. Erika hanya tersengih dan kembali duduk di tempat duduknya dan sambung menelaah buku-buku rujukan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Kenapa papa tengok kamu muram aje beberapa hari ni? Tak sihat ke? Nak pergi klinik?" Soal Encik Zalif, terselit sedikit nada risau melihat keadaan anaknya yang lebih banyak mendiamkan diri dan tidak riuh seperti biasa.
"Huh?" Eva menayangkan wajah peliknya. Encik Zalif hanya mampu menggeleng, baru saja ingin membuka mulut, Eka mula memotong
"Papa kata Kak Eva sakit ke? kenapa macam ayam berak kapur je muka akak dua tiga hari ni??" Jelas Eka lalu menyuap roti coklat ke dalam mulutnya.
"Oh, akak sihat je, cuma banyak kerja sekolah, penat sikit, kan dah nak SPM ni, kenalah usaha lebih, nanti dah lepas SPM nanti dapat result gempak baru boleh happy happy" Kata Eva lancar. Begitu lain sekali apa hati dan akal Eva cuba menafsirkan kata. Dihati memikirkan si tampan kerek, Bukan SPM yang difikirnya. Kelihatan Eka dan Encik Zalif hanya mengangguk senang mendengarnya, Encik Zalif memberikan sedikit nasihat kepada anaknya sebagai kata semangat dan pendorong.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari jumaat adalah hari yang paling digemari oleh semua murid tetapi tidak bagi Eva, dia masih lagi menunggu kehadiran sang putera tampan bersemuka dengannya hari ini. Entah datang atau tidak sang putera itu, dia pun tidak tahu menahu.
"Tunggu sajalah, mesti dia cari aku nanti" getus hati kecil Eva mengharapkan sesuatu yang.....kurang pasti.
Tiba - tiba bahu Eva terasa seperti dicuit seseorang. Hati Eva mula berdegup pantas, tidak terkira berapa had kelajuannya, sungguh laju, lalu dia terus menoleh dan terlihat seorang jejaka dihadapannya, tetapi alangkah sedihnya ini kelihatan seperti bukan orang yang dicari-cari, lalu lelaki itu mula membuka kata.
"Eva, keychain kau terjatuh tadi kat depan pagar sekolah" Kata lelaki itu sambil menghulurkan 'keychain' kepunyaan Eva yang berbentuk arnab. Eva mengeluh resah. Fikirannya melayang entah kemana sehingga tidak sedar rantai kuncinya jatuh. Dia berharap hari ini dia dapat bersemuka dengan sang putera pemilik hatinya, walaupun sesaat, dia sanggup, rindu ini tak dapat lagi Eva tahan.
--------------------------------------------------------------------------------------------
EVA menutup zip begnya dan terus menyandang beg itu ke bahu, dia mahu lantas pulang untuk bertemu dengan sang pemilik hati, Emir Sirhan. Erika melihatnya pelik dan hanya mengikut langkah Eva yang begitu pantas seperti dikejar hantu!
"Eva kau apahal? Laju-laju nak kemana?" Erika mula membuka mulutnya untuk bertanya. Eva secara tiba-tiba berhenti melangkah, dia terpana melihat objek dihadapan matanya, ternganga sedikit rongga mulutnya. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya sekarang, benar atau nyata, dusta atau khayalan?
"Hai Eva Rose, sihat?" Katanya. Hati Eva menjadi tidak keruan, berdetak bagaikan ingin tercabut dari tangkainya, Eva mengerdipkan matanya berkali-kali, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Adakah ini dunia nyata? Oh...Indahnya...
OKAYYY THAT'S ALL FOR PART 10!! THANK YOU FOR SUPPORTING ME SAMPAIII BAB 10 NI HAAA, YOU ARE THE BEST!!! XX

YOU ARE READING
I love you , mr crush
RomancePertemuan di antara Eva rose dan Emir sirhan di bus stop amat memalukan! Dia terpaksa mengaku Emir sebagai teman lelakinya! Dia tak menyukai lelaki itu ! apatah lagi berlakon menjadi "teman wanita"nya . Jika tidak dia akan diugut oleh Emir . Tetapi...