THISTLE

32 6 2
                                    

❧ Review by rauszydai

❧ Penulis ismizar


Sinopsis:

Cerita ni berkisahkan tentang Dary, seorang peguam yang ada masalah family yang dia cuba untuk rungkai.

Apa yang aku suka dari cerita ni:

1. Hubungan Kekeluargaan diantara watak terlihat lebih hidup.

Penulis berjaya memperjelaskan dengan bagaimana interaksi dalam keluarga. Contohnya, Anak lelaki lebih rapat dengan ibunya berbanding ayah. Selain itu, pada pendapat saya terdapat beberapa cara interaksi yang kelihatan hidup.

2. Penggunaan saspen dengan baik

Cerita ini betul-betul memaksimumkan penguaan teknik saspens dengan baik sehingga membuat saya tertanya-tanya apa yang berlaku seterusnya. Namun begitu, cerita ini masih lagi dalam fasa "On-Going". Oleh sebab itu, saya tidak boleh memberikan komen secara melebih-lebih.

Apa yang aku rasa boleh diperbaiki:

1. Karakteristik watak yang lemah dan berlaku percanggahan diantara personaliti dengan kerjaya watak

Bagi saya, Perwatakkan Dary ini kelihatan lemah sehingga watak ini sebenarnya tidak sesuai untuk dijadikan sebagai seorang peguam. Sebagai contoh, watak Dary kelihatan sangat naif dan terlalu terbuka. Peguam ada istilah "tak bersalah selagi hakim tak jatuhkan hukuman" something like that. Pada saya, memberitahu pasal kes kepada orang lain yang tak tahu agak ralat.Salah satu bahagian yang saya sangat tak boleh brain apabila dia dengan senang hati ikut arahan daripada mesej yang tidak dia kenali. Biasanya, seorang peguam mempunyai naluri untuk menyiasat dan tidak mudah dipengaruhi dengan mudah.

2. Meleret

Penulis mencuba untuk membuatkan cerita ini sehingga meleret. Banyak perkara yang tidak penting dimasukkan sehingga menyebabkan cerita ini menjadi berjela. Kemungkinan setiap maklumat yang diberikan merupakan salah satu plot pentung dalam cerita namun ia boleh dijelaskan dengan membuat plot baru bagi mengukuhkan cerita. Sejujurnya, cerita ini tidak terlalu panjang namun akibat masalah ini, ia menyebabkan pembacaae menjadi lambat.

3. Plot utama lambat

Since genre cerita ni suspens, aku ada expectations dimana mungkin penulis ada buat filler disebalik tabir, berdasarkan POV antagonis dalam cerita ni, untuk tambahkan suspens. Mungkin dari sudut pandangan ayah Dary? Pada permulaan cerita, penulis digalakkan untuk tarik perhatian reader. Mungkin detail yang ada pada chapter depan depan tu boleh diletakkan di bahagian tengah cerita, lepas penulis dah tarik perhatian pembaca di intro.

Buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga penulisan awak nanti bertambah baik dengan ulasan aku ni.

𝙍𝙀𝙑𝙄𝙀𝙒 𝙎𝙃𝙊𝙋Where stories live. Discover now