TERCIPTA UNTUKNYA

30 6 0
                                    

❧ Review by akusipandacomel

❧ Penulis Yasmyns_Dahlia

Cerita yang sesuai untuk pencinta kisah² klise. Kalau diemosikan dengan baik, mungkin mampu berkembang. Emosi awak terlalu ringkas. Seperti mengunyah roti dan memuntahkannya, kemudian kembali telan roti yang sama. Begitulah jalan cerita awak.

Unsur saspens pada fizikal watak hilang apabila awak terus memberi penelitian seperti kacak, cantik dan sebagainya. Sebolehnya awak perlu perincikan dengan cara lain seperti deskripsi. Watak tidak dirasakan hidup kerana tiada emosi yang menyentuh hati.

Plot cerita sudah ada. Tetapi awak perlu olahkannya dengan lebih menarik. Kerana bila saya membaca, saya sudah boleh mengagak senario seterusnya. Hal ini membuktikan bahawa hilangnya unsur saspens di situ.

Disebabkan jalan cerita yang klise, awak perlu mengolahnya dengan lebih serius seperti menekankan emosi dan menghidupkan watak untuk menarik perhatian pembaca.

𝙍𝙀𝙑𝙄𝙀𝙒 𝙎𝙃𝙊𝙋Where stories live. Discover now