TOK TOK TOK
" Amir, jom gi makan. Dah waktu lunch ni. " Ajak Mahad, salah seorang pekerja di syarikat terkemuka itu merangkap sahabat baik Amir.
" Haa, dah lunch ke? Patutlah aku rasa lapar semacam je. " Jawabnya malu-malu sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
" Itulah kau, kerja je memanjang. Kau ni memang dasar workaholics lah. " Bidas Mahad sedas. Itulah rutin hariannya, mengingatkan Amir apabila tiba saja waktu lunch.
Bukannya dia taktahu perangai sahabatnya yang terlampau kuat bekerja itu. Kadang-kadang, seharian Amir tidak makan akibat terlalu banyak kerja di pejabat. Yalah, diakan pengurus besar syarikat itu sejak kematian Datuk Rahmat iaitu ayah Amir yang telah meninggal dunia akibat sakit jantung.
" Mahad, oh Mahad. Kau termenung apa tu? " Panggil Amir sambil melambaikan tangan di depan wajah Mahad.
" Haa..oh..ha. Takde apalah, aku terfikir je, siapalah nak jaga kau bila aku takde nanti. " Jawabnya sambil mengeluh kecil. Ya, dia selalu terfikir siapalah yang akan menjaga Amir bila dia tiada nanti.
'Nampaknya, aku kena cari isterilah dekat si Amir ni '
" Kau takde nak gi mana. " Soalnya hairan melihat perangai sahabat baik sejak dari kecilnya itu. Harini, perangai Mahad memang nampak lain sangat. Selalunya, waktu nak panggil lunch je conform si Mahad tu akan terus terjah biliknya tanpa mengetuk pintu dahulu.
Tapi harini, Mahad tidak seperti selalu. Nak masuk tadi pun dia ketuk pintu dahulu.
'Ish, perasaan aku je kot.' Kata Amir di dalam hati, ingin membuang semua perasaan mengarut itu.
=====
Amir melihat jam di pergelangan tangannya, masa berbaki 30 minit sahaja lagi sebelum waktu lunch tamat. Nasib baiklah mereka mengambil keputusan untuk singgah makan di restaurant yang berdekatan sahaja.
" Mahad, dah habis ke? " Soal Amir sambil melihat Mahad mengelap bibirnya menggunakan sehelai sapu tangan.
" Dah. " Jawab Mahad ringkas.
Amir terus berlalu ke kaunter untuk membuat pembayaran makanan & minuman mereka berdua yang berjumlah RM23.50 setelah dikira oleh seorang wanita berusia sekitar 40-an di kaunter pembayaran.
=====
" Amir, kau rasa bila aku dah takde nanti kau boleh jaga diri kau sendiri tak? " Kata Mahad memulakan perbualan setelah hampir 10 minit berdiam diri.
" Ish, apa kau merepek ni? " Balas Amir sambil tertawa kecil.
" Jawablah Amir, aku serious ni. " Balas Mahad ringkas namun tegas.
" In Shaa Allah, aku boleh jaga dirilah. Kau jangan risau. " Jawab Amir sambil menjeling Mahad di sebelahnya sekilas.
" Baguslah camtu, tak payahlah aku risau sangat. " Ujar Mahad bersama segaris senyuman yang menghiasi wajah bersihnya.
" Eh dahlah Mahad, apalah kau merepek ni, soalan pelik-pelik pulak tu. " Katanya sambil melihat Mahad dan tidak menumpukan tumpuan pada pemanduan.
" Eh Amir, ada lori kat depan tu!!!! " Jerit Mahad sambil menuding jari ke hadapan. Amir terus pandang ke hadapan dan cuba untuk mengelak dari melanggar lori itu namun malang apabila tidak sempat. Mereka berdua terus sahaja melanggar lori itu lalu terbalik di tengah jalan setelah kereta yang dinaiki mereka berpusing sebanyak 3 kali di atas jalan.
=====
" Ya Allah, Amir dah sedar? Abang, cepat bang sini. Amir dah sedar. " Terdengar suara seorang wanita berumur di sebelahnya memanggil suaminya.
" Apa kamu ni Mas, terjerit-jerit. " Terdengar pula suara seorang lelaki berumur yang memarahi isterinya kerana menjerit.
" Abang, Amir dah sedar. " Kata wanita berumur yang digelar Mas itu. Mendengar sahaja apa yang keluar dari bibir isterinya, dia terus berlalu ke arah katil yang menempatkan Amir sejak 3 minggu yang lalu.
" Ya Allah, syukur kamu dah sedar Amir. " Ucap lelaki itu syukur dengan keadaan Amir yang telah sedarkan diri.
Kejap, dia kenal lelaki ini. Pak Mat, pemandu keluarga mereka sejak dia dari kecil lagi. Pak Mat telah menjadi pemandu ayahnya selama 15 tahun namun telah berhenti akibat usianya yang sudah lanjut. Wanita itu pasti Mak Mas merangkap bekas pembantu rumah keluarga mereka.
Dia terharu apabila dapat melihat Pak Mat dan Mak Mas setelah hampir setahun tidak berjumpa akibat kerja yang terlampau banyak.
Tiba-tiba, dia berasa sesuatu yang kurang. Ya, Mahad. Mana Mahad?? Seingatnya, mereka berdua baru pulang dari makan di sebuah restaurant yang berdekatan sebelum....
" Pak Mat, mana Mahad? " Soal Amir perlahan sahaja akibat masih belum pulih lagi. Mendengar soalan dari Amir telah membuatkan wajah Pak Mat serta-merta menjadi keruh. Tiada lagi senyuman yang menghiasi wajah tua itu.
Pak Mat memandang wajah isterinya yang berada di sudut wad hospital.
Lelaki tua itu seperti bersembang sesuatu bersama Mak Mas tetapi tidak dapat ditangkap oleh Amir yang masih lemah.
" Amir, kamu rehat dulu. Kamu belum sihat lagi ni. " Pujuk Pak Mat lembut.
" Mana Mahad? " Soalnya lagi, sedikit marah kerana soalannya yang tidak dijawab tadi.
" Kamu rehat dulu ye, nanti Pak Mat cerita. " Pujuk lelaki tua itu lagi.
" Amir tanya mana Mahad?!!! " Jeritnya, entah kenapa dia tidak dapat mengawal emosinya. Amir merasakan ada sesuatu yang tidak baik telah terjadi.
Mak Mas yang mendengar amukan Amir itu segera berlalu keluar dari wad untuk memanggil doktor manakala Pak Mat berusaha lagi untuk menenangkan Amir yang sudah dianggap sebagai anak sendiri.
YOU ARE READING
BUKAN UNTUK SELAMANYA
Fanfiction~ SHORT STORY ~ Amir tidak pernah menyangka akan kehilangan kawan baiknya cepat seperti ini akibat kemalangan jalan raya . Dia hanya menyalahkan diri sendiri sehingga dia berjumpa dengan seorang wanita yang berjaya keluarkannya dari kesedihan . Hari...