BAB 2 :-

21 7 2
                                    

Tanah yang masih merah itu dipandang sayu olehnya. Tidak pernah yang dia terfikir akan kehilangan kawan baiknya cepat seperti ini.

" Aku mintak maaf Mahad, kalau bukan sebab aku tak hati-hati waktu bawak kereta haritu mesti takkan jadi macam ni. Mesti kau hidup lagi. " Kata Amir sambil menahan air mata dari tumpah.

" Semua salah aku, aku yang patut mati bukannya kau. Aku salah Mahad, aku salah bila yang aku cakap aku boleh hidup tanpa kau. Aku memang tak mampu langsung. " Sambungnya lagi.

" Aku yang patut mati, bukan kau. Aku yang patut mati!!! " Amir tidak mampu menahan emosinya lagi. Dia menjerit sambil menampar-nampar kepalanya. Air mata yang sedaya-upaya ditahan tumpah jua.

" Awak tak boleh cakap macamtu. Ini semua ketentuan tuhan. Jangan salahkan diri sendiri. " Terdengar suara seorang wanita dari arah belakangnya bersama huluran sehelai sapu tangan.

Amir tidak terus mengambilnya tetapi kekal mendiamkan diri.

" Ambiklah sapu tangan ni, lap air mata tu. Tak eloklah lelaki menangis. Awak kena kuat. " Pujuk wanita itu lagi.

Amir terus mengambil huluran sapu tangan itu lalu menglap air matanya. " Ya, dia harus kuat. " Ucapnya pada diri sendiri.

Setelah memastikan tiada lagi sisa-sisa air mata, Amir menoleh ke belakang untuk melihat gerangan wanita yang telah memberikannya semangat itu.

" Awak ni siapa? " Soal Amir polos.
" Apa kata kita pergi minum-minum dulu. Kita sembang kat sana. " Ajak wanita itu tanpa menjawab soalan Amir tadi.

=====

Selesai memberikan order kepada seorang lelaki yang bekerja di kedai makan itu, mereka mengambil tempat duduk di penjuru kedai.

" Apa nama awak? " Soal Amir lagi.
" Awak ni memang tak sabar kan. Yelah, nama saya Sara Auni. Boleh panggil Sara. Awak? " Jawab wanita yang bernama Sara itu.

" Ohh, saya Amir Firdaus. Panggil Amir. " Jawab Amir

" Erm, boleh saya tahu. Kubur yang awak pergi tadi tu kubur siapa? " Soal Sara ramah.

" Kubur arwah kawan saya. " Ringkas sahaja jawapan yang diberikannya.

" Ohh, meninggal sebab apa? " Soal Sara lagi.

" Awak buat apa kat sana tadi? " Dalih Amir bersama sebuah soalan.

" Ohh, saya pergi kubur arwah mak dan ayah saya. Pastu ternampak awak tengah menangis, so saya pergi lah. " Jawab Sara panjang.

'Anak yatim piatu' Desis hati kecilnya.

" Dah lama ke mak ayah awak meninggal? " Soal Amir lagi, senang hati dapat berbual dengan wanita bernama Sara itu.

" Dari saya kecik lagi. Muka mak ayah saya pun saya tak pernah tengok. " Kata Sara sambil tersenyum. Amir mengaku yang Sara memang seorang wanita yang kuat. Dia dahulu pun ambil masa hampir setahun untuk pulih sepenuhnya dari kematian arwah ibunya, Datin Ramlah akibat kemalangan jalan raya. Tidak lama selepas itu, arwah ayahnya pula meninggal dunia.

Dia bersyukur kerana masih ada kesempatan mengenali arwah ayah dan ibunya, manakala Sara tidak pernah mengenali kedua orang tuanya.

" Arwah kawan saya nama Mahad, dia baik sangat. Dia selalu ada kat samping saya tak kira waktu susah atau senang. Dia meninggal sebab saya. " Ujar Amir sambil berlagak tenang walaupun dalam hatinya hanya tuhan yang tahu.

" Sebab awak? "
" Waktu tu kitorang pergi makan tengahari, waktu balik kereta kitorang bertembung dengan lori, semuanya jadi sebab kecuaian saya. " Terang Amir lagi.

" Saya koma 3 minggu, Mahad pulak meninggal kat tempat kejadian sebab luka parah kat kepala. " Terang Amir lagi mengikut apa yang diceritakan oleh Pak Mat.

FLASHBACK

" Mahad meninggal kat tempat kejadian sebab luka parah kat kepala. " Terang Pak Mat lagi setelah didesak oleh Amir.

Dia terkaku apabila mendengar apa yang terjadi pada sahabatnya, Mahad.

" Pak Mat, Amir koma berapa lama? "
" 3 minggu. " Jawab lelaki yang berumur 60-an itu.

" Ya Allah, besarnya dugaan ini. " Kata Amir sambil menangis teresak-esak.

" Amir kena sabar hadapi semua ujian ni. Jangan salahkan diri sendiri, ini semua takdir. Pak Mat dengan Mak Mas sentiasa ada untuk Amir. " Pujuk Mak Mas lembut seperti memujuk anak kecil yang kehilangan mainan.

" Amir tak kuat Mak Mas, Amir dah takde sesiapa kat dunia ni. " Ujar Amir lagi.

" Amir kan ada Pak Mat dengan Mak Mas. Kitorang akan jaga Amir, mulai sekarang panggil Pak Mat abi, Mak Mas ummi. Lagipun kitorang takde anak lelaki. " Pujuk Pak Mat yang kini akan dipanggil abi olehnya.

Amir bersyukur sangat sebab dia masih mempunyai sepasang suami isteri itu yang sanggup menerima dirinya.

END FLASHBACK

Sara tekun mendengar cerita Amir sehingga tidak sedar dia sudah menitiskan air mata. Maknanya mereka berdua senasib, anak yatim piatu.

" Sara, kenapa awak menangis? " Soal Amir hairan apabila melihat wajah Sara yang terdapat kesan air mata.

" Eh, takdelah. Mana ada nangis. " Dalih Sara.

" Awak jangan tipu sayalah Sara, saya tahu awak menangis. "

" Yelah, yelah. Saya menangis sebab dengar cerita awaklah. " Jawab Sara sambil membuat muka memek marah.

Amir tergelak kecil melihat wajah Sara yang merah, mungkin kerana malu dan marah.

BUKAN UNTUK SELAMANYAWhere stories live. Discover now