Wafaa Ibtisam
Aku hanya anak angkat kepada keluarga abi. Dalam keluarga itu aku dijaga dengan baik oleh abi dan umi. Dan aku juga ada seorang abang, Emir.
Semua pesanan dan nasihat abi aku patuh. Apa yang umi suruh buat, aku akan buat. Emir juga melayan aku baik. Aku tak pernah rasa tersisih, malah aku ditatang dengan penuh kasih sayang.
Namun semuanya berubah bila umi meminta aku kahwin. Sedangkan aku masih belum habis belajar. Itupun dengan kawan baik Abang Emir, Adeef.
Adeef, lelaki itu aku kerap juga nampak. Tapi tak pernah terlintas nak bertegur sapa. Siapa sangka, umi mahukan dia sebagai menantu. Kata umi, Adeef lelaki baik.
Nak menolak, aku tak tergamak. Budi baik umi dan abi tak mampu aku balas sampai bila-bila. Jadi apa salahnya kalau aku lakukan sedikit pengorbanan. Hati umi dan abi gembira, aku pun akan gembira. Bukankah biasanya begitu?
Baik bagi umi dan abi baik jugalah bagi aku.
Adeef Aryan
Married? Oh, please. Ini tahun 2021 bukan tahun 90-an. Tapi bila mama buat drama air mata, aku kalah. Kalah sebab aku sayangkan mama. Mama segala-galanya buat aku.
Kekasih aku, Idora terpaksa aku letak ke tepi. Kehendak mama aku dahulukan. Lagipun mama nak aku berkahwin dengan adik Emir, Wafaa.
Gadis itu dah lama aku kenal. Biasanya bila aku ke rumah Emir, kerap juga aku nampak Wafaa. Cuma tak pernah kami bercakap. Cukup sekadar bertukar senyuman.
Entah apa yang mama suka sangat dengan Wafaa, aku tak tahu. Namun sebagai anak yang mendengar kata, aku mengalah.
Dan siapa sangka, bila kami selamat menjadi suami isteri, aku mendapat surat pertukaran. Aku kena mengajar di tempat isteri aku belajar. Aneh bukan? Seolah-olah jodoh di antara kami terlalu kuat.
Berjodohkah kami? Betul ke cakap mama, Wafaa penyayang dan dia ada ciri-ciri yang aku mesti suka.
YOU ARE READING
Sir, Make Me Yours (Sudah Terbit)
DiversosSIR, MAKE ME YOURS Kahwin tanpa cinta? Pilihan keluarga? Klise bukan? Tetapi itulah yang terjadi di antara Wafaa dan Adeef. ADEEF ARYAN, pensyarah di universiti tempat isterinya belajar. Payah sebenarnya nak mengajar isteri sendiri. Ada saja benda y...