Rumah tangga yang dibina setahun lebih itu bertambah bahagia setelah dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Amsyar Zayyad.
" Assalamualaikum, abang dah balik. " Amir memberi salam sebelum masuk ke rumah banglo 2 tingkat itu.
" Waalaikummussalam abang. Sara kat dapur ni, tengah bancuh susu Amsyar. " Laung Sara dari dapur. Tanpa menunggu lama, Amir terus ke dapur untuk berjumpa 2 kesayangannya itu.
Amir terus memeluk Sara dari belakang untuk menghilangkan penat di pejabat tadi.
" Abang..Sara tengah ada kerja ni. Dah, gi sana main dengan Amsyar. " Halau Sara manja.
" Yelah..... " Balas Amir panjang.
Sara hanya tergelak kecil mendengar jawapan balas suaminya itu.
" Haii anak papa, sihat tak? " Soal Amir kepada anak tunggalnya itu, macamlah si Amsyar tu boleh menjawab.
Blah blah blah.. tersembur air liur Amsyar ke muka Amir, mungkin ingin menjawab soalan papanya itu.
" Aduhai..habis muka papa basah kena air liur Amsyar. Papa nak merajuklah. " Rajuk Amir, harapkan anaknya ingin memujuk tetapi malah digelak oleh si Amsyar. Tanpa beri amaran, Amir terus menggeletek anaknya itu hingga terkekek-kekek Amsyar ketawa.
" Ya Allah, dua orang ni. Boleh main pulak. " Marah Sara yang baru selesai membancuh susu Amsyar.
" Hihihi... Erm sayang, harini takyah masaklah. Kita makan kat luar, pastu boleh jalan-jalan sekali. Nak tak? "
Mendengar sahaja ingin makan di luar, Sara terus menganggukkan kepalanya laju-laju.
" Ya Allah sayang, dengar je nak makan kat luar suka ek? " Tegur Amir manja sambil menghentikan kepala Sara dari mengangguk lalu terus mencium dahi isterinya itu. Sungguh, dia sangat bahagia dengan keluarga kecilnya itu.
=====
Selesai saja makan dan membeli-belah di shopping mall itu, mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
" Sayang, sayang pergi kat kereta dulu bawak Amsyar. Kesian Amsyar panas..abang nak pergi tandas kejap. " Arah si Amir, kesiankan isteri dan anaknya yang panas.
" Okay abang. " Setelah menghulurkan kunci kereta, Sara dan Amsyar pun melintas jalan untuk ke kereta yang berada di seberang jalan.
Tiba-tiba, terdengar bunyi seperti langgaran yang kuat. Amir berpaling lalu terkejut apabila melihat isteri dan anaknya yang sudah terbaring di tengah jalan raya dengan berlumuran darah yang terlampau banyak.
Amir bergegas untuk membantu isteri dan anaknya yang terlalu lemah itu.
" Sayang, bangun sayang. Jangan tinggalkan abang. Amsyar bangun sayang....!!!!! " Amir seperti orang gila merayu agar isterinya sedar semula.
" Tolong!!! Tolong!!! Sesiapa call ambulans!! " Jeritnya lagi meminta orang ramai untuk meminta bantuan.
Ramai orang mula mengerumuni mereka bertiga, ada yang menelefon ambulans, bomba dan pihak polis. Dan tidak kurang juga orang yang berbisik-bisik dan merakamkan kemalangan itu." A..ab..abang..Sa..ra dah..tak..tahan..sak..it.sangat.. Aba..ng.ja.ga...di..ri. Sa....yang.. "
Ucap Sara putus-putus seperti tidak cukup nafas dan terlampau sakit namun tetap jelas di pendengaran Amir. Sara sempat tersenyum kecil sebelum meninggal dunia di pangkuan suaminya Amir.
" Sayang, sayang...bangun sayang. Jangan buat abang camni, jangan tinggalkan abang!!!!!!!
Semuanya sudah terlambat, isteri dan anaknya meninggal di tempat kejadian. Amsyar tetap berada dalam pelukan ibunya.
Orang ramai yang melihat insiden itu menangis kerana melihat Amir yang sekelip mata kehilangan isteri dan anaknya.
Tidak lama selepas itu, ambulans pun tiba namun semuanya sudah terlambat. Darah isteri dan anaknya yang melekat di baju juga seluarnya tidak dihiraukan langsung oleh Amir. Yang dia mahukan hanya satu, iaitu isteri dan anaknya sedar namun semua itu mustahil kerana mereka sudah meninggal dunia di tempat kejadian.
=====
Tanah yang masih merah itu dipegang dan tanpa diduga air mata yang ditahan tumpah jua.
" Amir, sabar ye. Allah ambil isteri dan anak kamu sebab Allah sayangkan mereka. Kalau Amir rindukan diorang, Amir doa banyak-banyak. " Pujuk ummi, lembut sekali.
" Amir tak kuat ummi, Amir sayangkan diorang sangat-sangat. Dulu waktu Mahad meninggal, Sara lah yang pujuk Amir. "
Luah isi hatinya. Kini dia takkan dapat mendengar suara itu lagi.
" Amir sabar ye, doakan Sara dan Amsyar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. " Ummi juga menangis bila teringatkan menantu dan cucunya yang pergi dulu darinya. Dia tidak sempat untuk curahkan kasih sayang kepada Amsyar, cucunya.
" Amir sabar ye, abi dan ummi akan selalu ada kat sisi Amir. Buat masa sekarang, Amir duduk dengan kami ye. " Pujuk abi pula.
" Takpelah abi, ummi. Amir nak tinggal kat rumah Amir sendiri. Taknak susahkan ummi dengan abi. " Amir menolak ajakan ummi dan abi untuk tinggal bersama dengan lembut. Biarlah dia tinggal di rumahnya, kekalkan ingatkan bersama arwah isteri dan anaknya. Itu lebih baik.
" Baiklah kalau Amir cakap macamtu, abi taknak paksa. Tapi kalau Amir nak tinggal dengan kami, datang je. Pintu rumah sentiasa terbuka untuk kamu. " Ujar abi panjang lebar.
Amir hanya tersenyum kecil. Dia mesti kuat demi Sara dan Amsyar.
YOU ARE READING
BUKAN UNTUK SELAMANYA
Fanfiction~ SHORT STORY ~ Amir tidak pernah menyangka akan kehilangan kawan baiknya cepat seperti ini akibat kemalangan jalan raya . Dia hanya menyalahkan diri sendiri sehingga dia berjumpa dengan seorang wanita yang berjaya keluarkannya dari kesedihan . Hari...