Dia sendirian. Tidak mempunyai seseorang yang boleh digelar teman rapat ataupun orang yang berharga baginya. Walaupun sering atau kadang kala ditemani sahabat, keluarga atau apa-apa sahajalah, dia tetap merasakan kesepian. Dan dia tidak tahu kenapa atau lebih tepat lagi, dia tidak faham akan alasan dia merasa kesepian. Dia rasa seperti tahu, namun di akhir hari dia ragu.
Dia cuba sedaya upaya untuk menghilangkan kesepian yang bersarang di hatinya, di jiwanya. Ayahnya sepertinya tahu, dan menegur dia, menasihati dia, serta seorang sahaja yang memahaminya. Perkara itu membuatkannya rasa kagum dan merasa gembira sehingga tidak mampu untuk berbicara buat seketika, air mata yang selalunya jatuh ketika orang lain menimpa masalah mengalir di pipinya, untuk dirinya sendiri. Oleh kerana itu, dia amat memandang tinggi akan ayahnya.
Mira, mahu menjadi seperti ayahnya, yang tidak berputus asa, mencuba dengan sepenuh hatinya dan juga, mampu membuat pilihan yang bijak serta memberinya perhatian dan kefahaman yang dia perlukan.
"Terima kasih, ayah. Untuk segala yang ayah berikan kepadaku, terima kasih. Terima kasih banyak-banyak ayah. D-dan juga...maafkan aku..kerna tak mampu untuk mengucapkan terima kasih di hadapanmu. Maafkan aku keran kudratku yang lemah. Maafkan aku".
\√\√\√\√\√\√\√\√\
"Hey, itu bukankah Haikal? Kenapa dia dengan Ghani dan Faruk? Dua orang yang penting pulak?".
"Jangan-jangan dia pun jadi orang penting jugak?".
"Ataupun mereka berdua mahu belasah si Haikal tu? Gara-gara mencari gaduh dengan si Yan,kot".
"Bangkali".
Tidak kisah dari kelas mana, kebanyakan pelajar berkumpul tidak jauh dari pagar sekolah, mereka sanggup bersesak-sesak untuk melihat keadaan remaja lelaki yang berusia tujuh belas tahun yang bernama Haikal Aqli, pelajar yang bermasaalah di sekolah menengah tinggi mereka. Mereka jelas melihat wajah tidak selesa milik remaja lelaki itu.
Di belakang pelajar-pelajar yang suka jaga tepi kain orang lain, berdirinya dua orang pelajar perempuan yang mahu lalu di jalan yang ditutupi oleh tubuh-tubuh segerombolan remaja. Masing-masing atas sebab yang berbeza. Remaja perempuan yang mempunyai rambut berwarna coklat gelap dan tahi lalat di pipi kanannya, Azra merasa jengkel dan menganggap dua orang yang menyeret Kawan kecilnya, Haikal, penyebab atas luka-luka ditubuhnya manakala remaja perempuan yang rambutnya berwarna putih dan panjang sehingga paras pinggang, matanya berwarna ungu cerah dan kulitnya yang putih gebu berfikir untuk segera pulang ke tempat tinggalnya dan menjalankan aktiviti yang tertunda akibat kerja sekolah yang melimpah-limpah sehingga membuatkannya ingin berhenti. Kedua remaja itu mengeluh perlahan.
Azra berdehem dengan agak kuat dan melangkah ke depan, perbuatan itu menarik perhatian pelajar yang berkumpul itu dan memberi remaja itu laluan. Remaja berambut putih itu dengan selambanya mengikuti langkah Azra sehinggalah keluar dari kuruman yang panas itu.
Azra berjalan kearah kawan kecilnya dan menarik baju lengan kiri pelajar lelaki itu jauh daripada dua remaja lelaki yang memerhatikan lakonannya yang sangat berani bagi kedua-dua penangguhan itu.
(penagguhan atau dalam bahasa inggeris:delingquient)
"Woah! Heh~ berani sungguh si Azra nie", katanya remaja perempuan berambut putih sebelum melangkah pergi dari kawasan sekolah. Dia tidak mahu berada di sana buat kadar yang lama.
YOU ARE READING
Mira
Adventurerambutnya berwarna putih yang panjang sehingga paras pinggang, matanya berwarna ungu cerah dan kulitnya yang putih gebu. Namanya adalah Mira Dian. remaja yang berumur 17 tahun. mira yang pada awalnya ingin menjalankan hari seperti hari-hari biasany...