5 tahun sudah berlalu sejak kematian isteri dan anaknya. Sejak itu dia berubah sepenuhnya, tiada lagi Amir yang ceria. Yang tinggal hanya Amir yang pendiam sahaja walaupun sudah lama peristiwa hitam itu berlalu. Kini, dia hanya menunggu masa untuk ajal menjemput setelah dia disahkan menghidap barah otak tahap 4.
Masa yang dia tinggal hanya lebih kurang 6 bulan sahaja lagi. Dia ambil keputusan untuk penuhkan sisa hidupnya dengan amal ibadah dan ceriakan orang sekelilingnya.
Dia tidak mahu ceritakan tentang penyakitnya itu kepada ummi dan abi. Sudah terlalu banyak dia menyusahkan pasangan suami isteri itu.
PERBUALAN DI TELEFON
Ummi : Assalamualaikum Amir, Amir sihat?
Amir : Waalaikummussalam, Alhamdulilah Amir sihat ummi. Ummi dengan abi sihat?
Ummi : Alhamdulilah, kami sihat je. Erm Amir, hujung minggu ni Amir busy?
Amir : Rasanya, tak busy. Kenapa ummi, ada apa-apa jadi ke?
Ummi : Kami ada sesuatu nak bincang dengan kamu. Lagipun, Amir kan dah lama tak balik kampung
Amir : Okay ummi, hujung minggu ni Amir balik ye
Ummi : Baik Amir. Assalamualaikum
Amir : WaalaikummussalamSeingatnya, sudah hampir 4 bulan dia tidak balik ke kampung. Dia tidak mahu ummi dan abi pelik dengan keadaannya yang semakin tidak terurus. Badan semakin kurus, selera makan berkurang, rambut dah nipis, cepat lupa dan lain-lain.
Dia sudah tidak mahu menyusahkan ummi dan abi.
=====
Seperti dijanjikan, Amir pulang ke kampung pada hujung minggu.
" Assalamualaikum, ummi. " Amir memberi salam sambil membuka kasut.
" Waalaikummussalam, haa Amir. Mari naik. " Ajak ummi di muka pintu.Naik saja ke atas rumah, dia melihat terdapat tetamu. Seorang wanita tua kira-kira 40-an bersama seorang gadis berumur 20-an. Dia perasan yang gadis itu malu-malu apabila Amir memandang nya.
Bagi orang lain, mungkin gadis itu cantik. Tetapi baginya, gadis itu langsung tidak cantik. Yang cantik dalam hatinya hanyalah arwah isterinya, Sara. Ya, hanya itu wanita yang bertakhta dalam hatinya. Tidak akan ada yang lain.
Amir hanya berikan senyuman kecil kepada tetamu ummi dan abi. Kaki terus melangkah masuk ke dalam bilik untuk merehatkan diri.
=====
" Amir buat apa tu? " Terdengar ummi memanggilnya dari luar bilik.
" Takde apa ummi, kenapa? " jawabnya.
" Amir boleh keluar kejap, abi dengan ummi ada sesuatu nak bincang."
" Okay ummi, satgi Amir keluar. "
Terdengar kaki ummi menjauh dari pintu. Gambar arwah isteri dan anaknya diletakkan di atas meja kecil berdekatan katil.
" Sara, Amsyar. Abang keluar kejap tau, ummi panggil."Bagi orang lain Amir mungkin dianggap gila, tetapi hanya itu cara untuk dia melepaskan rindu.
=====
" Ya ummi, abi. Ada apa? " Soal Amir sambil memandang wajah abi dan ummi.
" Kenapa abi tengok Amir lain. Dah makin kurus, Amir tak makan ke kat rumah? " Tanya abi hairan dengan perubahan anak angkatnya itu." Erk, mana ada abi. Amir sama je, mungkin Amir stress kot, banyak sangat kerja kat pejabat." Dalihnya.
Abi dan ummi memandang sesama sendiri seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi keberatan.
" Macamni Amir, ummi risaukan kamu kat sana sorang-sorang. Takde sapa nak jaga..." Terang ummi separuh.
" Ye, jadi? "
" Amir ingat tak 2 orang perempuan siang tadi? " Soal ummi lagi.
" Ingat "
" Perempuan tua tu kawan ummi, makcik Milaa. Sebelah dia tu anaknya, nama Hani. Ummi ingat nak kahwinkan Hani dan Amir. Sekurang-kurangnya, ada orang nak jaga Amir dekat sana nanti. " Terang ummi panjang lebar.
" What?!! Apa ni ummi, ummi suruh Amir balik nak cakap pasal ni je? Ummi tahukan dalam hati Amir ada Sara je. Takkan ada yang lain!! Kenapa ummi dengan abi buat Amir macam ni??" Marah Amir pada ummi dan abi sedikit meninggi suara.
Ya, dia sangat marah. Kenapa ummi dan abi sanggup buat dia macamni? Dia sayangkan Sara, hanya Sara. Amir tidak dapat mengawal emosinya, mungkin kesan sampingan dari sakit yang dihadapinya sekarang.
" Amir, ummi dan abi buat macam ni demi kepentingan Amir. Bukan suka-suka. Abi faham, Amir sayang Sara je. Tapi apa salahnya, buka pintu hati untuk Hani pula. Abi tahu Hani boleh jaga Amir..." Pujuk abi pula.
Amir tidak menghiraukan panggilan ummi dan abi nya lagi. Dia terus melangkah untuk masuk ke bilik lalu pintu ditutup kasar. Terkejut pasangan suami isteri itu dengan perubahan Amir.
" Abang, macam ni? Amir mesti dah tak suka kita.." Ujar ummi sedih dan menyesal.
" Jangan risau, dia marah kejap je tu. Nanti baiklah. " Balas abi ingin menyedapkan hati isterinya sahaja.
DI DALAM BILIK
" Sayang, kenapa ummi dan abi buat abang macam ni? Abang taknak kahwin dengan Hani, dalam hati abang ada Sara sorang je. " Ujar Amir kepada gambar yang ada di tangannya. Bercakap seolah-olah Sara ada dengannya. Melihat gambar itu sedikit sebanyak berjaya mengurangkan rasa rindunya.
Amir buntu, menyesal dan marah. Menyesal kerana telah meninggikan suara pada ummi dan abi. Dan marah kerana mereka pandai-pandai ingin menjodohkannya dengan Hani.
Akhirnya, dia tertidur dengan gambar arwah isteri dan anaknya dalam pelukan.
YOU ARE READING
BUKAN UNTUK SELAMANYA
Fanfiction~ SHORT STORY ~ Amir tidak pernah menyangka akan kehilangan kawan baiknya cepat seperti ini akibat kemalangan jalan raya . Dia hanya menyalahkan diri sendiri sehingga dia berjumpa dengan seorang wanita yang berjaya keluarkannya dari kesedihan . Hari...