Dia sudah fikir masak-masak, dia akan berkahwin dengan Hani. Ini mungkin dapat gembirakan hati abi dan ummi. Lagipun, masa dia tidak tinggal banyak lagi. Sebelum dia mati, dia akan serahkan semua harta-hartanya termasuk syarikat kepada Hani.
" Ummi, abi. Amir minta maaf pasal semalam. " Amir memohon maaf setelah melihat ummi dan abi sedang bersarapan di dapur.
" Amir, ummi dengan abi tak marah pun. Ummi nak minta maaf sebab pandai-pandai nak jodohkan kamu dengan Hani. " Ujar ummi memohon maaf pula.
" Cakap pasal tu, Amir setuju nak kahwin dengan Hani. Tapi dengan syarat, Amir taknak ada majlis, hanya buat yang wajib sahaja." Ayat yang keluar dari mulut Amir berjaya menarik perhatian suami isteri itu.
" Amir betul-betul ke ni? Dah fikir betul-betul?? " Soal abi pula inginkan kepastian. Dia tidak mahu Amir menerima Hani kerana terpaksa.
" No, Amir dah fikir masak-masak. " Jawabnya ringkas, ya.. ini demi kebaikan semua orang.
=====
Amir dah Hani telah berkahwin hampir 3 bulan. Tiada langsung majlis yang dibuat, hanya yang wajib sahaja. Ini semua atas permintaan Amir, Hani hanya ikut sahaja. Selama 3 bulan berkahwin, Amir langsung tidak menyentuh Hani.
Mula-mula, dia terasa juga. Tetapi bila mengenangkan yang mereka kahwin bukan atas dasar cinta, dia ikut sahaja. Hubungan mereka juga tidak seperti pasangan suami isteri yang lain. Mereka tidur bilik berasingan.
Hari demi hari, kesihatan Amir memang menurun. Dia kerap muntah, sakit kepala dan pengsan. Apabila ditanya, Amir pasti akan mengatakan yang dia baik-baik sahaja. Hani pula hanya menurut kerana takut dimarahi.
=====
Tidak pada suatu hari, Amir pengsan di pejabat. Nasib baiklah, ada pekerja yang nampak lalu terus membawa Amir ke hospital. Namun berita yang didengari nya kini amat mengejutkan.
FLASHBACK
" Doktor, macam mana dengan suami saya? " Soal Hani risau akan keadaan suaminya itu.
" Keadaan Encik Amir memang merosot, barah otaknya semakin teruk. Dia tidak ada masa yang lama lagi. Kami nasihatkan, puan sekeluarga bersedia sahaja dengan apa yang terjadi. " Terang doktor wanita itu." Apa maksud doktor? " Tanya Hani lagi, kurang faham. Barah otak?
" Encik Amir menghidap barah otak tahap 4, masa yang dia tinggal sudah tidak lama. Encik Amir tak beritahu puan langsung?? " Terang doktor itu lagi, hairan bila melihat gelengan kepala dari Hani.
" Maknanya, suami saya ada barah otak tahap 4? Berapa lama lagi masa yang suami saya ada? "
" Iya puan, Encik Amir menghidap barah otak tahap 4. Masa yang dia tinggal beberapa minggu lagi. Nasihat kami, puan sekeluarga perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan."
END FLASHBACK
'Ya Allah, dugaan apa ni.Aku tak kuat'
Bisik hati kecilnya." Hani.." Panggil Amir lembut.
" Ye abang " jawabnya sambil menghilangkan sisa-sisa air matanya.
" Hani menangis ke? "
" Mana adalah, mata masuk habuk je. " Jawabnya bersama senyuman kelat.
" Mesti doktor dah bagitahu Hani pasal penyakit abang kan "
Jawapan dari Amir serta-merta mematikan senyuman di bibirnya. Perlahan-lahan dia mengangguk.
" Erm.. tak boleh dahlah abang nak sorokkan penyakit ni. "
" Kenapa abang sorokkan bang, kenapa tak bagitahu kami semua pasal ni. "
" Abang taknak risaukan ummi dengan abi. Abang dah terlalu banyak susahkan diorang. "
" So bila abang buat macam ni, abang tak risaukan diorang ke?? " Bidas Hani. Amir yang mendengar hanya terdiam, ada betulnya juga.
" Hani boleh tak jangan bagitahu ummi dengan abi pasal ni? "
" Kenapa bang? Biar ummi dengan abi tahu "
" Please Hani...abang merayu sangat... " Hani tidak sanggup mendengar rayuan suaminya itu.
" Baik, Hani janji "
Amir tersenyum senagmng mendengar janji Hani.
=====
Sejak itu, Hani menjaga Amir di hospital dengan baik sekali. Kesihatan Amir makin merosot dari hari ke hari. Dia juga tidak mampu bergerak sendiri tanpa bantuan seseorang. Dan hari demi hari, Hani tahu yang bila-bila masa sahaja Amir boleh pergi. Mungkin sekarang, malam ni atau esok. Dia masih kekalkan janji bahawa tidak akan beritahu ummi atau abi pasal penyakit nya.
Malamnya sewaktu Hani sedang tidur di atas kerusi, dia mendengar rengekan Amir.
" Ya.. Allah, sa..kitnya..Aku...dah..tak..ta..han.. " Rengekan Amir makin lama makin kuat.
" Abang, abang okay tak ni? " Hani risau melihat keadaan suaminya itu, menanggung sakit yang melampau.
" Ha..Hani.. A..bang..min..ta.maaf...A..bang..sa..yang...Ha...ni... " Ucap Amir tersekat-sekat.
" Abang, bertahan abang. Hani panggil doktor. " Hani menekan butang kecemasan yang terdapat di sisi katil Amir.
" Ya Allah, selamatkanlah suamiku. " Doa Hani tidak putus-putus.
Doktor pun tiba ke wad yang menempatkan Amir bersama beberapa orang nurse.
" Puan, sila keluar dulu. " Suruh seorang nurse. Hani hanya menurut dan menanti di luar wad.
Dalam samar-samar, Amir dapat melihat arwah isterinya Sara sedang mendukung anak mereka Amsyar dengan pakaian yang serba putih sedang tersenyum ke arahnya.
" Sayang, abang datang ni. "
YOU ARE READING
BUKAN UNTUK SELAMANYA
Fanfiction~ SHORT STORY ~ Amir tidak pernah menyangka akan kehilangan kawan baiknya cepat seperti ini akibat kemalangan jalan raya . Dia hanya menyalahkan diri sendiri sehingga dia berjumpa dengan seorang wanita yang berjaya keluarkannya dari kesedihan . Hari...