Hani tidak henti-henti berdoa agar tuhan menyelamatkan Amir, dia terlalu sayangkan lelaki itu walaupun hubungan mereka tidak seperti pasangan suami isteri yang lain.
Beberapa puluh minit kemudian,
" Doktor, macam mana dengan keadaan suami saya?? " Soal Hani bila melihat doktor yang merawat Amir keluar. Melihat air muka doktor itu yang keruh, menambahkan lagi risau di hati Hani.
" Maafkan saya puan, tuhan lebih sayangkan Encik Amir. Kami sudah usaha yang terbaik. " Ayat itu seolah-olah telah menghentikan masa di sekelilingnya sekarang.
" Saya minta diri dulu. " Pamit doktor itu. Hani tidak mampu menjawab apa-apa ketika ini, dia terduduk di atas kerusi hospital. Dia buntu mahu melakukan apa sekarang. Ya, telefon ummi.
Cubaan 1 dan 2 gagal untuk menghubungi ummi namun cubaan yang ketiga berjaya.
PERBUALAN DI TELEFON
Hani : Assalamualaikum ummi
Ummi : Waalaikummussalam, ye Hani. Ada apa kamu telefon malam-malam ni?
Hani : Abang Amir...
Ummi : Kenapa dengan Amir?
Hani : Abang dah takde...
Ummi : Apa kamu cakap ni Hani. Amir takde pergi mana?
Hani : Abang dah meninggal dunia..
Ummi : Ap..apa?!! Kamu kat mana ni?
Hani : Hospital Kuala Lumpur
Ummi : Kamu tunggu kat sana?Lalu panggilan terus diputuskan. Hani berasa seolah rohnya telah dibawa pergi, yang tinggal hanyalah jasadnya.
=====
Selesai bacaan yassin, ramai orang mulai pulang dari tanah perkuburan. Ramai yang berikan kata-kata semangat pada Hani untuk terus bersabar. Hani hanya tersenyum kecil sebagai jawapan.
Yang tinggal hanyalah ummi, abi dan Hani.
" Hani, mari balik. Nanti kita ziarah kubur Amir lagi. " Ajak ummi, risau wanita itu melihat Hani hanya berdiam diri dari semalam.
" Abang, Hani balik dulu ye. Nanti Hani akan selalu datang ziarah abang. Hani janji. " Air mata yang ditahan-tahan tumpah juga akhirnya.
Walaupun dia hanya sempat menjadi isteri Amir untuk 3 bulan sahaja, namun dia tetap bahagia.
Peguam arwah suaminya sempat memberitahu wasiat terakhir Amir, iaitu Amir telah serahkan segala hartanya termasuklah syarikat dan rumah sepenuhnya kepada Nurul Hani Farisya
" Abang, Hani akan usaha yang terbaik untuk majukan syarikat abang. In Shaa Allah. "
YOU ARE READING
BUKAN UNTUK SELAMANYA
Fanfic~ SHORT STORY ~ Amir tidak pernah menyangka akan kehilangan kawan baiknya cepat seperti ini akibat kemalangan jalan raya . Dia hanya menyalahkan diri sendiri sehingga dia berjumpa dengan seorang wanita yang berjaya keluarkannya dari kesedihan . Hari...