Inara mula melangkah masuk ke dalam rumahnya. Arjuna masih setia mengikuti dibelakangnya. Sampai ke rumah Inara si Arjuna ni ikut ? Hmm yelah dia tak tahu nak ke mana. Dia tiada arah hendak dituju.
Baru saja melangkah di kawasan ruang tamu, Inara mula menoleh ke belakang memandang Arjuna.
" Saya tahu yang awak cuma roh...tapi kita masih ada batas yang perlu dijaga eh....jangan nak skodeng saya pulak ! " pesan Inara.
Glurp ! Arjuna tertelan liur dibuatnya Arjuna. Haah lah hampir terlupa juga dirinya. Yelah dia kan lelaki walaupun hanya roh. Dah tu Inara pulak perempuan. Mana boleh main redah macam tu aje kan ?
" Errr yelah..aku tahu..."
Inara mengangguk kecil.
" Dah lah saya nak mandi kejap..." kaki Inara mula melangkah semula naik ke atas. Tinggallah Arjuna sendirian di situ. Dia tercengang sendiri. Seketika dia pula mula melangkah melawat sekitar ruang tamu Inara.
Diperhati segenap ruang tamu yang kelihatan agak sunyi itu. Tergantung beberapa gambar keluarga Inara. Hmm sejak dia melangkah masuk ke rumah Inara ni, dia tak nampak sorang pun ahli keluarga Inara. Sibuk bekerja ke ?
Terleka melihat gambar keluarga Inara, Arjuna mula terfikirkan keluarganya. Hmm macam mana keadaan mama , papa dengan Ayyash ea sekarang ?
POV Ayyash.
Ayyash hanya terduduk kaku di hadapan wad ICU abang Arjunanya. Dia diam membisu. Papa dengan mamanya masih berbicara dengan doktor. Abang Arjuna telah dimasukkan ke wad. Dia masih selamat tetapi koma.
Tiba - tiba kedengaran derapan tapak kasut seseorang mula menyinggah di telinga Ayyash. Baru saja dia mengangkat wajah untuk melihat tiba - tiba...
Pang !
Pipinya dilempang kuat. Ayyash sedikit berdecit. Bibirnya terluka. Serta merta Ayyash menyentuh pipinya yang terasa berpinar. Dia tertunduk memandang lantai semula.
" Tengok apa yang dah jadi sekarang ? Kamu ni memang anak yang tak boleh nak diharap langsung ! Kenapa kamu tak cegah abang Arjuna kamu daripada bertindak bodoh macam ni ? Papa malu ! Mana papa nak letak muka papa lepas ni ?! " jerkah Imran tidak semena - mena. Tak hiraukan langsung yang dia sedang berada di hospital tika ini.
Ayyash terdiam. Dia tidak mampu menjawab. Melihatkan respon Ayyash yang masih mendiamkan diri itu membuatkan dia bertambah berang. Pantas dia menarik tubuh kecil Ayyash sehingga Ayyash terbangun. Pipi Ayyash dicengkam menghadap wajahnya. Ayyash terdongak.
" Papa tak nak tahu apa - apa...yang pasti papa nak kamu bersihkan nama keluarga kita dekat sekolah...papa nak kamu banggakan papa macam mana yang abang Arjuna buat selama ni...Kamu perlu gantikan tempat abang Arjuna kamu dekat sekolah...tak kisah dengan apa cara sekali pun..." kata Imran sinis. Memang dia terlampau memikirkan status dalam hidupnya. Dia paling benci di tahap bawahan.
" Abang ! Apa abang buat ni ? " kata Maiza a.k.a mama Ayyash dan Arjuna. Dia mula meleraikan cengkaman Imran suaminya. Ayyash ditarik ke dalam pelukan.
Imran sedikit terundur ke belakang.
" Ayyash okay ke ? " soal Maiza prihatin. Dibelek - belek wajah Ayyash.
Ayyash mengangguk lemah. Maiza mula memandang tajam ke arah Imran.
" Abang ni dah kenapa ? Kenapa asyik nak salahkan Ayyash atas apa yang Arjuna buat ? Kenapa Ayyash yang nak kena tanggung semua kesalahan Arjuna ? "
Imran sedikit terkelu. Dia tiada jawapan.
" Abang jangan macam - macam eh ...bukan Arjuna saja anak abang tapi Ayyash ni pun anak abang juga ! "
YOU ARE READING
Dear, Arjuna
Ficção AdolescenteARJUNA | INARA Mempunyai kelebihan boleh melihat dan berinteraksi dengan roh bukanlah satu benda yang menyenangkan malah membuatkan diri seorang gadis iaitu Inara benar - benar menyedihkan. Tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya dan tiada p...