• The King 10 •

294 51 42
                                    

Keena melopong tidak percaya. Noah masih dengan muka seriusnya bermakna dia tak main-main.

"Saya tak sangka hidup awak se-sunyi itu. Tapi Putera--"

"Noah." Noah memintas. Nak juga orang panggil dia Noah.

"Ya Noah. Tak silap saya, saya nampak awak gembira dengan Puteri Eunha di majlis tempoh hari."

"Hm.." Noah memeluk tubuh. Matanya tetap memandang Keena. Keena pula mengangkat kening.

"Awak nampak saya gembira macam mana Keena? Ada sampai ketawa terbahak-bahak?"

"Ergh tak ada lah sampai begitu. Maksud saya, awak senyum je sepanjang masa dengan dia. Gembira lah kan?"

"Kalau berjumpa dengan kerabat diraja, saya harus sedih ke?"

Soalan Noah buatkan Keena terdiam. Ada betul juga apa Noah cakap. Malam itu adalah majlis keputeraannya. Takkanlah dia nak tunjuk muka sedih pula.

"Mulai sekarang awak berada di bawah pengawasan saya. Bukan senang nak dapatkan hak pengawasan dari saya di Wingland ni. Atau awak lebih rela diawasi Putera Alexander?"

Keena menggeleng laju sebaik mendengar nama Alexander.

"Pelik ke kalau saya kata, saya tahu ada sesuatu yang berlaku antara awak dan Putera Alexander."

"Saya dengan Putera Alexander? Apa maksud awak?" Keena menelan liur gusar.

Jangan kata dia tahu tentang racun itu.

"Awak banyak luangkan masa dengan Putera Alexander di majlis itu. Mungkin awak ada menaruh perasaan pada dia selepas tak dapat perhatian saya--"

"HAH?!" Keena terkejut. Cepat-cepat ditekup mulutnya.

"Maaf saya tak sengaja. Tapi apa yang awak cakap tu sungguh salah sama sekali. Menaruh perasaan pada Putera Alexander? Ergh andai dia lelaki terakhir yang wujud dalam dunia ni pun saya tak mahu."

"Kalau saya lelaki terakhir tu, awak mahu?"

"Mahu--"

Mata Keena membulat.

"Awak ni memang!"

Noah buat muka tak bersalah.

"Seperti yang saya kata, susah untuk dapatkan hak pengawasan saya di Wingland. Disebabkan awak tak mahu bekerjasama tentang hal racun itu, awak dah tambahkan beban di bahu saya."

"Baguslah kalau begitu. Saya lebih suka awak terbeban."

Noah memandang Keena tajam. Kali ni Keena pula buat muka tak bersalah. Saja nak membalas dendam.

"Apa? Bukan susah pun nak awasi saya. Lagi pun Evan yang sentiasa bersama dengan saya. Berbanding dengan awak. Tiba-tiba ada, tiba-tiba hilang. Saya pun naik pening saya bawah pengawasan siapa sebenarnya."

"Saya tak suruh Evan awasi awak setiap masa. Hanya bila saya berada di luar Istana Wingland saja saya akan arahkan dia. Selain daripada itu, hak dia untuk lakukan apa-apa."

"Habis tu yang dia mengawal depan pintu bilik saya malam ni kenapa?"

"Macam yang saya kata. Itu benda yang dia nak buat."

"Tak mungkin.."

"Musuh dalam istana ni ramai. Jadi waktu malam pun agak bahaya. Tambah lagi pengawal istana yang bertugas pada waktu malam adalah sedikit. Kalau Evan rasa dia patut jaga awak malam ni, bermakna ada musuh yang sedang berlegar di istana sekarang."

Keena menutup mulutnya terharu. Seketika dia tersedar.

"Eh musuh?"

Noah mengangguk. "Jangan risau. Selagi awak tak lakukan benda di luar jangkaan, awak selamat."

The King | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now