Bab 2

1.9K 23 0
                                    

Sambil menguli tepung untuk dibuat donut, mulut kecil Wafaa terkumat-kamit mengata Adeef.

"Taken? Huh! My heart already taken by Idora."

Termuncung-muncung mulut Wafaa. Menyampah bila disebut nama Idora.

"What are you doing? Donut?"

Sergahan suara garau dari arah belakang buatkan mulut Wafaa terkatup rapat.

"Hmm.." Wafaa hanya menggumam. Malas sebenarnya nak layan lelaki ini. Sakit hati pun tak hilang lagi.

Adeef bergerak ke tepi singki dan mengambil gelas. Air masak dituang ke dalam gelas sebelum air itu diteguk rakus. Dahaga. Panas betul hari ni.

Wafaa hanya memerhati dengan ekor mata.

"Dah tak mengantuk?" Sarkastik soalan Adeef. Wajah Wafaa yang tercalit tepung dilirik.

Wafaa mendengus. Lelaki ini kalau tak sakitkan hati aku tak boleh agaknya.

"Rasanya kat kelas tadi ada jembalang bergayut kat kelopak mata saya." Sarkastik juga jawapan yang terlontar dari mulut Wafaa.

"Mungkin. Jembalang pemalas. Like you." Selamba Adeef membidas.

Usai berkata-kata, menonong sahaja Adeef keluar dari dapur.

Terketap bibir Wafaa. Geram!

"Hisyy.. Ada juga yang nak kena telan hidup-hidup ni."

Lalu doh di dalam mangkuk yang menjadi mangsa. Doh tak bersalah itu ditampar-tampar dan dilenyek geram seolah-olah doh itu Adeef.

"Hishh.. Puas hati aku."

Selesai menguli, Wafaa tutup mangkuk donut tersebut dengan plastik foil. Doh itu perlu dibiarkan beberapa jam sebelum doh tadi mengembang, barulah donut dia gebu. Itu petua uminya.

Dulu masa dia kecil, uminya membuat kuih muih yang orang tempah. Kuih yang paling laku, tentulah donut. Ramai suka donut air tangan uminya. Donut yang dia buat ini resepi turun temurun dari keluarga umi. Tak pernah dia rasa jemu makan donut. Lagi-lagi kalau dari uminya. Sedap yang tiada tandingan.

Teringatkan umi, rindu mula bertandang. Sejak dia berpindah ke sini, belum sekali pun dia balik menjenguk umi dan abi. Agak-agak kalau dia nak balik rumah umi cuti semester nanti Adeef bagi ke tak?

Puas mengelamun fikirkan umi dan abi, tangan yang bersisa tepung tadi dibasuh. Dia perlu kemaskan dapur yang bersepah. Adeef jenis tak suka barang bersepah. Lelaki itu terlalu menjaga kebersihan. Abang Emir pesan, nak bela Adeef senang aje. Janji perut kenyang dan rumah bersih.

Abang Emirnya dan Adeef sudah berkawan lama. Sebab itu, banyak perihal tentang Adeef dia juga tahu.

Kisah cinta pertama Adeef yang tak kesampaian juga dia tahu.

Tetapi dia yakin, Adeef mesti tak tahu apa-apa pasal dirinya. Lagipun dia bukan jenis perempuan yang Adeef suka. Abang Emir kata, Adeef suka perempuan yang educated, berdikari dan yang paling penting cantik bergaya.

Rasanya dia bukan seorang yang educated, dapat masuk universiti pun dah cukup bertuah. Result dia hanya cukup-cukup makan.

Berdikari pula? Bolehlah. Dia anak angkat jadi semestinya dia tahu berdikari. Namun bila disebut cantik bergaya, yang itu dia tiada. Rupa dia biasa-biasa malah dia bukanlah seorang yang pandai bergaya. Hari-hari pakaiannya cuma blouse atau tshirt dengan seluar jeans. Tudung yang dia suka pula tudung bawal dan kasut hanya kasut sneakers. Tiada istilah shawl dan kasut tumit tinggi dalam hidupnya. Masakan Adeef mahu memandangnya sebagai seorang wanita. Mustahil!

****

Lepas maghrib dan makan malam tadi, Wafaa hanya terperap di dalam bilik. Tak kuasa dia nak lepak kat ruang tamu, hadap muka serius Adeef. Baik dia layan drama korea dalam bilik ada juga faedahnya.

Puas dicari drama yang mampu menarik minatnya tetapi malangnya drama tu semua membosankan. Drama yang best pula sudah banyak kali dia tengok. Dah boleh hafal pun.

Terfikirkan instagramnya yang hampir bersawang, tangan laju mengklik aplikasi instagram pada laptopnya.

Instagramnya pun rasa tak menarik. Bosan. Scroll dan scroll.

Tiba-tiba dia teringatkan Adeef. Tak pernah pula dia skodeng instagram lelaki itu. Terus jari menaip nama Adeef Aryan.

Membesar mata Wafaa bila melihat instagram Adeef. Menyesal pula dia gatal tangan pergi search nama lelaki itu. Tak pasal dia dapat dosa kering mengata lelaki itu malam-malam.

Mana nak sangka lelaki itu ramai follower. Setiap post Adeef mesti dapat beribu like dan komen. Tak macam post dia sendu. Nak dapat 10 like pun payah.

"Dia ingat dia hensem sangat ke sampaikan minum kopi pun nak update ig?" Mata Wafaa tertumpu pada aksi Adeef yang sedang memegang mug putih di tangan.

Tangan laju men'scroll' ig Adeef. Banyak gambar Adeef tetapi kebanyakan gambar di kampus saja. Itu pun gambar candid.

Tapi satu yang pasti, dalam ig lelaki itu tak ada sekeping pun gambar Idora. Tak meroyan ke perempuan tu bila Adeef tak letak gambar dia?

Baru nak tutup ig, matanya menangkap sesuatu yang pelik.

Gambar dia. Dari jauh. Dan gambar Adeef berdiri di bahagian depan kelas, kononnya tengah mengajar.

"Ini macam gambar tadi ni."

Mata Wafaa laju bergerak ke bahagian bawah gambar. Caption lelaki itu dibaca.

Jembalang is here.

"Arghhh.. Adeef!" Menjerit Wafaa.

Terus Wafaa tutup laptop. Kasar.

"Jembalang? How dare you Adeef Aryan." Berombak dadanya marahkan Adeef.

Pintu biliknya ditenung seakan mahu tembus. Ikutkan rasa marah, mahu saja dicari Adeef di bilik sebelah. Perhitungan perlu dibuat antara mereka. Selama ini dia hanya ikut cakap Adeef.

Sejak mereka berpindah ke rumah ini sebulan lepas, mereka tidur di bilik berasingan. Itu permintaan Adeef dan dia sendiri setuju.

Tak perlu dia serabutkan kepala fikir mahu melayan suami, mana mahu study lagi. Dia bukan jenis tahu buat kerja banyak-banyak dalam satu masa. Mulalah semua tak menjadi.

Perkahwinan tanpa cinta, bukan senang mahu sesuaikan diri. Lebih-lebih bila mahu tidur sekatil. Kekok kot.

Hubungan yang sedia kekok bertambah kekok bila Adeef kena mengajar di tempat dia belajar. Double awkward.

Dan lelaki itu sangatlah menjengkelkan. Jembalang?

Wafaa tumbuk bantal peluk di atas katil. Kalaulah bantal itu Adeef, mesti lelaki itu dah masuk ICU.

Penat menumbuk bantal peluknya bertalu-talu, Wafaa rebahkan tubuh menghadap siling putih.

Saat mata terpasak pada siling, terbayang-bayang di ruang mata senyum sinis Adeef yang sedang mengejeknya. Jembalang?Seriously?

Wafaa kembali tegakkan duduk. Tidak kira apa yang bakal terjadi, dia perlu bersemuka dengan Adeef. Dia perlu bertanya apa yang lelaki itu tidak puas hati dengannya. Dah lah mukanya tebal kena marah dalam kelas siang tadi ditambah pula lelaki itu mengutuknya terang-terangan dalam Ig.

Lantas dia bangun dari katil dan meja soleknya dihampiri. Wajah tanpa sebarang calitan alat solek itu dipandang dari dalam cermin. Mukanya diraba dengan jari.

"Macam ni punya cantik, awak boleh kata jembalang. Apa punya rabunlah mata awak, Adeef."

Ralit merenung wajah sendiri, tiba-tiba sahaja dia mendapat idea.

Bibir mengoyak senyum jahat.

"Siap awak malam ni." Lalu bedak sejuk dari dalam laci diambil keluar.

Akal mula merangka sesuatu untuk membalas perbuatan Adeef.

Sir, Make Me Yours (Sudah Terbit)Where stories live. Discover now