Mata Lara mengecil apabila cahaya matahari makin menyilau. Sambil dia memandu, fikirannya melayang mengenangkan situasi yang melanda keluarganya ketika ini.
Dhafi sudah dua minggu terputus hubungan dengan mereka, atau lebih tepat lagi dengan ibunya. Waktu mula-mula dia berpindah ke Pulau Pinang, setiap malam dia akan menghantar SMS kepada Zuraidah. Tetapi selepas itu kekerapan tersebut semakin berkurangan dan kini, Dhafi telah menyepikan diri untuk satu tempoh yang paling panjang.
Bukan setakat itu sahaja, nombor telefon bimbit Dhafi juga sudah tidak aktif manakala Rizman dan Kesuma juga tidak menjawab panggilan. Oleh kerana itu, Zuraidah mendesak Lara untuk menemaninya menjejaki Dhafi di Pulau Pinang.
Sepanjang perjalanan, fikiran Lara celaru dan hatinya sungguh berat. Setiap kali permasalahan keluarganya melanda dia berasa seolah-olah depresi. Terasa seperti tidak mahu lagi menatap apa yang ada di muka bumi ini. Dia rasa dia ingin bawa diri ke planet Marikh, sinaran merah di langit malam seperti yang dia lihat bersama Ashraf di Genting Sempah.
Kadang dia terfikir, kenapa dia berada dalam keluarga seperti ini? Kenapa hidupnya begitu sukar? Kenapa ayahnya tidak mahu berdamai dan hidup aman? Tidak penatkah? Tidak cukupkah duka-duka yang lepas? Kenapa memilih untuk bersengketa?
Lara yakin masih ada lagi sisa bahagia sekiranya kedua-dua orang tuanya sepakat untuk berdamai. Tetapi apa yang berlaku sekarang, badai demi badai seperti tidak berkesudahan. Sebelas tahun umur Lara ketika perang dunia ketiga terletus antara ibu dan ayahnya. Kini dia sudah menginjak 23 tahun. Dua belas tahun hidup dalam tekanan perasaan, Lara sudah penat! Dia mengeluh perlahan...
"Bu... Kita dah sampai sekolah Dhafi."
Setelah berjam-jam perjalanan, akhirnya suara lembut Lara kedengaran membangunkan Zuraidah daripada lena. Kelihatan Zuraidah terpisat-pisat menyeka mata dan selepas itu, mereka terus keluar daripada kereta dan berjalan masuk ke bangunan sekolah...
* * * * *
Ashraf berjalan keluar daripada pejabat penerbangan selepas habis taklimat rutin. Dia mengheret beg bagasinya yang bakal dimasukkan ke dalam kargo. Tiba-tiba, bayang Kapten Idris muncul di balik tembok dinding.
"Eh, hai uncle!"
"Hei, Ash! Ada flight ke?" Mereka bersalaman.
"Yups, LAX." Jawab Ashraf. LAX adalah kod destinasi untuk Los Angeles International Airport.
"You have a minute?" Soal Ashraf.
"Yes, more than that. I have 20 minutes before briefing." Hati Kapten Idris seakan dapat mengagak sesuatu.
"Thanks. Well, umm... Mama gave me Noree's number last week but... Umm... I just wanna be upfront with you about it."
"Aha..."
"I'm so sorry, I won't take it any further."
Kapten Idris terus tertawa kecil sambil tunduk dan mengangguk. Dia sudah mengagak!
"You don't even want to give it a shot?" Mata Kapten Idris menangkap wajah Ashraf yang mula tersenyum.
"Well... I'm sorry, no... Because if I do, the chances would be 50-50 and I don't want to jeopardize our good working relationship." Kata-kata Ashraf itu menyebabkan dahi Kapten Idris berkerut.
"Maksud you?"
"Well, kalau perhubungan I dengan Noree ni macam bawak kapal terbang, I'm sure I would give it a chance because I know it will work. I have manual, instruments and everything I could control and bring it to success. I can assure you that Noree and I will end up together and I'll be the best menantu you ever had. But sadly, that isn't how life works right? I takut kalau kami putus di tengah jalan, nanti ada rasa tak best antara kita. And flying with you after that will be somewhat daunting. I don't want that." Suara Ashraf jelas dan tegas. Dia rasa dia telah memberikan alasan yang paling munasabah dan jalan keluar yang terbaik buat dirinya.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...