Prolog

799 44 5
                                    

"You have to choose. Khisfire.. or us." Menggeletar tubuh Eadith saat mengungkapkan itu. Jujur, dia percaya yang Leon pasti akan memilih dia dan Elleta.

Lelaki itu sangat mencintainya. 5 tahun berlalu selepas peralihan kuasa di Khisfire, dan dalam 4 tahun mereka hidup bahagia bersama. Penuh gelak ketawa. Hanya mereka berempat.

Eadith, Leon, Elleta dan Bodart. Dan juga seekor Caracal yang sangat jinak dengan keluarga mereka, tapi tidak dengan orang luar.

Leon yang dahulunya penggeli kucing, kini menjadi kegemaran si Caracal. Manjanya lain macam bila Leon yang datang.

Leon beku di kedudukan. Bebola matanya beralih dari Eadith ke Elleta yang sedang nyenyak tidur. Anaknya itu sudah berumur 7 tahun.

Dia mengetap gigi.

Dia mahu Elleta mendapat kehidupan yang sepatutnya. Anak kecil itu bukan orang biasa-biasa.

Dia takkan dilayan seperti rakyat biasa! Semua orang patut menghormati dia kerana dia adalah seorang puteri! Puteri Khisfire!

"It's my throne." Jawab Leon.

Eadith terkesima. Adakah ini bermakna...

Eadith tarik nafas dalam-dalam. Bulu romanya menegak.

"Kita dah bahagia dekat sini, Leon. Buat apa kita balik sana tapi tak bahagia? Buat apa kita nak berebut dengan orang lain lagi? This is our home!"

"Awak sendiri tahu yang ini bukan rumah kita. Our home is in Khisfire. You're a Queen and Elleta.. our daughter is the princess of Khisfire!"

"Not anymore. Not anymore Leon. Saya dah cukup bahagia dekat sini."

Leon menggeleng.

"Kita ada harta, kita ada duit, kita ada kuasa!"

Terkedu Eadith mendengarnya. Sudah lama Leon meninggalkan perangai sebegitu. Kenapa dengan begitu tiba-tiba dia boleh bertukar menjadi dingin dan tamak seperti dahulu?

Eadith tarik nafas dalam-dalam.

"It's your choice." Eadith kelihatan hampa.

"And what if I choose Khisfire?" soalan itu betul-betul menikam hati Eadith.

"Then we're done." Berani Eadith menyatakannya.

Mata mereka bertembung.

"You don't want to that." Ujar Leon.

"Try me."

"Saya buat untuk Elleta!"

"She's doing great, here. Don't risk her child life for your greediness. Awak nak balik ke sana for another war? Sanggup awak merisikokan Elleta?"

Leon ketap gigi. Dia tarik nafas dalam-dalam.

"I'm the King of Khisfire."

"You're the illegimate son, for God sake! You're practically didn't exist! That was never yours at the first place!" tempelak Eadith.

Mereka sama-sama tergamam. Eadith tahu kata-katanya adalah silap terbesar.

Leon ketap gigi. Dia cuba untuk tahan sabar. Cuba untuk tidak marah. Tapi..

"Fuck you." Perlahan suara lelaki itu sebelum berlalu pergi.

Eadith terkesima.

Jantungnya bagai ditusuk senjata tajam. Sampai hati Leon..

Tapi sampai hati kau, Eadith. Menyakiti hati Leon sebegiturupa.

The Devil's Bride II : Return of the KingWhere stories live. Discover now