Jungha mendapati dirinya di atas katil yang empuk. Dia tersedar dari mimpi negeri, badannya berpeluh semacam. Tangannya yang menggeletar cuba ditenangkan. Tiba-tiba, ada pula tangan mengetepikan rambutnya ke tepi telinga.
Lantas, dia terbangun dari baringnya. Terkejut melihat sang suami hanya memerhatikannya dari tadi.
" Awak mimpi buruk ke ? "
Jungha ragu-ragu ingin menjawabnya. " Takdelah... mana ada.. "
" Saya risau dengan awak ni, macam baru lepas terserempak dengan hantu. " nada suara Doyoung lembut tetapi dalam itu membuatkan Jungha terdiam.
Macam mana dia boleh tenang seperti tiada benda berlaku semalam ? Jungha masih lagi tak percaya dengan Doyoung lagi.
" Pergilah mandi dulu, saya dah kemaskan barang awak. Kita balik Seoul pagi ni, " Ciuman dikucupkan di pipi Jungha yang sedia merah setiap hari lalu Doyoung keluar dari biliknya.
Seketika Jungha berdiam duduk tidak bergerak, akhirnya dia mula memahami keadaan Doyoung sekarang.
Barulah aku faham identiti dia sekarang, Kim Doyoung takkan buat aku begini. Yoo Doyoung jadi terlalu egois disebabkan aku tinggalkan dia dulu.
,,,
Mereka berdua berhenti makan di sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai jenis makanan laut yang jarang didapati di tempat lain. Ramai pula orang makan di situ, Doyoung dan Jungha hanya dapat tempat di tepi tingkap berdekatan dengan pintu masuk kedai.
Selepas membuat pesanan makanan, Jungha cuba beranikan diri untuk bercakap dengan Doyoung. Mata tajam suaminya hanya melihat dirinya, dia tahu itu bukan Doyoung yang penyayang yang selalu ditunjuk kepada orang lain.
" Doyoung-ah, saya... pergi tandas dulu.. "
" Pergilah, saya tunggu awak kat sini. "
Jungha menggenggam tongkatnya dengan kuat dan berjalan perlahan-lahan ke pintu
restoran. Langkahnya pantas berlalu di hadapan tandas yang kosong yang berada di belakang kedai lalu berjalan ke stesen telefon awam.Beberapa syiling dimasukkan untuk membuat panggilan dan Jungha menekan nombor kembarnya. Mujurlah dia dapat ingat pagi tadi, dia melihat sekeliling sambil menunggu panggilan Jungho takut Doyoung muncul secara tiba-tiba.
" Hello.. siapa ni ? "
" Jungho ! Ni kakak lah, kakak nak mintak tolong ni... tolong kakak please.. "
" Junghaa, kenapa ni ? Kakak kat mana ? Jungho datang sekarang, "
" Nanti kakak explain, Jungho tunggu je kat stesen bas petang ni, kakak datang dari Busan ni. "
Panggilan itu terus dimatikan. Nafas Jungha tak keruan kerana dia panik, dia perlu ambil peluang ini lari dari Doyoung.
Dia berjalan kaki lagi ke stesen bas yang tak jauh dari telefon awam tadi, tiket bas ke Seoul pun masih lagi tak terjual habis. Nasib baiklah dia sempat membelinya.Gadis itu dapat tempat sebuah kerusi di tepi tingkap bahagian belakang sekali. Mujurlah tiada ramai orang berada dalam bas pagi ni. Dia cuba mengambil nafas lega, rancangannya berjaya.
Keadaan Doyoung di kedai makan pula, dia baru sahaja menghabiskan makanannya tetapi Jungha tak muncul lagi.
Dengan tenang, dia menjamah makana n yang dipesan oleh Jungha seperti orang dihadapannya tidak muncul.
" Kim Jungha.. dia lari.. dah agak dah.. "
,,,
Mata Jungha melilau mencari kelibat kembar lelakinya yang berjanji akan berjumpa dengan petang ini. Sambil itu, dia juga perlu berwaspada agar tiada pemangsa memburunya.
Jungho yang terlihat figura kembarnya yang berjalan bertongkat itu menarik perhatiannya. Dia berlari sekuat hati ke arah Jungha lalu berpelukan dengan kembarnya.
" Jungha ! Kakak dah lama tak beri khabar, kakak ade gaduh dengan Doyoung ke ? "
Jungha memegang kedua-dua pipi adiknya, " Takdelah, kakak kena.. pukul dengan dia.. "
Perasaan geram Jungho membuak-buak kepada Doyoung, berani betul dia dera kakaknya. " Dah agak lelaki tu nak rosakkan keluarga kita ! Kita balik rumah, kakak cerita je semua benda kat Jungho. "
" Jangan nangis, kakak ! Jungho ada dengan kakak, Doyoung takde hak nak ambil kakak dari Jungho. "
Selepas merehatkan diri di sofa yang sudah lama tak direbah, Jungha cuba menenangkan dirinya dengan meminum air. Kakinya menggeletar kerana sudah lama tidak keluar dan bebas, rumahnya tiada perubahan sejak dia berkahwin dulu.
" Kakak, bertenang dan cuba cerita slow slow apa yang kakak nak cerita sekarang.. "
Mulut Jungha terkunci, tidak bersedia lagi untuk luahkan semua yang tersembunyi. Badannya menggigil seperti akan ada yang memburunya jika dia beritahu perkara sebenar.
Jungho cuba memeriksa suhu badan Jungha, agak tingginya suhunya seperti baru sahaja panaskan makanan di microwave.
" Kakak, nanti jelah ceritakan. Demam panas ni, pergi baring dulu dalam bilik. "
" Jungho, tolong jangan beritahu Doyoung yang kakak ade kat sini. "

YOU ARE READING
Similarity : Passionate Ego.
Fanfictioncompleted, kim doyoung nct fanfiction [ book 2 of similarity ] SHORT STORY VER. | EBOOK SOON continuation of the story of the moon with egoistic aquarius marriage with conflict, angst au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]