"Sampai bila tak nak bercakap dengan saya ha ?", aku menongkat dagu memandang Seonghwa yang menyibukkan diri dengan kerja pejabatnya .
Bukannya aku tak ambil tahu langsung apa yang boleh apa yang tak boleh makan . Dia saja yang overprotective sangat .
"Makan nanas setakat 5 potong itu tak apa - apalah awak . Dia jadi berisiko kalau saya makan masa awal pregnant hari itu .", sedaya upaya aku menjelaskan kepadanya mengenai buah nanas.
Semua salah kau lah ini , nanas ! Tengok laki aku dah merajuk tak mahu bercakap dengan aku .
"Ada saja alasan awak kan ? From now on sampai habis pantang , no pineapple or anything that harm both of you and baby . Faham ?", marah Seonghwa mengerling Aurora daripada ekor mata sahaja .
"Ish awa-"
"Saya tambah tak bagi keluar rumah . Nak ?", dia menambah lagi ugutannya .
"Habis itu macam mana nak check up kalau saya tak boleh kel-"
"Hwa bawa doktor datang rumah . Angkut sekali mesin - mesin kat hospital bawa balik ."
Terus aku mengunci mulut daripada berkata apa - apa . Walaupun ada sikit rasa nak maki .
"Tahu takut kena ugut . Kalau Hwa tahu sayang ada cubaan nak buat apa yang Hwa baru pesan tadi , siaplah awak yaa."
Mulalah emosi aku terganggu . Tak boleh ditegur langsung .
Aku alihkan pandangan ke luar . Tak mahu Seonghwa nampak muka gembeng aku , rambut yang aku selit di telinga itu aku lepaskan untuk menutup sisi tepi wajah .
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Wah bau apa yang sedap sangat ini ?", kata Yunho sebaik sahaja memasuki rumah .
Hidungnya menangkap dan mengikuti jejak bau itu sampai masuk ke ruang dapur .
"Eo Jina ?", terkejut lelaki itu melihat ibu mengandung itu sedang memasak di dapur .
Meskipun memakai apron yang agak besar namun perut wanita itu masih jelas kelihatan .
"Saya masak lauk untuk makan malam nantilah .Tapi sedap ataupun tidak , saya tak dapat nak jamin hehe .", sengih Jina . Comel sahaja wanita itu dimata Yunho .
"Ah panas ! Aduh aduh !", jerit Jina selepas tersentuh periuk panas tanpa ada sebarang lapik di tangan .
Yunho melangkah mendekati Jina . Tangan wanita itu ditarik laju . 1 pek tepung gandum di peti sejuk di ambil lalu dibuka .
Tangan Jina dibenamkan kedalam pek tepung itu .
"Tunggu dalam 10 minit .", jawab Yunho ringkas . Wajahnya tampak tenang sekali .
Jina akur sahaja dengan arahan lelaki itu . Dia memandang ke arah tangan Yunho yang tidak lepas daripada memegang lengannya .
Kedudukan mereka juga terlalu dekat menyebabkan wanita itu berdebar .
"Rasanya awak boleh lepaskan tangan saya dah . Lama nak tunggu 10 mi-", Jina berhenti berkata - kata .
Muka Yunho kembali cuak .
"Wae wae ? Jangan buat saya takut . Kalau takat tangan melecur saya boleh tolong tapi kalau nak terberanak ke apa , saya tak tahu buat apa - apa . ", lelaki itu jadi cemas .
"Nahh I'm okay . My babies just kicked .", jelas Jina sambil tersenyum memandang wajah cuak lelaki itu .
"Tak bagi awak buat kerja lah itu . Kan anak - anak appa ?", badan lelaki itu dibongkokkan separas dengan perut Jina .
Jina seakan tergamam ketika Yunho menggelar dirinya appa .
"Tak apa ke panggil awak appa ? ", soalnya .
Yunho menegakkan tubuhnya semula .
"Mestilah saya okay . Kan saya dah janji nak jaga awak dengan anak-anak . Lupa ke ?", balas lelaki itu membuatkan Jina sedikit terkesan dengannya .
"Only if Woo can be like Yunho. Anak - anak aku tak perlu nak meraih kasih sayang daripada orang luar.", bisik hati kecil Jina . Fikirannya melayang memikirkan bekas teman lelakinya itu .
"Ha berangan ! Dahlah tak payah masak . Kita makan luar malam ini .", lelaki itu berjalan keluar dari ruang dapur .
"Heh ! Saya dah nak siap masaklah !", jerit Jina .
"Itu bagi Jongho lah makan . Tak pun simpan buat sarapan esok pagi ."
"Senangnya bercakap eh ? Orang masak nak bagi dia makan .", bebel Jina seorang diri di dapur .
"Dah cepat naik tukar baju . Membebel pula dia ."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"This is for you and our twins.", Wooyoung berkata seorang diri .
Cacahan tatu kekal yang dibuat sendiri itu dipandang dengan senyuman .
Cacahan nama Jina tertulis di dada sebelah kiri manakala corak bulan dan matahari di setiap pergelangan tangannya untuk bakal anak kembar mereka .
"And this is for you , Jeong Yunho.", pisau lipat dibaling tepat ke arah gambar Yunho .
"Tak ada siapa yang boleh sayang Jina lebih daripada aku . Never ."
"Kan sayang ?", Wooyoung menyentuh dada kirinya . Lelaki itu merasakan degupan jantungnya .
"It's keep on beating because of you , my love."
"Kita bina syurga kita semula ya sayang ? Dengan anak - anak kita . "
"Jina tunggu Woo datang ."
To Be Continue
YOU ARE READING
[C] AURORA
ФанфикI'm still with you, always. A Park Seonghwa fanfiction Start : 24 May 2021 End : 29 March 2022 Highest rank : #1 in atiny #3 in fakelove #1 in ateez #1 in seonghwa (2300 , 16.03.2023)