bab 7

324 6 0
                                    

Harraz menghantar Riana ke rumah Riana. Dalam perjalanan itu, mereka berdua hanya senyap sahaja. Tiada siapa berani mengeluarkan suara

"kau pergi ke nanti?" soal Harraz dengan matanya masih tertumpu di hadapan

Pandang Riana nanti ada jugak yang accident kang

"aku cakap pasal percutian musim panas nanti" kata Harraz dengan jelingan mata kerana menyampah apabila dia kena terangkan soalan dia. Riana meng'ooh'

"pergi... kot" kata Riana dengan tidak pasti. Sebenarnya dia akan pergi kalau Harraz pergi sekali

"aku pergi" kata Harraz. Riana terkejut kerana Harraz seolah boleh membaca fikirannya

"kau nak aku ambil kau tak nanti?" soal Harraz sambil memakir keretanya di sisi jalan. Riana memandang luar tingkap dan melihat rumahnya di sebelah

oh dah sampai...

"tak perlu. Saya pergi dengan pekerja lain je" kata Riana lalu dia mengambil beg tangannya dan terus keluar dari kereta Harraz sebelum mendengar Harraz berkata apa-apa

Riana berlari ke pintu rumahnya dan terus mencari kunci rumahnya untuk membuka pintu. Tiba-tiba kunci rumah Riana terjatuh. Gelabah sangat punya pasal

Riana menunduk mengambil kunci itu tapi dah ada orang lain mengambilnya. Riana mendongak dan melihat Harraz di depannya

"C-Cik Harraz" kata Riana dengan panik. Harraz membuka pintu rumah Riana dengan kunci ditangannya

"jangan cuba mengelak dari aku. Aku tak suka" kata Harraz dengan muka penuh harapan. Riana hanya menghiraukan sahaja lalu berlari masuk ke rumahnya

Riana menutup pintu rumahnya lalu terus duduk bersandar di pintu. Dia memegang dadanya. Hatinya berdegup laju

"Mana ada aku mengelak. Aku tak mengelak kan dari dia?" Soal Riana pada dirinya sendiri

"Riana?" Panggil seseorang. Riana terus bangun dari lantai

"Siapa hantar kau balik?" Soal Diana. Riana sudah jadi tak keruan. Dia tidak tahu nak membalas apa

"T-tadi... k-kawan a-aku yang hantar" jawap Riana dengan gagap. Diana tahu Riana menyorok sesuatu darinya tetapi dia malas nak bertanya lagi

"Baik kau naik mandi cepat. Ayah ada kat bilik dia tu. Aku cakap kat dia kau sengugut sebab tu kau terkurung dalam bilik" kata Diana sambil menolak Riana ke tangga

" terima kasih do Diana. Kalau kau tak ada mesti ayah dah marah aku" kata Riana dengan muka rasa bersalah. Dia seolah meletak nyawa adik kembarnya itu dalam bahaya

Yela siapa berani menipu depan mak ayah mereka? Kalau kantoi tu hmm tak nampak cahaya matahari esok mungkin?

xxx

apabila Riana sudah selesai mandi dia terus melompat ke katil kegemarannya. Riana termenung arah siling biliknya. Dia asyik terfikir dengan kelakuan Harraz tadi

kenapa dia halau aku tiba-tiba?

kenapa dia macam tu?

dia benci aku ke?

terlampau banyak persoalan di dalam kepala Riana. Dia betul-betul tak faham dengan perangai si Harraz itu

Pada esok hari

Diana bersiap pergi ke kerja. Dia pun bekerja juga tetapi dia hanya bekerja part time di cafe. Sebab itu dia sentiasa balik awal dari kakaknya yang bekerja di pejabat itu

Diana sedang sibuk membancuh kopi untuk pelanggan akan datang. Sekarang waktu pagi maka pelanggan tak ramai sangat. Boleh la Diana melengah-lengahkan kerjanya

Hanya Dia✔️Where stories live. Discover now