♡♡♡♡♡♡♡
Hari yang baharu dimulakan lagi.
Disebabkan peristiwa ancaman hari tu,semua telah bersepakat bahawa Rayna akan menumpang Hafiy sepanjang pergi dan balik dari universiti.Mula-mula Rayna membantah juga,tapi setelah dipujuk dia mengalah jua.
"Rayna cepatlah,Hafiy dah tunggu tu."Jerit Tengku Diana dari luar,anak daranya ni memang selalu lambat!.
"Ye mum!."Sahut Rayna lalu keluar setelah mematikan semua suis.
"Kamu buat apa?haih geram mummy."Bebel Tengku Diana yang sedang mencekak pinggang dengan sudip ditangan kanan.
Rayna mengulum senyum
"Hehehe takmo marah-marah,tak lawa."Rayna memeluk lengan mummynya dan turun ke bawah.Sebaik sahaja turun,kelihatan Hafiy duduk bersandar di sofa sambil menikmati secawan teh dan beberapa keping sandwich.
"Hah Fiy dah siap?."Tanya Tengku Diana.
"Dah mummy,kami pergi dululah."Kata Hafiy seraya mengelap mulutnya.
Manakala Rayna buat muka tak puas hati kerana tidak sempat bersarapan."Tak payah nak buat muka,ni hah."Sampuk Hafiy sebaik sahaja melihat muka cemberut Rayna.
Hafiy menayang plastik yang terisikan sandwich yang telah dipack oleh Tengku Diana sebentar tadi.Rayna mencebik lalu menyalami tangan Tengku Diana.
Dia merampas plastik yang berada di tangan Hafiy lalu bergerak keluar."Pergi dulu mummy."Pamit Hafiy lalu mengikuti jejak langkah Rayna.
"Kau balik pukul berapa harini?."Soal Hafiy kepada Rayna yang sedang syok menikmati sarapan paginya.
"Hum?pukul 2..sebab ada hal sikit."Balas Rayna dengan mulut penuh.
Hafiy memberhentikan keretanya dilampu isyarat itu,spontan tangannya naik menjentik dahi gadis itu.
"Jangan bercakap mulut penuhlah."Rayna menelan kesemua makanan didalam mulutnya lalu tangannya turut naik menjentik dahi Hafiy.
"Cuba kira berapa puluh kali dah awak jentik dahi saya!.""Kau jentik aku?guna tangan kecik kau tu?takpelah."Hafiy mengulum senyum sebelum tangannya naik mengelap pipi Rayna yang comot dengan kesan sos.
Mereka berpadangan seketika sebelum mereka dihon kereta belakang.
Itulah orang bawa kereta hang bersweet pula dekat trafic light ni!.♡♡♡♡♡♡♡
"Rayna!omaigod lama kita tak jumpa!."Teriak Emelya sebaik sahaja ternampak kelibat Rayna yang berjalan masuk itu.
"Shh diam Emelya,malulah orang pandang."Rayna membesarkan mata ke arah Emelya.
"Iyelah,hump."Emelya spontan menarik muncung.
"Tak payah nak buat muka,ni mana yang lain?tak nampak batang hidung pun."Tanya Rayna lalu tangannya naik memeluk bahu Emelya dan mereka berjalan masuk.
"Kami datang awal tadi,pastu diorang dua keluar..pergi starbuck."Balas Emelya.
Rayna hanya mengangguk kecil.
YOU ARE READING
The Promise
RomanceTengku Hafiy Rayyan Jejaka dingin yang telah menjadi pujaan para gadis diluar sana kerana rupa parasnya dan hartanya. Namun,siapa sangka jejaka sekacak dirinya mengalami amnesia yang menyebabkan dia melupakan seorang gadis yang bertakhta di hatinya...