Ni betul-betul punya😂 tak prank dah. Maaf andai ada typo ke apa 😂
Enjoy reading guys
_______________________________Ting tong! Ting tong! Ting tong!
Kali ketiga loceng ditekan, bunyi kunci pintu dibuka daripada dalam. Pintu berwarna coklat itu terbuka luas. Terkejut dengan pemandangan depan matanya. Empat orang lelaki itu berasa kasihan pada sahabatnya itu.
Mereka tidak jangka, orang itu membuat perancangan untuk menculik Ayda seawal mungkin. Mateen mengajak mereka masuk ke dalam rumah. Keadaan rumah Mateen berselerak dan tidak teratur. Mateen kelihatan serabai dan tidak terurus.
"Kau balik pukul berapa semalam?" soal Hayden. Bantal-bantal sofa yang berada di lantai diangkat dan disusun ke tempatnya semula.
"Pukul lima." balas Mateen yang sedang mengurut pelipis dahinya. Sudah beberapa hari, dia tidak cukup tidur. Kerana dia sekuat mungkin mencari Ayda. Rasa hidupnya sepi tanpa Ayda di sisi.
Nuh pula Mateen sudah pulangkan kepada Neeta semula. Dia tak dapat nak menjaga Nuh dalam keadaan dia macam ni. Raiyan yang tolong memulangkan semula kepada Neeta.
"Kau orang dah jumpa location dia kat mana?" soal Mateen yang memandang mereka dengan pandangan kosong.
Hayden mengeluh perlahan, "Tak jumpa lagi. Tapi aku rasakan dia takkan sanggup larikan Ayda jauh daripada tempat ni." kata Hayden dengan yakin.
"Kau pasti ke? Penculik tu pun kita tak tahu lagi siapa identiti dia. Sahkan lokasi dia." ujar Mateen dengan senada. Sejak kes Ayda kena culik. Mateen betul-betul berubah menjadi lebih dingin dan kuat beremosi.
Hayden tatap mata Mateen, "Kau boleh tak jangan ikut emosi sangat? Aku tahu kau risau akan bini kau. Tapi dia adik aku, aku pun risau akan keadaan dia juga. Aku dah cakap hari tu, apa-apa keadaan pun jangan ikut sangat emosi kau. Kalau tidak semuanya takkan berjalan." ujar Hayden lembut tapi tegas kepada Mateen.
"Kau pergi mandi dulu apa semua. Nak buat kerja pun takkan jalan kalau begini tempatnya." ujar Hayden, serius. Sebagai abang ipar dia kena tegas walaupun sama tua.
Eden dan Faiq mengangkat tubuh Mateen bangun daripada duduk di sofa. Terus mereka berdua menolaknya naik ke tingkat atas untuk mandi. Busuk betul bau. Dah berapa hari tak mandi ni?
Raiyan dengan Hayden pula tolong kemas apa yang patut. Berselerak macam apa dah rumah dia ni. Hari ni, sudah masuk hari ketiga kes penculikan Ayda.
Tengku Farhan dan Engku Aisyah tiada di Malaysia. Kerana sebelum Ayda diculik mereka kena outstation di London. Hayden dah bagitahu kes ni pada mereka. Engku Aisyah sampai demam. Sehingga hari ni masih tidak sembuh.
Tapi dia dah janji akan pastikan yang Ayda akan selamat. Dia akan kotakan janji yang telah dia buat. Dari jauh Raiyan nampak Hayden seperti mengeluh perlahan. Dia tahu Hayden juga risaukan Ayda walaupun dia hanyalah abang susuan. Dia dah seperti abang kandung dalam keluarga tu. Ini tanggungjawab dia juga.
Adiel pula tak boleh nak bersama-sama menjalankan misi menyelamatkan Ayda. Kerana isteri dan anaknya perlukan dia sekarang. Dia hanya mendoakan semoga Allah permudahkan segalanya dan Ayda juga dalam keadaan baik.
Tidak sampai beberapa minit, Mateen, Eden dan Faiq turun ke tingkat bawah. Sempat jugalah, Hayden dan Raiyan kemas apa yang patut. Tak ada lah serabut sangat nanti bila mereka sedang berbincang.
"Kau dah makan ke?" soal Hayden.
"Aku tak ada selera lah. Nanti ada selera aku makan lah."
Baru sahaja Hayden ingin membuka mulut, Mateen memotong percakapannya.
YOU ARE READING
Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ]
Teen Fiction[ In editing process. ] "Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak lima ribu ringgit tunai." "Aku terima nikahnya Tengku Ayda Mikayla binti Tengku Farhan dengan mas kahwinny...