Istana Wingland memang banyak pengawal di siang hari. Betul cakap Noah. Sebab tu kalau ada yang hendak lakukan benda jahat, mereka akan buat pada waktu malam.
Malangnya waktu malam adalah waktu yang paling sesuai untuk aku cari ketenangan.
"Putera Noah." Dua orang pengawal berdiri di depan pintu besi, menghalang perjalanan aku dan Noah.
Aku syak pintu ni yang akan bawa kami ke bawah tanah.
"Apa Tuan Putera buat di sini?"
"Begini cara kamu berdua menyambut kedatangan saya?" Ujar Noah dingin. Aura dia sungguh berbeza sekarang.
"M-mohon ampun Tuan Putera. Silap kami." Kedua orang pengawal tersebut lantas menunduk lalu mengucapkan salam hormat mereka.
"Buka pintu."
"Tapi Putera Alexander tidak benarkan sesiapa berjumpa dengan magician melainkan dengan izin Putera Alexander sendiri."
Pengawal tersebut mencuri-curi pandang ke arah aku. Mesti aku jadi orang yang paling dilarang untuk masuk. Lepas dapat tahu Alexander gunakan magik hitam dalam racun tu, dia memang melarang aku berhubung dengan Kyle.
Oh ya. Gelang yang Kyle bagi. Mesti ada fungsinya.
"Kalau kamu tak benarkan saya masuk, saya terpaksa--"
"Noah." Aku menahan tangan Noah dari menarik pedangnya keluar. Gila ke apa dia ni? Nak bertindak pun agak-agak lah. Takkan sampai nak bunuh dua pengawal istana tak bersalah ni.
"Biar saya uruskan." Ujar aku tenang. Tangan aku memegang gelang pemberian Kyle. Tak sampai berapa saat, kepulan asap mula keluar. Serentak dengan itu pengawal-pengawal di hadapan kami jatuh tak sedarkan diri.
"Nampaknya cara awak lebih licik dari saya."
Aku memandang Noah. "Berhenti kata saya licik. Daripada awak yang pilih keganasan, lagi teruk."
Noah ketawa kecil.
"Mari pergi." Dia menghulurkan tapak tangan. Mempelawa aku untuk memegangnya.
Perlu ke?
Pintu besi di hadapan kami terbuka luas. Apa yang aku nampak adalah tangga yang menuju ke bawah tapi tak nampak pengakhirannya kerana gelap. Tiada cahaya langsung.
Pergh ni kalau silap langkah mahunya patah riuk tulang-tulang aku.
"Sudi kalau saya pimpin awak?"
Perlahan-lahan aku memegang tangan Noah sambil mengangguk. Dia tersenyum nipis.
Kami berdua berjalan menuruni tangga. Banyak kali juga aku tergelincir namun nasib baik ada Noah yang menyambut. Tapi aku pelik. Kenapa aku seorang je tergelincir dekat sini?
"Sebab dari kecil saya sudah dilatih mengawal keseimbangan badan." Itu jawapannya.
"Saya ingatkan tentera saja dilatih begitu. Tapi awak bukannya tentera.."
"Setiap Putera harus dilatih seperti tentera. Buat masa ini tiada lagi Putera yang lemah dilantik menjadi Raja."
"Hmm, betul juga. Raja mesti kuat. Kalau tak kuat macam mana nak mentadbir kerajaan. Betul tak?"
Noah mengangguk setuju.
"Tak sangka otak awak boleh berfikir secara realistik."
"Terima kasih di atas pujian yang sangat menyentuh hati, Putera Noah."
"Dengan senang hatinya, Puteri Keena."
Oh Tuhan. Kalau tak disebabkan kami ditangga yang curam ni, dah lama aku tumbuk muka Noah sekuat hati.
YOU ARE READING
The King | Jeon Jungkook
FantasiHidup berubah sekelip mata, masuk ke dalam alam fantasi. Menjadi seorang Puteri. Tapi bukan semudah yang dijangka. [The King] ©sthyne2021 Start : 270821 End : penantian itu menyakitkan.