Cerpen : Tangga Kejayaan

15 5 119
                                    

'BAM'
'BAM'
'BAM'

Suasana sengit dengan perlawanan antara dua pasukan bola tampar di Gelanggang Sekolah Tinggi Karasuno. Para penyokong semestinya bersorak bagi pasukan yang digemarinya. Suasana semakin hangat apabila mata yang sedang dikumpulkan oleh pasukan Karasuno sudah mencapai mata akhir; 25-23.

"Hinata!" Laung Kageyama.

Melihat keadaan Kageyama yang bersedia untuk mengumpan, Hinata berlari ke arah kanan jaring. Sedang dia menuju ke arah kanan, kelihatan tiga orang ahli pasukan lawan berlari menuju ke arah yang sama. Sepantas kilat, Hinata berlari ke arah kiri jaring. Bola berjaya diumpan. Hinata mengangkat tangan kanannya untuk beraksi. Bola direjam.

"Maju Karasuno!" Semakin meriah sorokan yang diberikan oleh pasukan penyokong Karasuno.

Orang ramai sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan akhir perlawanan tersebut. Sebahagian daripada penyokong pasukan lawan sudah mengangkat langkah pergi kerana semestinya keputusan akhir perlawanan tersebut berpihak kepada pasukan Karasuno.

'BAM'

Anak mata dilirik ke arah bola yang sedang melantun naik. Semua penonton kelihatan tersentak dengan kehebatan pemain libero pasukan lawan yang berjaya menyangga bola tersebut. Nyawa yang tadinya berada di hujung tanduk, kini sudah bernafas kembali.

Bola kembali ke udara lalu diumpan ke arah perejam. Beberapa orang pemain pasukan Karasuno berlari ke arah jaring. Kedudukan bola adalah penentu. Samada kemenangan berpihak kepada pasukan Karasuno atau perlawanan diteruskan.

'SLIP'

Penghadang pasukan Karasuno seakan terpaku. Gerak keliru!

Bola tadi langsung tidak menyentuh jari penghadang. Nishinoya yang tadinya berada di posisi belakang berlari laju ke arah bola.

'BAM'

Bola berjaya disangga oleh pemain libero pasukan Karasuno. Bola kemudiannya disambut oleh Kageyama untuk mengumpan.

Bola diumpan kuat ke udara. Asahi yang tadi berasa di posisi belakang menukar posisi. Dia berlari sekuat hati lalu merejam bola tersebut ke arah pihak lawan.

'BAM'

Suasana kembali sunyi. Masing-masing memandang ke arah kedudukan bola.

'Pfittt!'

Kedengaran wisel ditiup menandakan perlawanan tamat.

"Yeah! We did it!" Hinata bersorak gembira mengenangkan pasukan Karasuno telah menang dengan mata terakhir disumbang oleh 'Ace' pasukannya sendiri.

Dengan itu, perlawanan persahabatan antara sekolah di daerah Miyagi telah selesai untuk hari itu.

"Murid-murid, keluarkan buku teks masing-masing lalu buka pada muka surat 40." Kedengaran guru mata pelajaran Matematik Tambahan memberi arahan.

Semua murid Kelas 1 mengikut arahan daripada guru mereka itu. Tiada seorang pun mengingkarinya kecuali seorang pelajar yang berada pada kedudukan tepi hujung belakang kelas.

Pelajar itu asyik dengan sebatang pen ditangan. Fikiran menerawang ke arah perkara lain. Tidak fokus akan arah guru malah pelajaran juga.

"Shoyo Hinata! Buka muka surat 40!" Laung guru perempuan itu.

Wajah Hinata yang tadinya kosong berubah warna. Merah. Malu akan ditegur sebegitu rupa. Dengan langkah pantas, buku teks Matematik Tambahan dibelek satu persatu sehingga menjumpai halaman 40.

Kageyama yang berada di sebelahnya menggeleng kepala. Jauh sudut hatinya, terbit perasan kasihan terhadap Hinata kerana ditegur sebegitu.

'Hinata, bila kau mahu berubah.' Desis hati kecil Kageyama.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 15, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TANGGA KEJAYAANWhere stories live. Discover now