Bab 46

228 31 10
                                    

Ding ding ding...

"A very good evening ladies and gentlemen, may I have your attention please. This is pre-boarding announcement for all passengers for flight SQ..."

Pengumuman penerbangan itu terus bergema di Changi Airport. Lara yang sedang duduk seorang diri di aras perlepasan itu membelek jam di tangan. Sudah hampir satu jam dia tiba di Changi daripada KLIA.

3.15PM

Ah, masih awal lagi sebelum mendaftar masuk. Tambahan pula, dia sedang menunggu-

"Princess."

Lara menoleh girang ke arah suara itu dan saat matanya tertancap pada sosok tubuh Ashraf, dunia sekeliling seakan terhenti dan hanya lelaki itu sahaja yang sedang bergerak menghampirinya...

Ashraf dia lihat sungguh segak berpakaian seragam bersama 'peak hat' di kepala. Selama ini, dia tidak pernah membayangkan Ashraf dalam pakaian seragamnya dan hari ini, hati Lara cair melonglai.

"Hei...!" Lara menghulurkan kedua-dua tangannya lalu disambut oleh Ashraf. Wajah mereka berseri-seri, gembira dapat bertemu di bumi Singapura dan sebentar lagi mereka berdua akan terbang ke Los Angeles!

"How was your flight from KL?"

Mata bertentang mata. Terasa tangan kasar Ashraf menggenggam sambil ibu jari mengusap lembut di belakang tapak tangan Lara.

"Okay... Biasa je." Lara senyum tersipu-sipu sambil meneliti tubuh Ashraf dari kepala hingga ke hujung kaki. "Smart-nya you." Dia menjengket sebelah keningnya manakala Ashraf pula terus tertawa!

"Smart kan boyfriend you?" Senyum.

Lara turut tersenyum dan menjeling manja.

"You jangan malu nak sweet-sweet dengan I tau. Depan semua kru nanti lagilah kena sweet tau!" Ashraf lihat Lara terus mengerlingkan mata ke atas sambil menjelir lidah dan serentak itu juga mereka tertawa.

"Tutup mata."

"Hah? You nak buat apa??" Lara kedengaran kaget.

"Jangan risaulah, I tak kan buat yang bukan-bukan. I dalam uniform ni, mati I kalau buat benda tak senonoh."

Lara tersenyum dan terus menurut sementelah tangannya masih digenggam Ashraf.

Ashraf menatap wajah itu dengan penuh rasa kasih. Wajah yang akan dia tatap setiap hari untuk beberapa hari yang akan datang.

"Erm... Lara Rizman, tolong bagi tahu, siapa boyfriend you hari ni?"

Lara tersenyum. "Ashraf Zildan." Jawabnya dengan mata yang terpejam.

"Ashraf Zildan bin apa?"

"Alamak..." Ashraf lihat muka Lara berkerut. "I tak tahu!" Lara gigit lidah dan tertawa.

"Nasib baik I tanya. Kalau tak nanti bila orang hotel address me as 'Mr Zamani' you tak kenal siapa..."

"Ooo..." Panjang muncung bibir Lara. "Ashraf Zildan Zamani...?"

"Yes." Ashraf tersenyum. "So, you nak panggil boyfriend you ni apa?" Sambungnya lagi.

Kali ini kedua-dua mereka tertawa. Lara menelengkan sedikit kepalanya seolah-olah sedang berfikir. Mata masih terpejam.

"Ermm... I nak panggil 'sayang' lah." Jawabnya.

"'Sayang' je?? Takde yang lagi special?"

"Ish, 'sayang' tu special-lah. And it feels more natural for me. Nanti takdelah I rasa kekok."

Ashraf tertawa kecil dan genggamannya makin erat. "Okay... As you wish, baby."

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now